Tuesday, March 9, 2010

Satu Perkara Tentang Manusia

Tiga hari berkelana di tempat orang bersama teman- teman kelas.

Dan selama tiga itu banyak perkara gua pelajari hasil dari lawatan ke syarikat- syarikat minyak dan gas.

Bukan sahaja ilmu tentang minyak dan gas bahkan ilmu tentang manusia.

Bermacam- macam ragam. Sukar untuk ditafsirkan. Perlu banyak bersabar dan berfikiran terbuka.

Dan satu perkara yang pasti tentang manusia ialah suka mengutuk, mengenakan orang dan seangkatanya.

Perkara seperti ini sememang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seorang manusia.

Ada sahaja yang perkara yang tidak puas, tidak betul dan sentiasa mahu menjatuhkan orang.

Kadang- kadang tidak faham kenapa perkara sebegini berlaku?

Mungkin ini adalah ying yang atau sifat yang mengimbangi sifat manusia. Ada perkara baik dan ada juga perkara yang tidak baik.

Perkara tak baik sepantas kilat manusia akan nampak tapi yang baik mungkin tidak.

Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi hidup ini. Amin.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan semua yang buruk adalah pada diri manusia itu sendiri.



P/s: Belajar dari kesilapan diri sendiri dahulu kemudian barulah belajar daripada orang lain. Pesan Tok Guru Hamba. Hehe...
P/s/s: Kalau nak belajar dari kesalahan orang lain memang lambat ar nak belajar. Tunggu orang buat silap dulu baru nak belajar. Betul tak?

2 comments:

FaizalSulaiman said...

biasala bro.manusia namanya.memang begitulah sifatnya;)

shamimi said...

To Faizal:

Tula.Sm2lah kt ingat mengingati.Kt bkn sempurna. Jadi belajar diri kesilapan sdiri. :-)