Keesokkan paginya datang awal ke pejabat. Masuk bilik QA/ QC, tak ada orang lagi lalu terus menghidupkan laptop dan membuka email, sedang khusyuk menatap email pintu dibuka, Ingatkan bos atau teman rupanya GC yang melemparkan senyuman manis pada gua lalu gua mengucapkan selamat pagi padanya.
Sekali lagi berdua didalam bilik. Saling berpandangan dari meja masing sambil jari jemari ligat membalas email dari client. Gua kelu untuk berkata- kata. Lantas bangun dari meja terus kehadapan mencari teman untuk bersarapan sama kerana telah memesan padanya membeli sarapan.
Bukan tak nak duduk didalam bilik tapi takut orang salah anggap nanti sebab itu terus bergegas mencari teman. Sepanjang berada didalam pejabat jarang bertegus sapa dengan GC kerana gua banyak kerja perlu disiapkan sehingga la ke petang hari. Sekali lagi ditanya oleh teman.
Teman: Guane ari nie?Boleh dop nombor talipon.
Gua: Nombor talipon mendenya. Satu hari sibuk dengan kerja, dop dan nak mintak nombor talipon. Mung pon tahukan gua sibuk.
Lalu teman mengutuk.
Teman: Pe la, ada peluang tak boh bertegus sapa..!!!
Gua: Bukan macam itu, gua segan la. Dah la ada bos ngan brader faeez kang ader yang kena perli sambil ketawa bersama.
Sambung...
No comments:
Post a Comment