Thursday, December 4, 2014

Dateline


As Salam.

Baru berkesempatan nak buka blog dan upadate.

Tapi, tak boleh lama- lama nak bercerita.

Tengah ada dateline kerja yang disiapkan sebelum 15/12/14.

Ahah lepas 30/11/14 dapat jejak Sarawak buat kali 3 dalam hidup gua. Memandu kereta dari Bandar Kota Kinabalu sampai ke sempadan Sarawak dan Sabah iaitu Lawas. Akhirnya dapat juga cop passport. Agak mencabar jugak perjalanannya sebab jalan yang berliku- liku.

Pergi dengan Legend ZESB (Consultant syarikat tempat gua kerja sekarang).Gua pandu separuh jalan sampai ke Beaufort selepas itu dia sambung sampai ke Lawas.

Legend memang power memandu kereta (Ada lesen kereta advance and defensive katanya). Dari jam 1400 petang kami bertolak sampai tepat jam 1730 petang kami sampai di Lawas. Memang ramalan dalam aplikasi Waze pun menjangka sebegitu.

Nak upload gambar tapi kelajuan internet agak perlahan. Mungkin nanti gua upload.

Bonsoir....!!!

Monday, November 10, 2014

Terasa Nak Blogging Balik

As Salam.

18 Ogos, Ahad 2013 tarikh akhir gua post. 

Hari ini 10 November 2014, terasa nak berblogging balik.

Inspirasi dari satu artikel yang gua baca tapi tak ingat dari laman sesawang yang mana.

Menyatakan Sentiasa menulis minimum 400-500 patah perkataan setiap hari.
Dengan menulis, minda akal anda sedang digunakan dengan baik. Apa yang anda perlu tuliskan?
Tulislah perkara-perkara yang boleh merangsang semangat motivasi diri anda, hati anda atau anda dapat rasakan tulisan anda mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Anda jadi optimis.
Haah, baru ingat artikelnya dari sini. 
http://thevocket.com/10-cara-mudah-untuk-menjadi-kreatif
Insya-Allah kalau berkesempatan mungkin akan menulis balik.