Thursday, September 18, 2008

Perlukan seorang "Teman"

Gua perlukan seorang teman atau lebih tepat lagi seorang untuk dicintai dan mencintai diri ini seadanya. Sememangnya agak malu hendak meluahkannya ntah kenapa pagi- pagi buta nie jadi emo pulak tp apa- apa pon gua perlukan seoarang untuk berbicara, mendengar dan memberi pendapat atau kasih saynag daripada seorang perempuan sebenarnya.

Kadang- kadang cemburu melihat teman- teman lain berpacaran. Sungguh indah dunia bercinta. Melihat teman- teman yang bercinta memang indah sekali dan bahagianya mereka. Melihat kemesraan dan kasih sayang yang haha..gua pon tak tahu nak cakap macam mana tapi memang seronok tengok gelagat teman- teman yang bercinta. Kadang- kadang senyum sendirian sambil didalam hati berkata alangkah aku bercinta macam diorang. Huhu..

Haha..Kenapa gua luahkan semua ini. Mungkin salah satu sebab gua membuat blog ini kerana ingin meluahkan perasaan gua selain mengabadikan suka duka kehidupan ini dan mungkin hidup atau hati ini kosong dengan perasaan untuk mencintai seorang yang bernama perempuan. Sebenarnya gua perlukan kekasih bukannya teman sebetulnya. Kekasih yang sentiasa merindui, menyanggi dan memahami diri ini.

Owh shit what the hell im doing now. I can't believe it im telling all of this. Huhu.. Mungkin ini yang dirasakn oleh seorang teman yang merasakn hidup ini kosong tanpa seorang yang bernama kekasih tetapi terus mencari cinta walaupun perempuan yang disukainya sudah berpunya. Bukan mengutuk tetapi kagum dengannya kerana terus berjuang mendapatkan cintanya.

Jadi, adakah diri ini akan terus mencari atau terus menunggu keajaipan yang mungkin tidak akan datang dengan sendirinya. Apa- apa pon gua perlu teruskan hidup ini dengan gumbiranya dan berharap mendapat cinta yang setaraf diri ini.

P/s: Suka tengaok gelagat teman- teman bercinta. Ada tu kalau depan kekasih bukan main control lagi belakang kekasih bukan main setan lagi. Hihi..Berdoa agar, hubungan cinta teman rapat gua semasa dip dulu(skrg kerja kt singapura) bersama kekasihnya(tgh ambil phd kt ukm) berakhir dijinjang pelamin. Korang berdua memang secocok.

5 comments:

SafwanIsa said...

dude, aku sajes ko layan drama korea. sesungguhnya hatimu akan terubat dengan fantasi2 itu.

anyway,aku dh tukar url blog aku

http://bforburnlife.blogspot.com/

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

muka ade. duit ada. kerja pun dah konpem. ko memilih sangat ni?!

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

alahai sdiy je baca post kamu ni. kamu berusaha mencari ke tak ni?

Shamimi said...

To Dyana: Sedang berusaha mencari tapi blm ada yang tersangkut. Hihi...

hrmk said...

quote:
To Dyana: Sedang berusaha mencari tapi blm ada yang tersangkut. Hihi...
------------------------------------

pakai ar umpan power..