Thursday, December 17, 2009

Mahu update tapi...

Kemalasan melanda diriku.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha & Mahu Pergi Blurp...Blurp...Blurp...

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Selamat memandu dan berhati- hati kepada sesiapa balik ke kampung halaman.

Dan gua mahu pergi bercuti.

Pulau Langkawi, here i comes.

Dive...Dive...Dive...


P/s: excited giler mahu pergi bercuti.
P/s/s: nanti update photo.

Friday, November 20, 2009

Tag lagi...


1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

= first time tengok ingatkan budak sekolah. hehe...
= she love to photography.
= sgt obses dengan Big Bang.
= seriously dea rajin tag org.
= clothing designer(sape2 nk design baju blh contact dia).

2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

- makan banyak tapi serious mmg xkan gemok. sigh! yg nie sm.
- saya sudah addicted sama blogger, nescafe, sirap bandung drinho dan japan anime.
- extremely like to love movie tapi layan jew suma cerita..
- i do love to do extreme activity(currently scuba diver).
- i do weak in calculation.
- nk tidur mesti kn dgr lagu dulu tp klu penat tidur jew trs.
- suka photography tapi tak aktiviti sgt.
- suka kartun spongebob sebab ikan yg chumel.(ssh seh nk jmpa)
- loving person and family first above anything.
- saya nk DSLR, mp3 dan teringin nk terjun bungee.

3) Pick your ten (3) most deserving recipients and describe them

+ Zira- sangat suka dengan warna merah dan jual tudung dkt blog dia.
+ Ida- sangat suka ambil gamabr sendiri.(jgn marah)
+ Ein- sangat suka dengan character garfield.

Semua perempuan dan 1st time kena tag dengan gua.

Selamat membuatnya.

P/s:mesti rasa malas gila nak buatkan.

Thursday, November 19, 2009

Mimpi


Semalam mimpi best.

Sampai gua terkezut dan terjaga dari tidur.

Sebab mimpi itu best.

Macam tak percaya dan seperti realiti dibuatnya.

Kalau betul- betul terjadi terima seadanya dan selamanya.



P/s: dreaming of been married with someone.


Tuesday, November 17, 2009

Tag menarik dan tertarik...

01. Bekas kekasih saya adalah : kaki kencing.
02. Saya sedang mendengar : Zooey Deschanel- Sugar Town.
03. Mungkin saya patut: kemas barang untuk bercuti sblm kabut.
04. Saya suka : tgk japan anime.

05. Sahabat-sahabat baik saya : laptop dan mini kesayangan.
06. Saya tak paham : kenapa matematik susah.
07. Saya kehilangan : mp3 samsung kesayangan.
08. Ramai yang berkata : no comment.
09. Makna nama saya : penyabar.
10. Cinta itu adalah : bahagia.

11. Di suatu tempat, Seseorang sedang : ntah tak tahu.
12. Saya akan cuba : mengejar impian saya.
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : forever and ever.
14. Telefon bimbit saya : Nokia Daun tapi da nk hampir mati.
15. Bila saya terjaga dari tidur : Saya akan fikir nak g kelas atau tidak.

16. Saya paling meluat apabila : Orang cakap belakang.
17. Pesta/Parti adalah : happening.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : spongebob.
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : Permulaan Dewasa.
20. Hari ini : jadi driver org jew..

21. Malam ini saya akan : marathon movie.
22. Esok pula saya akan : nk bgun awal n kemas rmh.
23. Saya betul-betul inginkan : kekasih.hehe...
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : Syukur atas kurniaanNya.
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : both.

26. Makanan Barat atau Jepun : West.
27. Bilik yang terang atau gelap : terang.
28. Makanan segera adalah : makanan yg perlu sentiasa ada dalam stock.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? : Mangkuk.
30. Tag ini datang dari : Emma Songall
.


Sunday, November 15, 2009

Kabir Bhatia is my all time fav8 director...


Semalam Marathon tengok cerita arahan Kabir Bhatia.

Memang best dan mantop.

Lain dari lain.

Tapi bila ingat balik jalan cerita lebih kurang macam cerita.

"He's Just Not That Into You"

Tapi tetap suka juga.

Kabir Bhatia nie pengarah kegemaran gua selepas Yasmin Ahmad.


-Cinta-

=Sepi=

-Setem-


Wednesday, November 11, 2009

Tamat Pengajian Semester 5...

Akhirnya habis habis jugak paper.

Keputusannya tunggu dan lihat sahaja.

Harap- harap okay.

Mahu lepak pulau.

Marathon movie dan anime jepun sampai lebam.

Mahu rehat puas- puas.

Sekian.

Sunday, November 1, 2009

Kejar mimpi...


Mahu kejar mimpi.

Walaupun mimpi itu hanya khayalan.

Tapi tetap mahu kejar.

Biar lama mana mengejar mimpi itu.

Akan terus juga mengejar.

Sebab tahu ia dapat dicapai.

Mimpi tunggu dan lihat sahaja.

Akan ku jadikan mimpi kepada realiti.

Wednesday, October 28, 2009

Akhirnya pendrive gua tak sembunyi lagi...


Alhamdullilah...

Akhirmya ko keluar jugakan pendrive.

Sepertinya dijanjikan, gua carikan teman untuk ko yea.



P/s: Rupanya ada orang ambil pendrive gua tanpa pengetahuan gua dan lupa nak pulangkan balik. Memang nak T.N.T tadi tapi nasib baik belanja minum dan makan tadi.

P/s/s: Lega tak payah beli pendrive baru lagi.

Tuesday, October 27, 2009

My pendrive play hide and seek again...


Pendrive, owh pendrive...

Keluar la, penat sudah gua kira nie.

Dari pagi tadi sampai malam gua kira.

Ko tak nak keluar jugakan.

Sampai tertidur dibuatnya.

Keluar ek, gua tak nak main sembunyi- sembunyi lagi.

Kalau ko keluar nanti gua carikan teman baru untuk ko ek.

Keluar la ek. Please....


P/s: Kali kedua pendrive hilang, tak tahu sama ada gua yang letak salah tempat atau ada orang lain ambil tanpa bagi tahu gua.

P/s/s: Kalau tak jumpa juga, nampak gaya kena kumpul duit pula beli baru.

P/s/s/s: Duit sudah kering sebab baru beli jam baru.


Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir Semester Di Pusingan Bulatan...


Hehe....

Final exam bermula minggu depan.

Bermakna tak akan ada update selama 2 minggu.

Bermula 02/11/09 hingga 11/11/09.

Habis exam gua mahu pergi main paintball.

Dan marathon anime Bleach dan Naruto sampai lebam.

Sekian.


Sunday, October 25, 2009

Kawan @ Friends




Sebagai mana kawan yang perlu kita cari?

Ada seperti sebegitu dan sebegini.

Perlu pandai memilih dan memahami kawan.

Memang susah nak puaskan hati kawan.

Tapi perlu cuba, kalau gagal cuba sehingga puashati kawan.

Tapi lain pula kalau yang keras kepala.

Haha...yang ini pandai- pandai kamu buat.

Gua rasa semua orang menghadapinya.

Jadi pandai- pandailah kita memilih kawan.


P/s: Buat masa ini, gua ada seorang kawan yang gua anggap sebagai abang dan mentor selepas ayah gua.

No Wonder....


My Cousin Love Barcelona


Sangat minat Scarlett Johansson.


P/s: Best gila mamat dalam cerita nie dapat 2 orang aweks sekali gus. Hehe...


Thursday, October 15, 2009

Soalan...?



Apakah kerja- kerja yang dilakukan oleh para pelajar universiti pada bulan ini? Sila jawab dengan ringkasnya.

Kerja- kerja yang dilakukan pada bulan ini ialah:

- assignment

- test

- presentation

- final project



P/s: Pening lalat sebab asyik jawab test, assignment dan presentation.

P/s/s: Masih dalam mood T.N.T (Nak layan ACDC)

P/s/s/s: Baru balik dari presentation pagi tadi.




Wednesday, October 14, 2009

Today is my worse WT tuut ever...


1. Bangun lambat.
(Paling tak suka)

2. Tak dapat masuk kelas.

3. Tak dapat sign kedatangan.

4. Kereta rosak.

5. Tak leh jawab test.

6. Bateri phone terus kondem.
(Kena beli baru)

7. Assignment yang bertambah.
(Due date next week)

8. Sakit perut dan sengal badan.

9. Pendrive baru beli tersembunyi lagi.
(Pasni kena letak doggy chain. Hehe..)

10. Duit sudah kering.
(Perlu telefon bank kecemasan)



P/s: Dugaan, sabar jew la.
P/s/s: Doa supaya tak berlaku lagi perkara sebegini.




Cause I'm T.N.T, I'm Dynamite


Rasa macam nak meletup jew sekarang nie.

Jom layan lagu nie...


video


P/s: Bengang dengan diri sendiri sebab tak dapat jawab test tadi and today is ones of my unlucky day.

P/s/s: Kalau ada punch beg nie mesti best gila lepas geram.

Thursday, October 8, 2009

Melakau Rayau

Diver Shamimi 69




















Dance Move Hoedown Throwdown


Mesti korang tertarik dengan dance move nie.

video

Rajin cuba ar ikut dance move. Nanti ada masa nak torai.



P/s: Miley Cyrus chumel sangat...Hehe...

Pop It Lock It, Polka Dot It...

Sekarang gila lagu dan dance move lagu nie.

video

Nanti nak upload dance move pulak.


P/s: Layan seh lagu nie dan movienya pun best.

Thursday, October 1, 2009

Kenapa ada orang sebegini...?


Bila susah beriya- iya minta tolong.

Bila senang langsung hilang dan buat senyap.

Paling benci orang macam nie.

Kalaulah bolehlah putar masa balik. Haish...

Memang selamanya takkan tolong.

Lagi satu tak faham kenapa mesti ada orang suka kutuk orang walaupun orang tu tak buat apa- apa salah.

Sememangnya lumrah alam semesta. Pergi pelusuk semesta mana pun mesti ada juga makhluk sebegeni. Kalau ada makhluk asing pun mesti kutuk sekali.

Bukan meninggi diri atau berkata diri ini sempurna tapi selalu berfikir kenapa perkara- perkara begini perlu wujud?

Ada sahaja yang tak puas hati, dengki dan sebagainya.

Kalau fikir banyak- banyak pun boleh biyul juga.

Kesimpulannya perlu terima baik buruk sesuatu perkara dengan redhanya.



P/s: Gua senang jew selagi orang tak kacau gua tak kacau orang. Biarlah nak kutuk kew apa, gua anggap itu sebagai pandangan positif dan pemangkin semangat gua untuk terus mencapai impian gua. Baju sendiri jaga baju sendiri, baju orang pergi mampos.

Kemaskini ringkas...


Buat masa ini terlampau sibuk dan sangat tertekan dengan kerja- kerja sekolah.

Noktah.



P/s: Sudah selasa nanti gua update.

Wednesday, September 30, 2009

New Dictionary...


Never back down to your goal.

Chase the goal till you gain your goal.

Be patient and plan it for perfection.

Till then you can proud to others that usually show off.

I swear, i will get what i want and i will show off back.

Until you all crying teardrop of blood.

I swear it, just wait and see.

Till then sincere by Law Of Momo.

Friday, September 18, 2009

S3L@maT HaRi R@yA...!!!

video

Semua bloggers sakan bagi kad raya. Gua nak bagi lagu raya pulak ar.
Lagu raya kegemaran gua.


Dalam kerendahan HATI,

Ada ketinggian BUDI,

Dalam kemiskinan HARTA,

Ada kekayaan JIWA,

Dalam gurau senda ada khilaf dan dosa,

"Salam Syawal, Maaf Zahir dan BAtin"

Dari
=L@W OF MOMO=

Kepada

Bloggers dan followers sekalian...


Journal Ramadhan #32 & Yang Terakhir...


28 Ramadhan

Jumaat (18/09/09).

Gua adalah orang terakhir keluar dari rumah sewa pada petang tadi.

Semua budak rumah sudah balik kampung selepas sahur dan pada tengahari.

Rumah gua paling jauh sekali sebab itu yang balik lambat. Cheras jew sebenar. Hehe...

Petang tadi hantar member dekat UPM, naik bas balik kampung ke Terengganu.

Pertama kali berbuka dengan member dalam kereta. Hujan lebat sangat jadi tak sempat nak beli makanan.

Berbuka dengan air kotak dan roti gardinier. 30 minit baru cari kedai makan.

Itupun dekat kedai mamak jew sebab takut lambat naik bas pada pukul 8:30 malam.

Lepas hantar terus balik Cheras.

Dan ini adalah journal ramadan terakhir sebab besok nak balik kampung Perlis.

Dekat sana tiada internet dan gua malas nak cari Cyber cafe.

Sekian.



P/s: Mulanya tak balik kampung. Tapi ramai ahli saudara mendesak suruh balik jugak jadi ayah ubah fikiran.

P/s/s: Banyak tugasan kena buat owh. Tertekan boh.

P/s/s/s: Mungkin gua akan buat journal raya pulak. Tengok kalau rajin.

Thursday, September 17, 2009

Journal Ramadhan #30 dan #31


26 dan 27 Ramadhan

Kebanyakan kelas telah di batalkan.

Sebab ramai sudah balik kampung.

Gua best giler, layan anime dengan movie sampai nak muntah.

Dua hari berbuka jauh. Satu dekat KL dan satu lagi dekat Ampang.

Al maklum kelas tak ada, berjalan la gua.


P/s: Walaupan raya lagi 3 hari tapi tak seronok pun. Mungkin mahu kelainan selain beraya di kampung.


Tuesday, September 15, 2009

I've got sunshine, on a cloudy day...


Orang sibuk- sibuk dengar lagu raya. Gua pulak sibuk dengar lagu english zaman 80'an. Nanti gua post lagu raya pulak ek.

video

P/s: Raya tahun ini tak rasa seronok pon. Mungkin sudah dewasa kot dan mungkin juga rasa seronok itu akan kembali pabila sudah berkerjaya tak pun sudah berumah tangga nanti.

Journal Ramadhan #29


25 Ramadhan

Selasa (15/09/09)

Sengaja bangun lewat sebab tahu kelas mula lambat masa tengahari.

Ada dua kelas jew, tengahari dan petang.

Itu pun sudah kira malas nak pergi kelas.

Bulan puasa nie tak tahu kenapa malas nak pergi kelas.

Mungkin selalu tidur lambat dan banyak assignment yang perlu dibereskan.

Dan mungkin juga jam biologikal gua pening.

Sekian.



Journal Ramadhan #28


24 Ramadhan

Isnin (14/09/09)

Sememang tiada kelas dalam jadual waktu.

Jadi gua bantai tidur sampai lebam.

Bangun pukul 12:00 tengahari.

Mandi pastu terus buka laptop buat assignment drawing jig and fixtures.

Petang berbuka dengan maggi kari dangan air kegemaran(Nescafe).

Sudah bosan dengan Bazaar dan malas nak keluar.

Journal Ramadhan #27


23 Ramadhan

Bersamaan Ahad (13/09/09).

Pagi bangun awal setelah cukup repeat tidur.

Aktiviti rutin pada hari ahad. Basuh baju dan kemas rumah.

Pukul 10:30 pagi pergi rumah member pick up dia.

Sebab sudah janji nak teman dia pergi beli belah baju raya di Sunway Piramid.

4 orang ikut termasuk gua 5 orang.

Sejam kemudian,

Sampai dekat Sunway Piramid.

Cari parking 20 minit. Itu yang malas kalau pergi Sunway Piramid.

Pusing- pusing dan keluar dari satu shoplot ke satu shoplot.

Ada yang berkenanan tapi agak mahal, jadi batal niat nak beli.

Member pun cakap tak banyak pilihan.

Ambil keputusan mahu pergi Bukit Bintang dan Pavilion.

30 minit kemudian

Masuk Bandaraya Kuala Lumpur. Kerete berbaris- baris menunggu giliran masuk ke tempat letak kereta.

Bernasib baik dapat tempat letak kereta dekat BB Plaza, itu pun dekat rooftop.

Masuk dalam, tengok ramai giler orang. Pusing- pusing, gua berkenan dengan satu seluar jeans dan terus beli.

Member pulak cakap masih tiada pilihan. Memang cerewek member gua nie, apa lagi terus pergi Pavilion.

Sampai sana pusing- pusing dulu. Masuk shoplot Padini, usha- usha baju kemeja. Member cuit gua.

Member: Mo, nie cantik tak?

Gua: Definiely cantik. Dari tadi gua dah usha baju tu tapi lu dah berkenan. Gua terpaksan cari lain ar. Gi ar try pakai.

Member: Jap lagi ar, gua nak usha baju lain pastu nak tengok seluar kat Espirit lak. Ar lg satu, ko tolong panggil awek aku. Nak suruh dia teman gi Espirit.

Gua: Orait boh. Dalam hati (Dia nie memang bercita rasa tinggi). Baju and seluar memang tak nak kalah. Patutlah dekat BB Plaza tadi tak berkenan langsung.

2 jam pusing dekat Pavilion. Melayan kerenah member gua yang cerewet nie. Nak ikutkan gua pun cerewet tapi bajet tak ada. Jadi memadai ar dengan satu seluar jeans dan sehelai baju Padini.

Petang, berbuka dekat Pizza Hut Pavillion. Memang leguh dan penat giler kaki gua. Gua tempah meja dulu. Yang lain masih sibuk mencari kehendak mereka.

Lepas berbuka terus cabut balik ke Bangi. Memang letih tahap cipan. Gua puas hati dengan kehendak gua. Member gua pulak masih tak sebab tak dapat beli lagi satu t-shirt round neck.



P/s: Shopping hari minggu memang memenatkan tambah dekat raya nie.




Monday, September 14, 2009

Semalam layan cerita nie...


Kepada playboy or buaya darat.
Beringat la yea.
"You can't always run from your past"


P/s: Siapa tak tahu nak ayat gurl boleh ikut nasihat dalam citer nie. Hihi...

You don't know me, you don't even care...

video

Suka dan layan gila lagu nie.
Paling best bunyi piano lagu nie.
Tenang jew jiwa.


P/s: Lagu nie banyak memberi inspirasi kepada gua.
Selalu dengar dalam kereta bila seorang2.
Melayan jiwa.

Sunday, September 13, 2009

Journal Ramadhan #26


22 Ramadhan

S1= PD divide by 4t tambah hari sabtu.

ASME VII, ASME IX, ASME V = 12/09/2009.

Hari yang pening dengan formula, codes & standard dan simbol yang banyak.

Banyak gila nak kena ingat.

Memang fizikal dan mental dikerah dengan kejam sekali.


P/s: Malam lepas buka repeat tidur. Letih gila seh.

Journal Ramadhan #25


21 Ramadhan = 11/09/2009

Pagi tak ada kelas. Pukul 11:00 pagi baru ada kelas sampai 12:30 tengahari.

Habis kelas terus balik rumah. Rehat- rehat pasru siap nak pergi sembahyang Jumaat.

Lepas Jumaat.

Ada kelas pukul 3:00 petang dan test pulak tu.

Memang menjadi lumrah kalau hari jumaat memang malas gila nak pergi kelas.

Nasib sudah study awal. Tak ar cuak sangat.

Journal Ramadhan #24


20 Ramadhan

Khamis (10/09/09)

Pagi lagi sudah bangun.

Takut lambat lagi ke kelas workshop yang lecture nya agak skema sikit.

Sampai jew workshop, hurm hampeh workshop pun tak buka lagi.

Dalam hati:

"Hurm tahu tadi datang jew lambat."

"Memang haram J tol lah."

Selang 15 minit.

Baru workshop dibuka pastu dan dan jew budak- budak nie datang. Lagi best lecture yang skema tu pun baru datang jugak.


P/s: Nasib kurang pagi itu. Gua balas dendam tak datang kelas tengahari. Hehe...Jahat kan.

Journal Ramadhan #23


19 Ramadhan

Pergi kelas dalam keadaan separa sedar.

Dalam kelas bertahan selama sejam.

Alih- alih mata sudah tertutup.

Goyang- goyang kepala tapi tak hilang juga mengantuk.

Geram, cakap dengan member sebelah:

Gua: Jom main BINGO, bagi hilang mengantuk.

Member: Orait jugak tu. Lu start dulu.

Selang 5 minit.

Segar balik. Tak mengantuk lagi.


P/s: Kalau mengantuk dalam kelas main ar BINGO tapi pandai- pandai cover line.

Saturday, September 12, 2009

Mahu Pergi Test..

Wish me luck.

Semoga berbaloi dengan apa yang gua study.

Kelebaman & Keletihan...


Mata lebam sebab tak tidur lagi dari balik bersahur pagi tadi.

Paling bosan kalau test atau kelas buat pada hari minggu.

Kacau plan bersama keluarga tercinta.

Habis test gua mahu repeat tidur.



P/s: Rindu dengan ayam masak merah mommy masak.

Thursday, September 10, 2009

Why can't you see, you belong with me.....


video

Currently addicted to this song even thought I didn’t have a girlfriend.

Wednesday, September 9, 2009

Dan...


Gua mahu tidur.

Hopefully tomorrow gonna be a good day.

Jangan bangun lewat sudah.


Tuesday, September 8, 2009

Journal Ramadhan #21 dan #22


17 dan 18 Ramadhan

Sibuk dengan kerja sekolah.

Dan malas nak update sebab penat menaip kerja sekolah.

Bereh.

Journal Ramadhan #20


16 Ramadhan

Hari Ahad(06/09/09)

Bangun awal 8:00 pagi, terus mandi kemudian terus ambil baju kotor untuk dicuci.

Kemaskini antivirus laptop dan nota- nota belajar.

Kemas rumah sampai selesama tak hingga punya. Alergic dengan habuk.

Habis cuci dan sidai baju terus tidur balik sebab selesama yang mengila.

Bangun pukul 2:00 petang.

Buka laptop terus mengerjakan assignment yang bertimbun.

Petang macam biasa, pasar ramadhan PKNS, Bangi.

Beli nasi tomato dengan air tembikai jew.

Lepas tarawih, terus tidur sampai budak kejut pergi sahur.

Naik kereta gua pergi sahur, budak- budak menganjing sahur dekat KL.

Gua apa lagi terus pergi isi minyak dan terus ke KL.

Bersahur dekat nasi lemak 60 sen, Kampung Baru.

Lepas sahur pusing- pusing kejap dan terus balik Bangi.

Tak ambil gambar sebab malas.

Sekian.


Journal Ramadhan #19

Gambar lepas berbuka puasa.

Dari Kiri: Hussein, Fahiz, Roy dan Boy.

Adli denga sepupu dia.

Law Of Momo

Boy dan Fahiz

Adli dan Paan

Roy dan Boy

15 Ramadhan

Bangun lewat lebih pukul 11:00 pagi.

Almaklum bersahur jauh semalam.

Terus mandi lepas kemas bilik yang sudah berhabuk tahap cipan.

Pukul 2:30 petang pergi kelas ganti.

Dalam kelas dapat text dari teman diploma dulu.

"Dijemput hadir majlis berbuka puasa bdk2 kelas kita petang ini di Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi"

Gua balas:

"Orait okay saje. Jumpa petang nanti."

Habis kelas terus balik, lepak tengok TV. Pukul 6:00 petang terus gerak.

Journal Ramadhan #18


14 Ramadhan

Hari jumaat adalah hari sangat malas nak pergi kelas.

Tapi gua gah kan tubuh pergi ke kelas pada paginya.

Paling malas lepas sembahyang jumaat memang berat gila nak pergi kelas.

Tengok budak- budah rumah semua dok lepak dan tidur sesedap hati.

Tapi melawan nafsu akhirnya pergi juga kelas.

Habis kelas pukul 5:30 petang, terus balik.

Tengok TV jap pastu pukul 6:00 petang terus gerak ke pasar ramadhan.

Malam, jalan- jalan dengan budak- budak rumah dekat Danau Kota, Keramat.

Sejam pusing Danau, tengok jam sudah pukul 4:00 pagi terus cari kedai untuk bersahur.

Pergi kedai chow kuaw tiew yang famous dekat keramat tu. Ramai gila sampai kena beratur.

Habis sahur terus balik Bangi.





Journal Ramadhan #17


13 Ramadhan

Seperti biasa kelas dari pagi hingga ke malam.

Habis kelas terus lepak minum Section 15 sambil teman order shisha.

Habis minum dan shisha pun sudah kering terus balik rumah.

Lepak tengok TV pastu nada lagu B.E.P phone gua bunyi.

Tengok skrin, teman gua. Terus jawab.

Gua: Salam. Wat up?

Teman: Jom gi Downtown KL?

Gua: Downtown, boleh jew.Lagi 10 minit gua sampai rumah lorh.

Teman: Bereh boh.

Sampai sana ronda- ronda sambil mencari cermin mata yang gua nak. Teman mencari tilam tidur dan seluar jeans.

Sejam kemudian jumpa barang yang dibeli. Lepak minum dan makan steamboat kemudian terus balik.

Sekian.

You're beautiful, it's true...

video

Thursday, September 3, 2009

Journal Ramadhan #16

12 Ramadhan

Hari (02/09/09).

Lewat ke kelas pagi.

Nasib lecture tak marah.

Ironinya, ramai tak hadir ke kelas pagi.

7 orang sahaja yang hadir dari 27 orang.

Yang bestnya ada teman yang beriya- iya yang suruh gua pergi kelas.

Akhirnya dia yang tak pergi kelas.

Pertama kali gua berasa mengantok sangat pada kelas pagi.

Sampai beberapa kali terlelap sendiri.

Memang minggu yang meletihkan.

Kalau boleh teguk Nescafe pasti gua tak mengantok.

Journal Ramadhan #15

11 Ramadhan

Terlampau sibuk dengan assignment.

Sangat letih dan tertekan.

Perlukan rehat dan tenaga yang cukup.

Sekian.

Kadang- kadang

Kadang- kadang gua rasa sunyi.

Sunyi yang tak dapat digambarkan.

Kadang- kadang dambakan seorang gadis.

Gadis yang dapat menceriakan diri ini.

Kadang- kadang rasa mahu jadi burung.

Yang bebas meluncur diudara.

Kadang- kadang dengki dengan orang kaya.

Sebab mereka boleh miliki apa saja mereka mahu.

Kadang- kadang mahu seperti Frank Lucas.

Gangster yang kaya dengan jual dadah.

Kadang- kadang tertanya kenapa perlu kita belajar?

Sebab sifat ingin mengetahui manusia.

Kadang- kadang terfikir adakah dunia ini adil?

Kalau adil kenapa banyak perang.

Ini adalah sebahagian daripada siri monolog ketika gua bersendirian.

Journal Ramadhan #14

10 Ramadhan

Hari Merdeka.

Duduk saje dekat rumah.

Sambil bertingkumus lumus menyiapkan assignment.

Sekali sekala tengok ayah baiki kereta kesayangannya.

Dalam hati, nanti sudah kerja mahu cari satu kereta mini antik.

Tengok ayah bersungguh baiki kereta kesayangannya.

Gua bukan tak tolong tapi sibuk dengan assignment yang bertimbun.

Tapi bukan tak tolong langsung yea.

Hari yang bosan dan penat dengan assignment.

Tuesday, September 1, 2009

Mission #2

Misi kedua telah dibatalkan diatas sebab- sebab tertentu.

Situasi tidak mengizinkan, perlu masa yang tepat untuk melaksanakannya.

Lampu merah sedang menyala kena tunggu ia menjadi hijau semula.

Buat masa sekarang sedia dengan lampu kuning dulu.

Monday, August 31, 2009

Journal Ramadhan #13


10 Ramadhan

Sudah Benggong dengan assignment.

Blur...

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Jadi Malaysia...!!!

Selamat Hari Merdeka


P/s: Suka tengok cerita Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan.


Journal Ramadhan #12

9 Ramadhan

Ahad (30/08/09).

Pagi lagi sudah bangun.

Tolong mommy basuh baju.

Tolong ayah baiki kereta kesayangannya.

Kesana- kesini membeli barang ganti kereta kesayangan ayah.

Baki setengah hari lagi, buat assignment yang tertangguh.

Buka puasa, mommy masak ayam black pepper stim.

Nyam- nyam, memang layan seh.

Lepas berbuka tertidur sampai pukul 10:00 malam langsung terlepas solat tarawih.

Buka laptop sambung buat assignment sampai pukul 12:00 malam.

Tengok kalendar (31/08/08), baru teringat Merdeka.

Selamat Hari Merdeka.

Journal Ramadhan #11

8 Ramadhan

Lepas sahur, tunggu subuh kemudian tidur balik.

Alih- alih terjaga pada pukul 12:00 tengahari.

Mungkin terlampau penat sebab minggu residual stress yang memenatkan.

Badan berasa sengal- sengal, terasa seperti lepas baru bersukan.

Terus kemas bilik dan basuh baju kotor.

Petang, basuh kereta mommy dan ayah.

Hari minggu beginilah rutin gua.

Friday, August 28, 2009

Journal Ramadhan #10

7 Ramadhan

Habis kelas petang tepat pukul 5:00 petang.

Terus bergegas pulang ke rumah sewa.

Mengemas barang dan kemudian terus balik.

Sudah berjanji nak belanja makan KFC untuk hari jadi Ayah dan Hilmi Kuasa 2.

Petang jalan memang sangat sesak nasib sempat sampai Jusco untuk beli KFC.

Berbuka sambil sabut hari jadi Ayah dan Hilmi Kuasa 2.

Sekian.

Thursday, August 27, 2009

Journal Ramadhan #9

6 Ramadhan

Hari ini (27/08/09), seluruh anatomy gua berasa letih dan sengal- sengal.

Sebab kelas dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

Memang penat tak ingat punya.

Nie pun ada assignment yang perlu dibereskan dulu.

Sebab besok nak kena hantar.

Petang tadi tak pergi bazaar sebab hujan lebat gila.

Lepas kelas pukul 5:00 petang habis tepat pada pukul 7:00 terus singgah kedai depan kolej.

Hari ini berbuka dengan nasi putih, lauk ayam goreng bersama kuah kari ikan dan air nescafe ais(my addicted).


P/s: Minggu stress yang terlampau, rasa macam kena defect welding yang tak boleh diterima seperti LOF dan LOP. Hehe...enginering sikit.

Journal Ramadhan #8

5 Ramadhan

Hari ini berbuka dekat Kafe kolej dengan air susu straberi ducth lady jew.

Hujan lebat sangat, berbuka kat kafe jew la.

Tak sempat ambil gambar dan beli makanan sebab sudah habis.

Balik rumah sewa baru makanan, itupun beli kepak ayam tepi jalan.

Layan seh kepak ayam tu.


P/s: Teringat masa berpuasa dekat Labuan masa kerja dulu. Kepak ayam la gua sebat dulu masa berbuka.

Selamat Hari Jadi Angah...!!!

Semalam hari jadi ayah. Hari nie hari jadi angah lak.

Semoga panjang umur dan sihat- sihat selalu.

Harap- harap apa yang kita rancang menjadi realiti.

Belajar rajin- rajin Hilmi Kuasa 2.

Journal Ramadhan #7

4 Ramadhan

Seperti yang dijanjikan kalau pergi bazaar ramadhan tempat baru mesti ambil gambar.

Lokasi: Depan Hostel KPTM, Bangi.


Hostel KPTM

Tepi jalan jew bazaar nie.

Ramai Seh.

Awek- awek yang bertandang.

Salah satu kegemaran

Tak beli banyak pun, beli nasi putih dengan lauk ikan keli tambah air logan.


P/s: Bulan puasa nie kena kawal sikit nafsu. Semua atas diri kita sebab syaitan dah xde owh.

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Jadi Ayah...!!!

Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur.

Balik nanti abg belajar makan sekeluarga bersama ayah.


P/s: Love you ayah walaupun gua jarang ucapkannya tapi gua tetap mengagumi ayah sampai bila- bila.

I Got A Feeling...

Today is not my good day.

Everything i plan today going wrong.

Overslept and miss my morning class.

Tuesday, August 25, 2009

Teringin Nak Buat Nie...

Lama sudah mengidam nak buat 3 perkara nie tapi masih belum tercapai lagi.

Ada siapa nak join? Best seh.
Bungee Jump (Cousin Gua)

Water Rafting

Wall Climbing
P/s: Masa muda- muda nie la nak cuba aktiviti macam nie, sudah tua nanti tak dapatnya.

Minggu Residual Stress

Minggu ini adalah minggu residual strees.

Bermula hari ini 24/05/09, rohani, metal dan jasad gua akan dikerah dengan extremenya.

Oleh kerana bahang- bahang test dan assignment yang berbakul- bakul.

Perlu bersiap sedia dengan rapi kalau tak pancit jugak nak kejar.

Hari- hari kena minum tongkat ali nie. Hehe...


P/s: Rindu masa kerja dulu.

Journal Ramadhan #6

Petang tadi pergi bazaar ramadhan dekat PKNS.

Ramai gila orang berpusu- pusu membeli makanan.

Mungkin hari bekerja sebab itu ramai orang.

Kali ini tak ambil gambar sebab malas dan tempat yang sama.

Kalau pergi tempat lain gua ambil gambar.

Hari ini beli sikit jew. Beli ayam panggang, nasi putih dan air tebu.

Harap- harap tak sakit perut lagi malam nie.

Mahu tidur awal lepas nak bangun sahur dan terus berjaga sampai kelas.

3 Ramadhan.

Monday, August 24, 2009

Journal Ramadhan #5


Isnin, 24/08/09.

Lepas sahur, perut memulas- mulas.

Sakit gila sampai susah nak tidur.

Pergi tandas 2 3 kali.

Lepas 3 kali baru rasa lega dan terus tidur.

Pagi rasa lapar dan dahaga sangat mungkin sebab sudah buang banyak sangat.

Fikir sejenak, mungkin popia basah semalam kot.

Lepas nie confirm tak beli lagi.

Sekarang menahan lapar, harap- harap jangan gastrik.

3 Ramadhan

Journal Ramadhan #4


Ahad, 23/08/09

Pagi ada test Math.

Study dari pukul 10:00 malam sampai sahur.

Tak ingat nak ambil gambar sebab dalam keadaan tertekan dan cuak.

Harap- harap dapat markah yang berbaloi dengan study gua.

2 Ramadhan

Sunday, August 23, 2009

Journal Ramadhan #3

Seperti yang dijanjikan, update semasa pergi beli makanan untuk berbuka.

Lokasi: Kawasan letak kereta PKNS, Bangi.
Waktu: 6:00 petang.

Bajet pergi awal owh tapi bila sampai jew, tengok semua gerai kebanyakkannya sudah habis dijual. Mungkin hari pertama puasa, orang ramai teruja kot.

Pusing- pusing bazaar, berkenan dengan satu kedai nie yang jual nasi arab. Pergi ke kedai tu, belum sempat nak tengok ada lauk apa. Tuan kedai tu dah potong ayam masak arab dia tu. Bajet nak beli nasi jew tapi sudah habis. Tak cakap pun nak beli ayam tu. Gara- gara flyers nasi arab yang kedai letak tu la. Tak pasal- pasal gua kena beli ayam tu. Dah la Rm 6.00, bajet Rm 5.00 jew nak beli makan dan minum. Tup tup tap terus jadi Rm 9.00 sebab ayam tu punya pasal.

Pastu boleh pulak tuan kedai tu cakap besar. Tuan kedai tu cakap macam nie."Hari ini kedai kita orang laku sampai 13 ekor ayam habis dijual dengan nada yang agak sombong. Gua dalam hati cakap, baru hari pertama la, jangan la sombong sangat nanti tak ada beli baru tahu.

Moral, jangan terburu- buru beli makanan. Nanti jadi macam gua sudah kena tipu dan berjimat- jimatlah.
Dalam pukul 6:40 petang

Jejen yang sibuk mencari Nasi Tomato

Brader yang menjual air dengan teruja sekali sampai orang terkejut masa nak ambil air sebab dia menjerit dengan lantang sekali.

P/s: Hari ini nak pergi awal nanti tak terburu- buru lagi.

1 Ramadhan

Saturday, August 22, 2009

Journal Ramadhan #2




Hari pertama puasa ada kelas memang malas gila nak pergi tadi.

Tapi melawan nafsu, akhirnya pergi juga.

Petang pukul 6 nak pergi bazaar jadi nanti update lagi.

1 Ramadhan

Journal Ramadhan #1


Pagi tadi bangun sahur tapi lupa pulak nak ambil gambar.

Almaklumlah mamai lepas bangun dari tidur.

Pagi tadi bersahur dengan roti cicah sambal petai, ayam redang dan air kotak dari 7e.

Bekalan dari bonda tercinta.

Bersahur sambil tengok moto GP bersama teman bernama Mino yang kebuluran.

Habis bersahur, cucuh sebatang dua lepas itu terus gosok gigi.

Pasang niat puasa dan terus tidur.

1 Ramadhan

Journal Ramadhan


Baru balik terjun dari page Lampu Neon.

Dapat idea dari page dia.

Jadi, gua rasa nak buat jugak ar.

Bermula pagi sahur nie(22/08/09).

Selamat bersahur bloggers sekalian.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada blogger- blogger muslim diluar sana.

Sama- samalah kita mengerjakan ibadah puasa dengan tekun dan sabar.

Semoga ia diterima oleh DIA yang maha berkuasa.

Amin.


P/s: Malam ini sebelum tidur jangna lupa niat puasa.

Wednesday, August 5, 2009

Rindu Gila...!!!

Rindu gila nak menyelam scuba tapi apakan daya terlampau sibuk dengan belajar dan kewangan yang berkurangan sejak beberapa bulan ini. Sabar jew la dulu. Sudah tak sibuk dan ongkosnya ada nanti. Gua nak menyelam sampai lebam.


P/s: Gara- gara tengok gambar Kak Lis la nie. Terus rindu nak menyelam scuba. Dive...Dive...Dive...Blurp...Blurp...Blurp...

Mission #1 = Berjaya


Setelah sebulan menyusun perancangan dengan sabar dan jitu, akhirnya misi berjaya.

Hari minggu ini akan dapat misi baru.

Perlu bersedia dengan gagahnya supaya tidak gagal seperti sebelum ini.

Tak sabar rasanya nak mula dengan misi baru.

Apa yang penting sekarang, perlu mengkaji dan mengatur langkah- langkah yang perlu diambil kira dari misi sebelum ini.

Misi kedua, gua datang memburu kejayaan.

Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Tuesday, July 28, 2009

Resah dan Bingung


Dua tiga hari nie asyik bermonolog sendirian.

Bermonolog mengenai diri sendiri, masa sekarang dan masa hadapan.

Resah dan bingung memikirkannya.

Berfikir dan bertanya kepada diri samada keputusan yang diambil betul atau tidak.

Seperti gollum rasanya. Seorang berkata ia dan seorang lagi tidak.

Apa- apa pun perlu berfikir sebaik mungkin dan membuat keputusan yang bijak.

Paling penting ikut sahaja arus yang melanda dengan sabar dan tekun walaupun kadang- kadang ia menyakitkan hati.

Sampai masanya nanti pasti gua gumbira dan pada ketika itu akan gua tunjuk siapakah diri gua ini.

Monday, July 20, 2009

Jiwa Kosong


Kosong jiwa ini.

Melayang- layang mencari jiwa yang hilang.

Mungkin perlu sesuatu yang tidak bisa diperkatakan.

Dan hanya menjumpai ia apabila kita tidak mencarinya.

Entah mengapa seperti terasa sangat kosong jiwa ini.

Perlu bangkit dari kekosongan ini dan terus mengikut arus.

Sampai masanya nanti pasti jiwa ini dipenuhi semula.

Berdoa agar ia cepat dipenuhi.

Amin.

Saturday, July 11, 2009

Bestkan dapat mata nie...

Siapa kenal mata nie? Pasti tahu kenapa gua kata best.

Malam Nanti Nak Layan Cerita Nie

Tuesday, July 7, 2009

"Duit tidak boleh beli cinta"

Adakah tajuk diatas benar?

Mungkin ia dan mungkin tidak.

Bagi gua tidak benar, sesetengah orang mugnkin tidak setuju dengan jawapan gua tetapi itu adalah logikalnya.

Adakah kasih sayang itu boleh diperoleh dengan begitu sahaja?

10 tahun dahulu mungkin ia tapi cuba ia diadaptasikan pada zaman sekarang yang penuh panca roba.

Mungkin benar ia boleh diperolehi tetapi bagaimana?

Terpulang kepada individu bagaimana mentafsirnya dan gua tetap dengan pendirian gua.


P/s: Cerita banyak- banyak tak guna juga. Ia perlu dialami sendiri.

Monday, July 6, 2009

Misi Menyelamat


Besok misi menyelamat bermula pada pukul 9:00 malam.

Gua tak sabar lagi nak memulakan misi menyelamat ini.

Tapi perlu beringat, misi ini perlu perancangan, kesabaran dan kejujuran.

Perlu berpegang teguh dengan frasa diatas.

Supaya tidak jatuh di kemudian hari.

Sunday, July 5, 2009

Pecah Record

Gua dan ayah telah memecah record membaiki mini kesayangan a.k.a Michael selama 48 jam bermula dari semalam 04/07/09. Selalu mengambil masa 72 jam. Tapi dua hari ini, ayah gua buat kepala gila dia baiki mini kesayangan tanpa henti. Tapi tak la memanjang buat kerja. Masa makan dan solat jew kita orang berhenti selebihnya buat kerja. Penat gila tahap 100 petala langit. Ini pun baru sempat nak jenguk blog. Tak sempat pun nak ambil gambar. Tangan sudah berlumur dengan minyak, malas pula nak ambil gambar. Memang bersepah gila, dah macam bengkel kereta gua tengok tadi. Nasib orang tak berhenti dekat depan rumah suruh baiki kereta. Yang buat penatnya sebab bolt dan nut kereta mini nie macam- macam saiz. Dah tu asyik tukar jew la spanar dan paling leceh sekali sebab tak boleh nak angkat enjin jadi kena jack ajelah tambah pula kena nut yang dekat belakang enjin memang mengagau nak buka nut. Tapi apa- apa gua puas hati sebab dapat belajar walaupun masa buat keje tu dalam hati macam- macam maki hamun. Keseluruhannya gua puas hati dan setidak- tidaknya gua dapat belajar daripada tak tahu langsung.

Mini Kesayangan bersama rakan kolej.
P/s: Selalu jew tolong ayah buat kerja buruh kasar nie. Apa- apa pun tolong dengan niat yang ikhlas dan gua rasa sangat puas hati untuk kerja keras dua hari ini.