Thursday, February 26, 2009

Jam Biological Gua Rosak Lagi

Minggu ini sudah tiga kali lewat ke kelas pagi.

Termasuk pagi tadi(26/02/09).

Benggang betul.

Gua tak suka bangun lambat, rasa macam rugi sangat bangun lambat.

Tapi nak buat macam mana gara- gara tak boleh tidur dari pukul 2 pagi hingga 6 pagi baru terlelap mata.

Nak bangun study, teman- teman sedang tidur. Kalau buka lampu ganggu diorang pula. Jadi bergolek- golek atas katil sambil cuba melelapkan, tahu- tahu sudah lewat ke kelas pagi.

Tak tahu mengapa gua susah nak tidur nak walhal waktu siang tak tidur pon.

Cuti ini nak pergi jumpa Doktor.

Harap- harap lepas ini tak bangun lewat lagi.

Friday, February 20, 2009

Pelajar Universiti Yang Tak Bertamadun





Hoho...Pelajar universiti yang tak bertamadun dan tiada kesedaran sivik langsung. Lihat sahaja gambar- gambar diatas. Kalau ia pun sudah bosan sangat dalam kelas janganlah monconteng atas meja. Gua tahu korang memang kreatif tapi berfikir secara rasional. Contenglah atas kertas. Tak rugi pun kalau conteng atas mana tahu kalau orang berminat dengan lukisan itu. Jadi boleh la dibingkaikan. Tak pun buat hiasan dekat bilik. Paling busuk habis melakar potret disebabkan bosan, buang saja bila habis kelas. Gua bukan nak kutuk ke apa tapi dah masuk universiti itu berfikiran matanglah sikit. Tak tahu la mungkin mentality rakyat malaysia ini susah nak berubah kot. Mungki juga salah satu tabiat buruk rakyat malaysia, asal jumpa meja yang bersih bebas dari sebarang lukisan atau carutan mesti nak merasmikanya dengan lukisan dan carutan yang mengarut. Semua ini boleh dielak dengan ada kesedaraan sivik yang patut dipupuk sejak kecil lagi. Sekian, terima kasih.

P/s: Semua manusia ada kelemahan, jadi sama la kita saling ingat- mengingati.

Cinta Gila

Artis: Grey Sky Morning

Lagu: Cinta Gila

Saat Indah Bermula
Terasa Bahagia
Cinta Yang Lama Terhenti
Berputik Kembali
Ada Yang Menghampiri Ku Tidak Peduli
Cinta Ini Cinta Gila
Untuk Kita Berdua

Woo..
Woo..
Woo..
Tiada Yang Dapat Menghalangnya
Kita Berdua Terus Bercinta
Selamanya
I Cant Live
I Cant Living Without You Oh Baby
Just Only You That My Love
With Love

Hanya Kau Ku Miliki
Yang Tiada Ganti
Bukan Mimpi Sudah Pasti
Jiwaku Berseri
Ada Yang Menghampiri
Ku Tidak Peduli
Cinta Ini Cinta Gila
Untuk Kita Berdua

Woo..
Woo..
Woo..
Tiada Yang Dapat Menghalangnya
Kita Berdua Terus Bercinta
Selamanya
I Cant Live
I Cant Living Without You Oh Baby
Just Only You That My Love
With Love

Cinta Gila Gila Gila Cinta
Cinta Gila Gila Gila Cinta
Cinta Gila Gila Gila Cinta
Cinta Gila Gila Gila Cinta

P/s: Gila lagu ini pula. Huhu..

Monday, February 16, 2009

Kena Tag Lagi

Terima kasih kepada Cik Ilia Diyana sebab tagging gua.

Okay, gua kena buat ini:

1. Go to your photos folder in your computer.

2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.

4. Put the picture on your blog and description of it.

5. Invite six friends to join the challenge.

6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Okay ini gambar geng diving gua. Gambar diambil dekat dive site Sea Rock Bell, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu pada 26/08/2008. Gambar belakang diving partner gua (Agus). Yang buat thumb up tu diving partner dari Melaka (John) dan yang buat okay sign tu Instructor Diving (Mikiko Ando). Dekat dive site nie banyak terumbu gambar dan ikan- ikan yang cantik. Owh rindu gila nak diving, ada masa dan duit lebih nak pergi diving la.

Ilia Diyana nak ikut tak?

Gua nak tag Teyha, Bloomgalz, Ema Songall, Dyana dan Burn.

Tak nak tag ramai- ramai nanti kena maki.

Current Mood

Dua tiga hari ini rasa macam moral down nak belajar.

Tak ada semangat nak belajar.

Tak tahu mengapa, rasa malas gila nak buka buku.

Macam nak berhenti belajar pon ada.

Macam mana ek nak bagi moral up semula?

Ini pon rasa macam malas nak pergi kelas besok.

Sunday, February 8, 2009

Di Tag oleh Budak Sakit. Hihi...

Kepada Cik Siti, jangan marah ar kalau marah nanti kena jual owh.

Kalau boleh, gua ingin jadi...

"Assassin"

Atau lebih dikenali sebagai pembunuh upahan. Best owh jadi pembunuh upahan, boleh bunuh orang sesuka hati. Gua boleh bunuh sesiapa sahaja yang gua tak suka. Lepas itu gua ada banyak identiti jadi tak la kena tangkap bila pergi mana- mana sambil membunuh orang diatas arahan yang diberi tapi yang penting upahnya mesti mahal. Lagi besar atau tinggi pangkat orang yang dibunuh. Lagi tinggi ar upahnya. Macam cerita Hitman atau Bangkok Dangerous.

_Jumper_

Kepada sesiapa pernah tengok cerita tahukan macam mana rupanya. Ha macam tu ar gua nak jadi. Bestkan boleh pergi melompat kemana- mana tempat yang kita suka dengan sekelip mata jew sambil itu leh mengurat gadis chantek. Huhu...(Dalam blog pon leh lompat- lompat juga)

=Burung=

Lebih kurang macam jumper juga sebab boleh terbang meluncur sesuka hati di awan biru. Cakap pasal awan teringat Awan Dania. Hoho Scha yang chumel, minat gila owh.

-Ikan-

Sebab suka diving dan tengok ikan- ikan yang chumel berenang dengan riangnya seperti tiada apa yang berlaku. Boleh berenang dengan Ikan duyung. (Maya Karin owh)

+Camera Dslr+

Sebab boleh mengambil gambar- gambar penorama yang indah, ahmoi dan gadis chantek banyak- banyak. Hihi..

*Radio*

Mendendangkan lagu kepada orang ramai dan memberi info berguna. Suka dengar Hitz.fm. JJ dan Rudy morning crew.

Okay- okay sebenar apa yang penting jadilah diri sendiri yang tahu batas- batas hidup. Menghormati sesama umat manusia yang lain. Selalu menginati bahawa kita sebagai umat islam tunaikan lah tanggungjawab kita.


P/s: Penat juga nak fikir Cik Siti oit pasal tag nie. Sebenarnya malas nak buat tapi layankan sahaja. Malas nak tag orang nanti kena maki.

Tuesday, February 3, 2009

Gua Jatuh Chenta

Hoho ini mungkin pelik tapi memang gua sudah jatuh chenta.

Gua jatuh chenta sama Pensyarah English yang mengajar gua.

Haha boleh kew macam itu. Tapi gua sememangnya tertarik dengannya.

Chumel, kecil molek dan chantek tapi punyai suara yang lantang, tidak sesuai fizikalnya yang kecil molek.

Suka ikut mimik mulutnya pabila bertutur semasa mengajar.

Bila tiba kelasnya tidak sabar menunggunya melangkah masuk ke kelas. Gembira dan tenang saja melihatnya.

Owh gua sudah jatuh chenta sama itu pensyarah tapi apa kan daya ianya hanya khayalan semata- mata dan dia adalah guru gua.

Selalu berdoa supaya diketemukan chenta hati sepertinya.


P/s: Hoho rasa macam bengong pon ada ini. Apapon ianya hanya la impian yang tidak bisa terjadi. Hanya berharap dan berdoa ketemu jodoh sepertinya. Amin.

Kalau Bosan Dalam Kelas

Gua suka mengambil photo secara senyap. Seperti penembak tepat, teman- teman dan pensyarah tidak sedar gua mengambil photo. Mengira kedudukan pensyarah, cahaya yang diterima dan fokus lantas terus menembak mengunakan telefon bimbit nokia daun. Ini memang dah tahap bosan gila. Tengok saja gambar teman- teman gua yang kebosanan.

Cuba, try dan test fokus gambar dekat.

Betulkan, diorang sudah bosan bukan...

Pensyarah

Pandangan tepi meja
Kalau bosan dalam kelas lorh orang buat pe?

P/s: Sila jangan meniru aksi ini. Merbahaya nanti kena terajang keluar. Tapi gua selamba jew. Haha...

Kereta Kesayangan Ayah Gua

Hari sabtu lepas membaiki Mini Clubman kesayangan ayah gua yang sedang merajuk. Alang-alang baiki, ayah gua ambil keputusan untuk menambah seatbelt dan radio. Sebelum ini tak ada seatbelt, bukannya apa takut dijadikan isu pula kalau ditahan oleh JPJ. Radio pula saja memasangnya sebelum ini tak nak letak sebab nak kekal entik tapi disebabkan gua suka dengar lagu lalu memasangnya. Dari pagi hingga ke malam membodek kereta kesayangan ayah gua ini. Sedikit photo yang sempat diambil. (Bila la nak ada dslr nie..)


Mini yang sedang merajuk
(Kereta pon boleh merajukkan)

Seatbelt baru yang diubahsuai sedikit
(Tak ada orang nak jadikan model seatbelt)

Radio siap dengan cd player owh...
(Pandangan Hadapan)

Dari pandangan sisi

Dashboard yang banyak butang

Tak ada stering dan bersepah

Wayar yang serabut...

Kotak radio yang buatan tangan
(Mulanya nak pakai kotak radio ini akhirnya jadi seperti gambar diatas sebab tak muat nak letak, ada masa nak reka yang baru)
P/s: Penat owh tapi berbaloi sambil mengisi masa lapang.