Tuesday, May 5, 2009

Gua sudah habis final exam...

Sebenar semalam lagi sudah habis final exam. Habis jew paper terakhir pada pukul 3:00 petang semalam terus pergi tengok wayang dekat Pavillion dengan Dai. Memang lama gila tak tengok wayang. Sampai dua kali tengok wayang dekat Pavillion. Mula- mula tengok cerita "X-men the Origin" lepas itu pergi makan dekat Times Square. Teringin makan donut, jadi Dai bawa pergi dekat kedai donut baru buka dekat Times Square iaitu Krispy Kream Donuts.

Borak- borak dengan Dai sambil makan donut Krispy Kream yang best. Tapi gua terus terang lagi suka Big Apple dengan Dunkin Donuts. Lepas makan dekat Krispy Kream lepak dekat depan ofis Dai berborak lagi. Al maklum sudah lama tak berjumpa dengan Dai. Panjang lebar kami berborak tapi bukan berborak kosong jew. Gua banyak tanya dekat Dai pasal Business sebab dia seorang Business Woman. Macam nak survive selepas tamat degree kalau tak dapat kerja dan macam- macam lagi.

Lama juga lepak dekat ofis Dai. Agak bosan, Dai ajak pergi Bukit Belacan tapi gua agak malas dan segan. Sudah la dekat Bukit Belacan itu gelap, kalau jadi apa- apa mampus gua. Akhirnya ambil keputusan tengok wayang lagi. Mula nak tengok "He's Just Not That Into You" tapi lambat sangat jadi ambil keputusan tengok cerita "Mall Cop". Lepas tengok wayng terus balik rumah.

Thanx Dai teman Momo.

2 comments:

Faizal Sulaiman said...

aloo..dah abes yer.leh update selaloo.hahahaha

Shamimi said...

Yup mmg blh update selalu...
Tp kdg2 x idea nk update pe...