Sudah agak lama tidak menulis blog. Gua rasa ada 3 minggu gua tidak menulis. Kali terakhir entri yang gua nak buat senarai kerja masa cuti tapi tak buat pon. Hanya melakukan kerja- kerja rutin dirumah, melayan anime dan bersantai sambil menambah lemak dibadan(Bukan malas tapi nak tambah berat badan sebab kurus sangat). Berbalik tajuk entri diatas.
Tiga hari ini telah bermimpi pelik dan indah berturut- turut. Tak tahu kenapa tapi memang pelik dan merasakan ia begitu indah dan seronok. Gara- gara menonton cerita 'Curious Case of Benjamin Button'(CCOBB). Gua terus bermimpi sebijik macam cerita itu. Macam gua jadi Brad Pitt masa itu. Tapi taklah 100 % sebijik. Seingat gua mimpi itu berubah ketika dipertengahan dan penghabisan cerita.
Apa yang gua ingat gua jadi kelasi kapal dan mengembara ke tempat yang gua tak pernah jejak pun. Berjumpa teman- teman baru dan boleh bertutur pelbagai bahasa. Seperti satu kurniaan kepada gua dan paling seronok dapat bertemu chenta hati semula seperti dalam cerita CCOBB. Tapi agak berlainan sedikit seingat gua dan terus kepada penghabisan cerita yang sepatutnya gua mati jadi bayi tapi gua tak mati jadi bayi dan hidup bahagia bersama chenta hati dan lantas terus terjaga dari tidur.
Tiga hari bermimpi perkara yang sama tapi berlainan plot ceritanya. Yang atas itu hari pertama(27/05/09). Hari kedua(28/05/09), pada awal sama dan berubah semasa dipertengahan ke penghabisan tapi yang ini gua jadi mafia macam Al- Capone tapi akhir sekali selepas membunuh musuh ketat terus insaf dan terus mula hidup baru bersama chenta hati.
Hari ketiga(29/05/09) pula simple tapi gua ingat- ingat lupa. Yang ini selepas dapat tahu siapa bapa gua siapa dan bapa gua meninggal dan terus mengambil perniagaan butang baju seperti cerita CCOBB itu. Mencari chenta hati semula kemudian kahwin dan bahagia sampai ketua.
Tak tahu kenapa bermimpi sebegitu. Tapi yang ketiga paling best walaupun tak ingat sangat. Yang best terjaga dari tidur kemudian terdiam seketika sambil dalam hati berkata kalau jadi betul- betul macam mana la hidup aku kan. Terus berasa semangat dan cuba mengambil perkara positif didalam itu dan berharap dapat mengubah diri dan keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa lagi.
P/s: Semua diatas hanya ditulis dari olahan mimpi yang tidak jelas dan mungkin bloggers diluar sana berfikir gua hanya mereka cerita tapi ia adalah benar dan gua hanya beranggap ia hanyalah mimpi semata- mata.
3 comments:
agaknye sebab ko suke cite tu.
To Teyha: Yela kot smpi termimpi2kn.
hahahani berangan lebih ni.
hahahahahahahahahahaha =D
Post a Comment