Friday, October 17, 2008

Memori: Gadis Chantek #4

Hari terakhir dipejabat, pagi lagi sudah berada dipejabat. Mata berkeliaran mencari GC dipantri tetapi tidak kelihatan lantas terus naik keatas bilik QA/ QC. Belum sempat melabuhkan pinggul ke kerusi, brader Faeez masuk dan terus menyapa gua.

Agak terkejut juga apa yang diberitahu pada gua oleh brader Faeez. GC kirim salam kepada gua. Tidak tahu samada gurauan atau beul tapi kalau betul bagus juga didalam hati sambil tersenyum. Brader Faeez memberitahu bahawa GC bercuti jadi dia hanya menyampaikan salamnya kata brader Faeez. Agak kecewa sebab tak dapat ucapkan selamat tinggal pada GC.

Sebulan kemudian.

Sekali lagi ditugaskan ke pantai timur tapi kali ini selama 3 hari saje. Gua sampai dipantai timur tepat jam 4:00 pagi. Telefon teman untuk mengambil gua selang 20 minit kemudian teman sampai. Bersalaman dan bertanya khabar lantas terus teman menyapa. "GC selalu bertanya pasal mung owh". Gua tersenyum sendiri, tak sangka GC akan bertanya pasal gua wahal hanya berbual kosong saje sebelum ini. Teman bertanya.

Teman: Apa kes lak datang kali ini?

Gua: En Rosdi tak beritahu mung kew pasal witness WPQT untuk projek PCSB.

Teman: Owh ada- ada. Mung berapa lama lak mari sini?

Gua: Kali ini kejap jew. Tiga hari jew.

Teman: Haha ada peluang ar nak mengayat GC. Haha...!!!

Tertawa bersama dan terus pulang kew rumah.

Seperti biasa gua sememangnya datang awal ke pejabat. Kali ini GC sudah berada didalam bilik QA/ QC. Sambil tersenyum bertanya kabar pada gua. Tengok dari gerak gerinya agak terkejut dengan kehadiran gua. Kali ini gua tak melepaskan peluang berbual dengan GC tapi yang kelakarnya kami hanya berbual mengunakan Yahoo Messenger. Macam- macam yang kami bualkan. Kali ini dapat nombor telefon GC tetapi dengan syarat kena belanja GC makan tengahari.

2 comments:

SafwanIsa said...

kenapa perlu 'belajar' GC lunch?hehe.ni mesti based on very-true story kan? =p

Shamimi said...

To Safwan: Hihi tgh ngantok boh. U r right.