Sunday, August 15, 2010

Journal Ramadhan 2010 #04

4 Ramadhan

Separuh hari menjadi driver mommy gua.

Teman mommy membeli keperluan untuk membuat kuih- muih.

Separuh hari lagi mencari bahan untuk FYP dan menolong adik- adik menerai roti jala. Gua gulung jew. Hehe...

Pukul 4:00 petang, gerak bazaar ramadhan dekat Taman Impian Ehsan.

Bukan beli makanan untuk berbuka tapi menolong teman berniaga ikan bakar.

Buka puasa dengan ikan patin bakar cicah air asam.

Fuh...memang mantop sampai gua migrain. Haha...

Actually, disebabkan menghidu asap terlampau banyak. Mana taknya depan gerai orang bakar kepak ayam. Gerai teman ikan bakar, tak banyak pulak asapkan.

Balik langsung selepas solat maghrib terus tersadai sampai ke sahur. Migrain punya penangan.

Adios.

Journal Ramadhan 2010 #03

3 Ramadhan

Pagi.

Seharian tiada kelas.

Melayan movie dan main game jew.


Petang.

Selepas solat jumaat, kemas bilik dan main game balik.

Bosan main game, tengok movie balik. Tengah hujan memang layan ar tengok movie.

6:30 petang keluar dengan budak rumah nak pergi bazaar. Hujan rentik- rentik.

Separuh jalan, tertiba hujan lebat melanda. Basah carpet kereta kasayangan gua.

Ambil keputusan berbuka dekat D'Limau Nipis depan Plaza PKNS.

Berbuka dengan nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan nescafe ais nipis. Layan seh (hujan lebat kan), memang mantop makan nasi bersama sup panas.


Malam.

Selepas solat tarawih. Lepaking.

Kemas barang, balik ke Cheras bersama kereta kesayangan. (12:30 malam)

Sangat suka balik malam, terasa seperti balik kampung walaupun dekat jew Bangi dengan Cheras.

Suasana yang nyaman, sunyi dan tidak sesak sambil mendengar lagu Greenday- Wake Me Up When September End dan Jet- Are You Gonna Be My Girlfriend berulang kali.

Terasa sangat tenang tika itu, fikiran melayang-layang tentang masa hadapan.

Sampai rumah, angkat barang dan terus tidur.

Bangun sahur, makan secepat mungkin kemudian tidur balik.(Mengantuk giler)

Sekian.

Friday, August 13, 2010

Journal Ramadhan 2010 #02

2 Ramadhan

Pagi.

Kelas pukul 11:00 pagi sampai 12:30 petang.

Balik rumah sewa, masuk jew rumah terbau burger Mcd.

Dalam hati, ada orang tak puasa nie.

Tapi memang confirm bau Big Mac.

Tak tuduh sapa- sapa, mungkin deria bau sangat tajam dengan burger Mcd.(Dekat rumah cheras Mcd dekat jew kot)

Naik atas buka laptop main game sambil tunggu azan zohor.

Petang.

Layan manga dan main game sampai lebam.

6:30 petang baru keluar pergi bazaar dekat PKNS Bangi.

Sudah biasa dengan bazaar PKNS tapi tak tahu nak beli apa.

Last result beli puding caramel and nasi tomato.

Balik gam- gam sui berbuka nasib sedia awal air nescafe.(Jimat owh)

Malam.

Minum malam dekat Azura samabil tengok Pink Panther 2 (sangat hot aishwarya rai). Hehe...

12:30 pagi gerak ke KL Downtown, pelan dengan budak rumah bersahur dekat KL.

Pekena Sup Meletop Bandar Sri Permaisuri. Memang meletop, berpeluh- peluh makan.

Sekian. Terima kasih.

Wednesday, August 11, 2010

Journal Ramadhan 2010 #01

1 Ramadhan

Sepatutnya 5:30 petang tadi ada tapi gua tak pergi.

Sebab jalan sesak, setengah jam nak lepas dari round board.

Mungkin sebab hari pertama berpuasa jadi orang mahu balik awal.

Ambil keputusan terus balik ke rumah cheras.

Berbuka bersama family dan sembahyang tarawih dekat rumah.

Tahun ini, berazam mahu melakukan perubahan.

InsyaAllah.

Selamat Berpuasa...!!!

Selamat berpuasa kepada blogger- blogger di luar sana.

Semoga Ramadhan membawa sesuatu yang bermakna buat kamu semua.


P/s: Mungkin akan buat journal ramadhan.