Semalam(27/09/08) shopping raya dibandaraya Kuala Lumpur. Berpusu- pusu orang ramai membeli beli belah di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Rasa menyesal pon ada bershopping pada hari minggu nie. Dah macam pasar malam gua rasa semasa di dalam Sogo. Tapi nak buat macam mana pitis tak dok nak buat guane kalau dok lama dah membeli belah. Itu pon mengharapkan duit mak ayah saja. Almaklum la kembali belajar duit poket pon kurang la.
Duit pinjaman pon belum keluar lagi jadi terpaksa la mengharapkan mak ayah. Tapi gua tak minta lebih- lebih, sekadar baju sehelai dan sepasang seluar jeans. Semasa di Sogo area, tingkat 4 area lelaki, punya la ramai umat manusia yang berada disitu sampaikan gua naik bosan dan remas nak memilih baju tapi atas desakan sepupu dan adik. Gua teruskan usaha mencari sehelai baju dan sepasang seluar. Kalau diikitkan hati tak nak beli saje tapi fikir- fikir balik, dah lama tak beli baju dan seluar apa lagi teruskan usaha mencari didalam kesibukan umat manusia lain yang membeli belah.
Setelah sejam mencari, gua jumpa yang berkenan dihati dan terus membelinya. Kemudian gua dan adik menemani sepupu mencari kasut dan baju di Bukit Bintang plaza pulak. Sampai disana terus mencari kedai yang telah aim oleh sepupu. Sampai dikedai yang dicari, sepupu dan adik masuk kedai dan gua tunggu diluar kerana didalam kedai terlampau sesak dengan orang. Rata- ratanya dikalangan remaja kolej dan budak- budak sekolah menengah atas masuk ke kedai.
Gua menunggu diluar sambil memerhati gelagat orang ramai yang membeli belah. Bermacam ragam dan perangai gua lihat. Ada tu, memakai baju sejuk atau lebih tepat sweater, gua tidak mengerti mengapa mereka berpakaian begitu sedangkan negara Malaysia nie panas yang amat(akhirat lagi panas owh) tetapi memakainya. Mungkin itu yang dikatakan fesyen.
Agak lama menunggu diluar kedai, gua bosan lalu masuk kedalam memanggil adik dan sepupu. Masih memilh pakaian lagi. Didalam hati berkata "Bukan main sakan lagi sepupu gua nie bershopping". Lantas menegurnya:
Gua: Dah dapat kew bajunya...?
Sepupu: Ada la dua tiga nie. Orait aku pon dah puas nie, jom lah gi bayar.
Gua: Okay la, gua tunggu diluar ayte.
Sepupu: Orait boh.
Selepas membayar terus mencari kedai kasut pula. Situasi yang sama sebelum nie cuma kali nie sepupu meminta pandangan tentang kasut yang hendak dibelinya. Sepupu berminat dengan 2 pasang kasut putih yang berlainan jenama dan corak. Satu seperti kasut kulit yang biasa dilihat dipakai oleh artis dan satu lagi kebiasanannya dipakai oleh remaja- remaja indie. Gua berkenanan dengan kasut kulit, sepupu berkata. Tapi harganya agak mahal la. Gua membalas terpulang pada kau. Akhirnya sepupu membuat keputusan membeli kasut yang digilai oleh remaja indie.
Setelah puas membeli belah, jam sudah menunjukkan pukul 5:00 petang. Menyapa sepupu. "Dah pukul 5 nie, jom cari tempat berbuka". Gua bercadang berbuka di mamak disebelah BB plaza. Sepupu menganguk ia menunjuk kata setuju. Berjalan dan pergi ke bank untuk mengambil duit. Poket sudah kosong gara- gara membeli belah.
Selepas mengambil duit mencari kedai mamak yang disetujui. Sampai, meminta nasi goreng ayam tiga pinggan dan air nescafe, teh ais dan milo ais. Duduk menunggu berbuka dan melihat kerendaan yang berpusu- pusu masuk ke lorong yang menghalang kew plaza low yat. Sambil itu mata meliar melihat gadis- gadis chantek yang berjalan tepi kedai mamak.(Haha..Kurang pahala puasa). Selepas berbuka bergegas pulang ke rumah.