Sunday, May 31, 2009

Peringatan!!!

Kahwin nanti dekat Hotel sahaja. Tak payah penat menyusun dan mengemas.

Baru balik dari majlis kahwin sepupu gua. Penat owh...


P/s: Jatuh hati dengan seorang gadis dekat majlis itu. Hihi...

Friday, May 29, 2009

Diulit Mimpi Pelik & Indah 3 Hari Berturutan


Sudah agak lama tidak menulis blog. Gua rasa ada 3 minggu gua tidak menulis. Kali terakhir entri yang gua nak buat senarai kerja masa cuti tapi tak buat pon. Hanya melakukan kerja- kerja rutin dirumah, melayan anime dan bersantai sambil menambah lemak dibadan(Bukan malas tapi nak tambah berat badan sebab kurus sangat). Berbalik tajuk entri diatas.

Tiga hari ini telah bermimpi pelik dan indah berturut- turut. Tak tahu kenapa tapi memang pelik dan merasakan ia begitu indah dan seronok. Gara- gara menonton cerita 'Curious Case of Benjamin Button'(CCOBB). Gua terus bermimpi sebijik macam cerita itu. Macam gua jadi Brad Pitt masa itu. Tapi taklah 100 % sebijik. Seingat gua mimpi itu berubah ketika dipertengahan dan penghabisan cerita.

Apa yang gua ingat gua jadi kelasi kapal dan mengembara ke tempat yang gua tak pernah jejak pun. Berjumpa teman- teman baru dan boleh bertutur pelbagai bahasa. Seperti satu kurniaan kepada gua dan paling seronok dapat bertemu chenta hati semula seperti dalam cerita CCOBB. Tapi agak berlainan sedikit seingat gua dan terus kepada penghabisan cerita yang sepatutnya gua mati jadi bayi tapi gua tak mati jadi bayi dan hidup bahagia bersama chenta hati dan lantas terus terjaga dari tidur.

Tiga hari bermimpi perkara yang sama tapi berlainan plot ceritanya. Yang atas itu hari pertama(27/05/09). Hari kedua(28/05/09), pada awal sama dan berubah semasa dipertengahan ke penghabisan tapi yang ini gua jadi mafia macam Al- Capone tapi akhir sekali selepas membunuh musuh ketat terus insaf dan terus mula hidup baru bersama chenta hati.

Hari ketiga(29/05/09) pula simple tapi gua ingat- ingat lupa. Yang ini selepas dapat tahu siapa bapa gua siapa dan bapa gua meninggal dan terus mengambil perniagaan butang baju seperti cerita CCOBB itu. Mencari chenta hati semula kemudian kahwin dan bahagia sampai ketua.

Tak tahu kenapa bermimpi sebegitu. Tapi yang ketiga paling best walaupun tak ingat sangat. Yang best terjaga dari tidur kemudian terdiam seketika sambil dalam hati berkata kalau jadi betul- betul macam mana la hidup aku kan. Terus berasa semangat dan cuba mengambil perkara positif didalam itu dan berharap dapat mengubah diri dan keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa lagi.

P/s: Semua diatas hanya ditulis dari olahan mimpi yang tidak jelas dan mungkin bloggers diluar sana berfikir gua hanya mereka cerita tapi ia adalah benar dan gua hanya beranggap ia hanyalah mimpi semata- mata.

Tuesday, May 26, 2009

Merci Beaucop Emma

-Letakkan imej award di page blog anda.
-Listkan 5 fakta penting tentang pemberi award.
-Listkan 10 fakta atau minat tentang penerima award; diri anda.
-Listkan bakal penerima award dan sedikit gambaran tentang mereka.

-love with Big Bang and 2NE1.
-addicted to camera.
-blogshoppaholic.

Senang Cerita:
Camera+Art+Music+Movies+Food = her addiction!.

*Menyelam scuba adalah kegemaran.
*Sangat suka aktiviti lasak.
*Suka ambil gambar tapi tak suka diambil gambar.
*Layan Orchestra Symphony(John William, Danny Elfman & Etc.)
*Melancong adalah wajib.
*Kipas Susah Mati cerita sequel(Harry Potter, Star Wars & Etc.)
*Marvels & DC fav8 comics(Tp dah lama x baca)
*Anime person(Latest Afro Samurai)
*Sangat suka Love Story.
*Seorang yang simple jew(Senang didekati)

Okay nak tag:
Sis Belle= Dia seorang yang style and gorjes(Jatuh hati owh.Hehe...)

Rasanya Sis Belle seorang jew yang gua nak tag sebab hari- hari memang wajib buka blog dia. Jangan marah ek Sis Belle, dapat Award tu.

Wednesday, May 6, 2009

Cuti sudah bermula tapi tak tahu nak buat apa...


Dua hari sudah berlalu final exam dan gua masih berada di rumah sewa melayan anime jepun Bleach dan Naruto Shippuuden yang sudah banyak episode gua terlepas tengok.

Pada hari Isnin sudah melepas gian menonton wayang bersama Dai. Gua tak tahu nak buat apa lagi selain menonton anime jepun. Awalnya bercadang nak bercuti ke Pulau Langkawi tapi diatas sebab tertentu tak jadi pula. Apa- apa pun masih awal lagi untuk bercuti kemana- mana. Mungkin dalam seminggu ini duduk dekat rumah sewa kemudian baru balik ke rumah cheras.

Masih berfikir mahu buat apa cuti 2 bulan ini. Gua rasa balik nanti nak menghias bilik la tapi itupun kalau rajin. Cuba membuat senarai kerja apa yang perlu dibuat cuti 2 bulan ini. Sudah siap nanti gua akan beritahu.

Okay nak sambung layan anime jepun. Daa...

Tuesday, May 5, 2009

Gua sudah habis final exam...

Sebenar semalam lagi sudah habis final exam. Habis jew paper terakhir pada pukul 3:00 petang semalam terus pergi tengok wayang dekat Pavillion dengan Dai. Memang lama gila tak tengok wayang. Sampai dua kali tengok wayang dekat Pavillion. Mula- mula tengok cerita "X-men the Origin" lepas itu pergi makan dekat Times Square. Teringin makan donut, jadi Dai bawa pergi dekat kedai donut baru buka dekat Times Square iaitu Krispy Kream Donuts.

Borak- borak dengan Dai sambil makan donut Krispy Kream yang best. Tapi gua terus terang lagi suka Big Apple dengan Dunkin Donuts. Lepas makan dekat Krispy Kream lepak dekat depan ofis Dai berborak lagi. Al maklum sudah lama tak berjumpa dengan Dai. Panjang lebar kami berborak tapi bukan berborak kosong jew. Gua banyak tanya dekat Dai pasal Business sebab dia seorang Business Woman. Macam nak survive selepas tamat degree kalau tak dapat kerja dan macam- macam lagi.

Lama juga lepak dekat ofis Dai. Agak bosan, Dai ajak pergi Bukit Belacan tapi gua agak malas dan segan. Sudah la dekat Bukit Belacan itu gelap, kalau jadi apa- apa mampus gua. Akhirnya ambil keputusan tengok wayang lagi. Mula nak tengok "He's Just Not That Into You" tapi lambat sangat jadi ambil keputusan tengok cerita "Mall Cop". Lepas tengok wayng terus balik rumah.

Thanx Dai teman Momo.