Sunday, January 31, 2010

Now everyone can dive. Interested?




Just leave me a comment or text me at Kotak Menyelam and I will explain in details about it.

Bila Sudah Mimpi Blurp...Blurp...Blurp...

Tandanya gua rindu gila nak menyelam.

3 minggu asyik mimpi benda yang sama.

Tapi bukan la hari- hari mimpi menyelam jew.

Paling best mimpi menyelam dekat Pulau Sipadan.

Lepas itu Pulau Layang- Layang.

Pastu tempat gua mula- mula menyelam iaitu Pulau Tioman.

Mungkin akan menyelam dalam masa terdekat kalau kempunan sangat.


P/s: Pulau Sipadan destinasi terakhir selepas habis semua dive site dekat semenanjung.

Ice Skating









31.01.2010

Salam.

Agak lama jugakkan gua tak update.

Bukan tak nak update tapi baru- baru nie modem rosak jadi tak dapat update.

Semalam seharian berada di Sunway Piramid.

Beli belah dan bermain ice skating bersama teman- teman kolej.

Akhirnya tercapai juga hajat gua nak main ice skating.

Adrenaline sememangnya 110 % teruja nak main ice skating.

Mula- mula agak cuak tapi tengok orang meluncur dengan senang lenangnya.

Apa lagi layan jew la. 4 kali jatuh bodoh macam buah cempedak masak.

Kalau tak cuba lawan perasaan takut sampai bila nak pandai main ice skating.

Jatuh itu perkara biasa jew masa main ice skating, kalau tak jatuh tipulah.

Bukan senang nak imbang bila meluncur.

Teman gua lebih 6 kali kot dia jatuh tapi tak serik juga.

Almaklum benda baru nak belajar jadi mencuba sedaya upayalah.

Blogger- blogger sekalian sila mencuba.

Sedap boh....!!!


P/s: To my dear friend Dai. I'm sorry, next time i will invite you too. It is enplaning events.

Saturday, January 16, 2010

Genap 3 Tahun Berblogging...

Banyak juga memori dan perkara yang telah tercatit dalam blog nie.

Akan terus berblogging dan mencatit perkara suka duka gua dalam blog nie.

Dan satu nanti gua pasti akan tergelak membacanya nanti.

Mungkin pada anak atau cucu gua nanti.

InsyaAllah.


P/s: Seminggu tak dapat jenguk blog sebab rumah sewa streamyx kena potong.
P/s/s: Kepada Sis Belle harap bersabar ek.

Saturday, January 9, 2010

Patutlah...



09.01.2010

Kawan dan sepupu gua kata cerita ini best bagat.

Bagi gua cerita nie seimbang tapi ada jugalah part- part yang gua rasa terharu, sedih (bergenang juga kelopak mata) dan terfikir sejenak wujud ke wanita seperti Aishah pada dunia sekarang?

Hanya Allah sahaja yang tahu.

Tapi yang pastinya kaum wanita pada hari sudah pasti tidak mahu diperduakan maksud gua mempunyai madu. Lagi- lagi pada dunia hari ini.

Hanya logikal akal dan bukan mengikut kata nafsu. Boleh beristeri ramai tapi biar diatas keikhlas kedua- dua pihak dan saling memahami.

Paling penting sama adil dan dapat menangung isteri- isteri dengan baik dan saksama. Jangan berat sebelah. Berfikir secara logik dan mengikut ajaran islam dengan betul supaya tidak berlaku percanggahan nanti.

Renung- renungkanlah. Sekian.


P/s: Patutlah sepupu gua tengok sampai berpuluh- puluh kali.
P/s/s: Mesej yang disampaikan memang bagus sekali.
P/s/s/s: Jangan tengak ceweknya sahaja.


Monday, January 4, 2010

Selamat Harijadi Momo...!!!

04.01.2010

Haha...

Gua sudah tua.

Banyak lagi impian belum tercapai.

Harap tahun ini dimurahkan rezeki.

Dan berharap misi akan berjaya.

Amin.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


01.01.2010

Banyak perkara yang berlaku di 2009.

Kesenangan dna kepayahan yang melanda.

Semuanya dapat digalas dengan sabar dan tekun.

Tahun baru dimulakan dengan niat dan impian baru.

Hari ini seperti biasa hari cuti am pasti menolong ibu bapa gua mengemas rumah.

Semester baru lagi beberapa hari lagi akan bermula.

Sudah pasti mahu meningkatkan grade pada semester baru.

Dan paling menarik ialah misi yang sudah lama tertangguh akan dilaksanakan semula.

Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Sekian untuk hari pertama tahun baru.


P/s: Satu jew yang belum dapat iaitu chenta hati. Haish...bila nak ada nie.
P/s/s: Seronok tengok sepupu dan kawan yang baru kahwin. Hehe...