Friday, February 20, 2009

Pelajar Universiti Yang Tak Bertamadun





Hoho...Pelajar universiti yang tak bertamadun dan tiada kesedaran sivik langsung. Lihat sahaja gambar- gambar diatas. Kalau ia pun sudah bosan sangat dalam kelas janganlah monconteng atas meja. Gua tahu korang memang kreatif tapi berfikir secara rasional. Contenglah atas kertas. Tak rugi pun kalau conteng atas mana tahu kalau orang berminat dengan lukisan itu. Jadi boleh la dibingkaikan. Tak pun buat hiasan dekat bilik. Paling busuk habis melakar potret disebabkan bosan, buang saja bila habis kelas. Gua bukan nak kutuk ke apa tapi dah masuk universiti itu berfikiran matanglah sikit. Tak tahu la mungkin mentality rakyat malaysia ini susah nak berubah kot. Mungki juga salah satu tabiat buruk rakyat malaysia, asal jumpa meja yang bersih bebas dari sebarang lukisan atau carutan mesti nak merasmikanya dengan lukisan dan carutan yang mengarut. Semua ini boleh dielak dengan ada kesedaraan sivik yang patut dipupuk sejak kecil lagi. Sekian, terima kasih.

P/s: Semua manusia ada kelemahan, jadi sama la kita saling ingat- mengingati.

No comments: