Tuesday, July 28, 2009

Resah dan Bingung


Dua tiga hari nie asyik bermonolog sendirian.

Bermonolog mengenai diri sendiri, masa sekarang dan masa hadapan.

Resah dan bingung memikirkannya.

Berfikir dan bertanya kepada diri samada keputusan yang diambil betul atau tidak.

Seperti gollum rasanya. Seorang berkata ia dan seorang lagi tidak.

Apa- apa pun perlu berfikir sebaik mungkin dan membuat keputusan yang bijak.

Paling penting ikut sahaja arus yang melanda dengan sabar dan tekun walaupun kadang- kadang ia menyakitkan hati.

Sampai masanya nanti pasti gua gumbira dan pada ketika itu akan gua tunjuk siapakah diri gua ini.

Monday, July 20, 2009

Jiwa Kosong


Kosong jiwa ini.

Melayang- layang mencari jiwa yang hilang.

Mungkin perlu sesuatu yang tidak bisa diperkatakan.

Dan hanya menjumpai ia apabila kita tidak mencarinya.

Entah mengapa seperti terasa sangat kosong jiwa ini.

Perlu bangkit dari kekosongan ini dan terus mengikut arus.

Sampai masanya nanti pasti jiwa ini dipenuhi semula.

Berdoa agar ia cepat dipenuhi.

Amin.

Saturday, July 11, 2009

Bestkan dapat mata nie...

Siapa kenal mata nie? Pasti tahu kenapa gua kata best.

Malam Nanti Nak Layan Cerita Nie

Tuesday, July 7, 2009

"Duit tidak boleh beli cinta"

Adakah tajuk diatas benar?

Mungkin ia dan mungkin tidak.

Bagi gua tidak benar, sesetengah orang mugnkin tidak setuju dengan jawapan gua tetapi itu adalah logikalnya.

Adakah kasih sayang itu boleh diperoleh dengan begitu sahaja?

10 tahun dahulu mungkin ia tapi cuba ia diadaptasikan pada zaman sekarang yang penuh panca roba.

Mungkin benar ia boleh diperolehi tetapi bagaimana?

Terpulang kepada individu bagaimana mentafsirnya dan gua tetap dengan pendirian gua.


P/s: Cerita banyak- banyak tak guna juga. Ia perlu dialami sendiri.

Monday, July 6, 2009

Misi Menyelamat


Besok misi menyelamat bermula pada pukul 9:00 malam.

Gua tak sabar lagi nak memulakan misi menyelamat ini.

Tapi perlu beringat, misi ini perlu perancangan, kesabaran dan kejujuran.

Perlu berpegang teguh dengan frasa diatas.

Supaya tidak jatuh di kemudian hari.

Sunday, July 5, 2009

Pecah Record

Gua dan ayah telah memecah record membaiki mini kesayangan a.k.a Michael selama 48 jam bermula dari semalam 04/07/09. Selalu mengambil masa 72 jam. Tapi dua hari ini, ayah gua buat kepala gila dia baiki mini kesayangan tanpa henti. Tapi tak la memanjang buat kerja. Masa makan dan solat jew kita orang berhenti selebihnya buat kerja. Penat gila tahap 100 petala langit. Ini pun baru sempat nak jenguk blog. Tak sempat pun nak ambil gambar. Tangan sudah berlumur dengan minyak, malas pula nak ambil gambar. Memang bersepah gila, dah macam bengkel kereta gua tengok tadi. Nasib orang tak berhenti dekat depan rumah suruh baiki kereta. Yang buat penatnya sebab bolt dan nut kereta mini nie macam- macam saiz. Dah tu asyik tukar jew la spanar dan paling leceh sekali sebab tak boleh nak angkat enjin jadi kena jack ajelah tambah pula kena nut yang dekat belakang enjin memang mengagau nak buka nut. Tapi apa- apa gua puas hati sebab dapat belajar walaupun masa buat keje tu dalam hati macam- macam maki hamun. Keseluruhannya gua puas hati dan setidak- tidaknya gua dapat belajar daripada tak tahu langsung.

Mini Kesayangan bersama rakan kolej.
P/s: Selalu jew tolong ayah buat kerja buruh kasar nie. Apa- apa pun tolong dengan niat yang ikhlas dan gua rasa sangat puas hati untuk kerja keras dua hari ini.

Friday, July 3, 2009

Rescue Mission Postpone

Misi menyelamat telah ditunda.

Sebab kurang maklumat dan perlu mengatur semula perancangan.

Gua perlu lebih berhati- hati supaya tidak gagal lagi seperti misi sebelum ini.

Setiap pertuturan, gerak geri dan kesalahan perlu ditutup dengan rapi.

Kalau tidak berjaya, gua perlu mengambil langkah yang drastik dan berisiko.



P/s: Ini bukan pasal ejen perisikan tapi sesuatu yang perlu gua lakukan secara rahsia. Bila berjaya nanti baru gua beritahu.

Mission #1 = Fail

Misi telah gagal dan sedikit kecewa.

Tapi tidak mengapa sebab ada misi menyelamat.

Misi ini pula memerlukan masa dan perancangan yang rapi.

Kali ini gua yakin misi ini akan berjaya.

Tetapi perlu ada kesabaran, perancangan dan kejujuran yang jitu.

Dan misi ini akan bermula pada tepat 8:30 malam ini juga.

Thursday, July 2, 2009

Mission #1

Besok, pukul 8:00 malam ada misi perlu dilaksanakan.

Berharap apa yang dirancang berjaya.

Apa jua sekali pun, gua kena laksanakan.

Kehidupan aku bergantung kepada misi ini.

Dan ia mengubah hidup gua untuk mencapai segala hajat yang dimpikan.

Gua akan pastikan misi ini berjaya.

Blogger sekalian doakan gua berjaya.

Wednesday, July 1, 2009

Mission


Mencari cerita ini dan layan sampai lebam.