Tuesday, April 21, 2009

Minggu Final Exam


Kepada blogger- blogger yang nak final exam tu, gua ucapkan selamat menjawab final exam dengan jayanya.

Gua pun nak final dah nie. Minggu depan bermula periksa. Sekarang ini dalam mood belajar, jadi tengah pulung mengulang kaji dan menyiapkan assignment yang terbengkalai. Hoho...memang gerun nak cuak gila bila nak final sebab sem nie semua subjek memerlukan daya ingatan dan kefahaman yang jitu. Tapi gua percaya semua bloggers yang nak final mesti merasai perasan sebegitukan.

Blog tetap diupdate tapi mungkin lambat kot sebab nak beri tumpu dulu dekat final nie. Kalau agak penat belajar gua update okay.

Okay, kepada bloggers sekalian selamat menjawab final exam dan gua doakan semua mendapat pointer yang bagus. Tadaa...


P/s: Paling risau subjek Thermodynamic, siapa pernah belajar subjek ini mesti tahu kegerunannya.

Sunday, April 19, 2009

Perhentian Besar Photo 2

Okay, dibawah ini adalah gambar- gambar ikan dan coral yang gua tengok semasa menyelam scuba di Pulau Perhentian.
Gambaran Rupa Bentuk Tokong Laut
(Tempat menyelam paling dalam gua pergi 24 meter)

Coral Fan Kecil

Penyu

SpongeBob aka Yellow Boxfish
(Siapa kata tak ada SpongeBob..)

Trigger fish yang mengerunkan

Parrot fish yang macam pelangi

Moray Eel

Moorish Idol

Clown fish aka Nemo

Clown fish aka Bapak Nemo

Bluelined Angel Fish

Blue String Ray

Barracuda- Bahaya ikan nie...

Bamboo Shark
P/s: Sebenarnya banyak lagi tapi nak upload banyak sangat. Malas nak tunggu dan yang gambar- gambar diatas bukan gua yang ambil cuma copy paste dari internet jew. Belum mampu dan cekap untuk mengendali kamera dalam air lagi.

Friday, April 17, 2009

Akhirnya entri yang ke 100 & Perhentian Besar Photo

Okay seperti yang dijanjikan, gua sudah upload gambar- gambar semasa di Pulau Perhentian. Minta maaf banyak lambat nak post sebab bila nak upload gambar jew mesti server lembab sangat- sangat. Owh gambar ikan akan gua upload malam nanti sebab nak basuh kereta mommy gua dulu sebelum dia menjerit sampai satu taman dengar. Hihi...

Jeti Kuala Besut

Wit Sister Mei

Botlaju

Lajukan...?



Melihat Matahari Terbit

Kedai Menyelam

SeaHorse Diver

Mat Salleh pergi Menyelam

Chalet paling mahal dekat P.Besar

Selamat Datang

Perhentian Kecil

Jeti Perhentian Besar

Happy Family
Nak pergi Snorkeling

Brieffing sebelum Snorkeling

Sebelum Snork, Snap dulu...

Gua bersama Kak-kak...

Nak Snork dekat tempat lain pula...

Ikan Belang yang jinak...

Kak Am yang takut kena gigit...

Membelai ikan belang. Hihi...

Perhentian Kecil

Kak Am

Terapi udang...

Sejuk gila air terjun nie...

Snorkeling dekat Shark Point

Snark di petang hari...

Cantik tak?

Hari Senja

Anak Mat Salleh main kejor-kejor...

Gua, Kak Lis & Kak TeeC

Peta Pulau Perhentian Kecil & Besar
P/s: Gambar ikan malam nanti ek. Server lembab gila, nak upload nie pon berejam.

Monday, April 13, 2009

Jalan- Jalan di Pulau Perhentian Besar

Salam. Gua sudah pulang dari Pulau yang sungguh cantik air lautnya membawa cerita gumbira kepada warga bloggers sekalian.Pertama kali nak minta maaf pada Indera sebab tak buat lagi la tag lorh. Kemudian pada Teyha, mimi nak upload la nie gambar- gambar ikan yang mimi tengok masa menyelam scuba.

Lokasi kejadian: Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu.
Tarikh kejadian: 10- 12 April 2009.
Mood kejadian: Lepas gian, happy, jiwa tenang dan cuci mata lagi. Hihi...

Okay bertolak dari Kuala Lumpur pukul 9:00 malam(09/04/09) dan sampai di Jeti Kuala Besut, Terengganu pada pukul 4:30 pagi(10/04/09).

Gua mengambil keputusan bercuti ke Pulau Perhentian diatas godaan dari sepupu gua iaitu Kak Lis(Entri Cemburu Owh). Dialah yang menganjak gua pergi bercuti kesana. Tapi tak boleh salahkan dia juga sebab gua pun sudah lama menagih nak pergi menyelam scuba. Sampaikan termimpi- mimpi semasa tidur. Okay berbalik kepada cerita.

Hari Pertama:

Tidak menjangka sampai sebegitu awal di Kuala Besut pada pukul 4:30 pagi. Dulu pernah pergi juga tapi naik kereta lambat pula sampai. Mungkin kenderaan tak banyak sepanjang perjalanan ke Kuala Besut. Pada dingin pagi, gua turun bas bersama Kak Lis dengan teman- temannya. Ada yang terpinga- pinga sebab baru bangun dari tidur dan ada juga yang terus berposing mengambil gambar dihadapan stesen bas Kuala Besut. Gua dan Kak Lis bergegas mengambil beg dari perut bas dan terus menyapa teman Kak Lis supaya lekas mengambil beg mereka. Sementara itu gua berfikir, nk buat apa pagi- pagi buta nie. Kedai pun tak buka lagi. Lalu Kak Lis menyapa, kita duduk dekat surau jew la dulu sampai subuh. Lepas itu baru pergi ke jeti.

Selepas Subuh baru bergegas ke jeti menunggu pintu pagarnya dibuka. Tertulis dipapan kenyataan Jeti dibuka pada pukul 8:00 pagi. Jadi ada lagi sejam menunggu, masing- masing sudah kelaparan lalu terus bersarapan dikedai makan dihapadan jeti. Selepas sejam baru pintu pagar jeti dibuka. Ketika itu sudah ramai pelancong yang berpusu- pusu dihadapan jeti Kuala Besut. Kami pun terus berkumpul dan menangkat beg lalu gua terus membeli tiket bot. Hoho..Memang ramai sangat orang yang nak masuk pulau. Beratur panjang dibuatnya. Kelihatan ramai juga diver yang nak masuk pulau. Bila tengok mereka bertambah teruja nak pergi menyelam scuba. Ada yang membawa satu set lengkap peralatan menyelam scuba, memang dengki gila. Hihi...Nanti ada wang lebih nak beli juga la, baru selesa dan mantop.

Masa naik bot, dapat tengok matahari terbit dengan indahnya sambil menghirup udara segar diwaktu pagi. Kali kedua naik bot jadi taklah teruja sangat tetapi lain memang teruja dan bergambar sakan. Hampir 45 minit juga untuk sampai ke pulau. Masa sampai memang kelakar, salah seorang adik kepada kawan Kak Lis terjatuh semasa meniti jejambat yang terapung. Kebetulan air laut belum surut memang basah kuyuplah. Sebelum turun bot, gua sudah bagi tahu supaya berhati- hati tapi nak buat macam mana sudah nasib nak jatuh.

Lepas check in chalet, kita orang jalan- jalan tepi pantai dan bergambar. Ada juga yang terus pergi mandi laut. Gua tak mandi sebab malas nak basahkan baju cuma duduk ditepi pantai sambil memerhatikan anak- anak mat salleh bermain pasir ditepi pantai. Selepas itu gua terus ke kedai menyelam scuba Seahorse Diver. Bertanyakan jadual dan bayaran menyelam scuba. Lantas mengambil keputusan nak buat snorkeling dulu selepas solat jumaat.

Selepas solat, kita orang bersiap sedia nak pergi snorkeling. Peh, memang best snorkeling, dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 5:00 petang bersnorkeling sampai letih gila. Masa snorkeling dapat tengok penyu tiga kaki, nemo, obor- obor, snake eel, angel fish dan terumbu karang yang cantik. Kepada yang pertama kali yang mencuba snorkeling tu memang dia orang enjoy habis. Macam gua lebih suka menyelam dari snorkeling sebab boleh tengok ikan dekat- dekat dan tak mabuk laut. Satu petua yang diberi oleh teman semasa menyelam di Perhentian Kecil. Bila mabuk laut jangan duduk dalam bot sebab nanti lagi pening jadi turun jew snorkeling. Kalau sudah penat, terapung sahaja sampailah nak balik baru naik bot.

Balik dari snorkeling memang penat gila. Masing- masing terus ke bilik masing- masing sebab terlampau penat. Pukul 8:00 malam, makan malam bersama- sama. Lepas makan gua terus tidur sebab memang penat sangat. Yang lain pergi berjalan- jalan disisir pantai melihat langit dan laut yang terbentang luas.

Hari Kedua:

Pagi lagi sudah bangun sebab orang kejut nak pergi sarapan. Masa bangun, terasa sengal- sengal badan. Mungkin sudah lama tidak bersenam. Cuci muka dan gosok gigi kemudian terus sarapan. Dijadualkan menyelam pada pukul 9:00 pagi jadi kena bersiap awal. Lepas sarapan terus ke bilik, siap barang- barang menyelam. Fin dan buntil dikeluar, mask diletakkan colgate supaya nanti tidak kabur masa menyelam nanti. 15 minit kemudian terus kedai seahorse diver, isi borang yang berkenaan dan ambil wetsuit, load belt dan bcd. Lepas itu terus memasang kelengkapan menyelam ke tangki pernafasan. Akhirnya menunggu penerangan dari Instructor Diving.

Kali ini gua menyelam di Tokong Laut. Tempat paling dalam dekat Pulau Perhentian iaitu sedalam 24 meters. Sebenar ada lagi satu tapi tak ingatlah namanya. Difahamkan dekat Tokong Laut tu banyak ikan- ikan yang menarik dan terumbu yang besar- besar.(Nanti gua letak gambar rupa bentuk bumi Tokong Laut dan ikan- ikan yang gua tengok). Hari itu menyelam sekali jew sebab badan kurang sihat mungkin penat masa snorkeling. Menyelam ini tak boleh paksa- paksa sebab nanti tak seronok. Buat apa menyelam kalau tak senorok buat rugi jew. Kalau menyelam juga masa sakit- sakit nanti menganggu tumpu kita dalam air nanti tak pasal kabut dalam air. Dalam air ini tak boleh kabut, mesti tenang jew barulah boleh tengok ikan dengan hati yang gumbira.

Hari Ketiga:

Kak Lis berjaya memujuk teman- teman mencuba menyelam scuba. Pagi itu selepas sarapan terus bersiap nak pergi menyelam. Teman- teman Kak Lis diberi penerangan sebelum menyelam. Selepas 30 minit diberi penerangan masing bersiap memasang kelengkapan menyelam. Gua pun turut serta sebab nak ambil gambar mereka. Alih- alih masa turun dalam air cuba snap dalam tapi tak boleh. Memang benggang gila, masa atas darat boleh saja snap gambar tapi bila masuk jew air langsung tak boleh. Memang gua benggang dan hampa sangat- sangat. Kesian diorang langsung tak dapat berphoto dalam air.

Tengahari menyelam juga kali ini dekat Tanjung Berani kalau tak silap gua. Kedalaman 12 meter, sebab turun dengan teman Kak Lis yang nak ambil sijil menyelam. Dekat sini paling gempaq sekali. Gua nampak Trigger fish dan Barracuda. Besar gila Trigger fish itu, masa itu sudah cuak gila. Dalam hati jangan la dia datang dekat gua. Barracuda pula terserempak selepas tengok Trigger fish yang besar. Nasib masa itu Barracuda itu berada diatas gua dan tak banyak. Dalam sibuk- sibuk tengok ikan gua dengan dive buddy tertinggal kebelakangkan. Langsung tinggal berdua jew. Peraturan menyelam bila tertinggal, tengok sekeliling selama seminit kalau tidak jumpa terus naik keatas permukaan air. Petang itu kita orang bertolak dari pulau pukul 4:00 petang dan sampai dekat jeti Kuala Besut dalam pukul 5:00 petang. Dekat jeti berpusing- pusing mencari kedai cenderamata dan membeli keropok lesung. Bus bertolak pada pukul 9:00 malam sementara menunggu bus. Makan malam di tepi pantai dan berborak sampai pukul 8:30 malam dan langsung terus pulang ke Kuala Lumpur. Owh lupa nanti gua nak letak gambar dalam entri ini sebab sudah panjang sangat. Nanti gua post lagi satu entri penuh dengan gambar sahaja.



P/s: Buat pengetahuan blogger- blogger, gua seorang jew hero masa pergi pulau. Hoho..Jangan marah.

Tuesday, April 7, 2009

Berehat Sebentar dari Dunia Maya


Sekarang tengah sibuk dengan test dan assingment yang bertimbun.

Jiwa tengah kacau, jadi perlukan masa menumpu perhatian kepada test dan assignment.

Kepada Indera, nanti gua buat tag lorh ek.

Subjek killer nie kena tumpu perhatian lebih.

Hari minggu ini berehatkan minda di Pulau Perhentian Besar.

Jadi akan update blog lepas balik pulau la yea.

Voyez-vous la semaine prochaine.
(See you next week)


P/s: Actually lepas balik pulau lagi sibuk terlampau sebab nak final exam sudah. Bercuti pon sebab nak melepaskan kempunan diving. Rindu giler diving. Huhu...

Sunday, April 5, 2009

Cemburu Owh...

Cemburu dengan sepupu gua seorang ini. Gua panggil dia Kak Lis sebab dia tua 5 tahun dari gua. Segala aktiviti lasak yang gua nak buat semua dia sudah buat termasuk yang terbaru ini. Dia buat terjun bungee dekat New Zealand masa dia bercuti dekat sana. Argh geram gila, bila pula gua nak buat ek? Mungkin sudah bekerja nanti kot. Ialah aktiviti lasak ini memerlukan kewangan yang kukuh. Buat masa ini sabar jew dulu dan buat senarai aktiviti lasak yang nak dilakukan. Paling penting kumpul duit banyak- banyak. Ini photonya, teruja gilakan. Mesti masa nak lompat itu, jantung berdegup pantas macam nak terkeluar. Apa- apa pun gua nak cuba juga terjun bungee ini satu hari nanti.

Photo 1

Photo 2

Photo 3

Photo 4

Photo 5
P/s: Kak gua ini memang berani dan lasak orangnya. Tapi kalau tengok dia lemah lembut jew.