Sunday, April 5, 2009

Cemburu Owh...

Cemburu dengan sepupu gua seorang ini. Gua panggil dia Kak Lis sebab dia tua 5 tahun dari gua. Segala aktiviti lasak yang gua nak buat semua dia sudah buat termasuk yang terbaru ini. Dia buat terjun bungee dekat New Zealand masa dia bercuti dekat sana. Argh geram gila, bila pula gua nak buat ek? Mungkin sudah bekerja nanti kot. Ialah aktiviti lasak ini memerlukan kewangan yang kukuh. Buat masa ini sabar jew dulu dan buat senarai aktiviti lasak yang nak dilakukan. Paling penting kumpul duit banyak- banyak. Ini photonya, teruja gilakan. Mesti masa nak lompat itu, jantung berdegup pantas macam nak terkeluar. Apa- apa pun gua nak cuba juga terjun bungee ini satu hari nanti.

Photo 1

Photo 2

Photo 3

Photo 4

Photo 5
P/s: Kak gua ini memang berani dan lasak orangnya. Tapi kalau tengok dia lemah lembut jew.

2 comments:

emma songall said...

perghhh.
uwaaaa, nak jugak2!

Shamimi said...

To Emma: T momo nk bt, momo ajak emma.