Semalam (14/03/2009) berkesempatan mencuba permainan orang kaya iaitu Golf. Tapi gua main dekat Golf Driving Range jew la, belum cukup mahir lagi nak main dekat padang golf yang ada bunker lagi. Pada mulanya hanya menemani adik gua main jew dekat Bandar Utama Golf Driving Rnage. Selang dua tiga minit tengok macam best jew tambah dengan hati tengah tak keruan terus ambil kayu golf no. 6 dan terus menyebat bola golf tapi yang kelakar tak naik pon bola golf tu. Bola melulu jew 12 kaki ke depan dan terus adik gua gelak.Itulah ingatkan senang nak pukul rupa susah juga.
Lantas terus tanya adik gua macam mana nak pegang dan pukul bola golf tu. Dia pun ajar la macam mana nak pegang dan pukul. Susah juga kalau tak biasa silangkan jari masa pegang kayu golf tu. Tambah nak aim bola tu pun satu hal, kalau tak pukul dengan tepat dan cara hanyun yang salah memang tak naik la bola golf tu. Memang sah- sah ke depan jew la bola tu pergi.
Lepas dah tahu naik pegang dan pukul baru cuba lagi sekali. Dengan tumpuan yang jitu kepada bola golf tarik nafas, hayung kayu golf kearah kanan sehingga tangan berbentuk L dan terus hayung bola golf. Hoho kali ini bola golf terus naik keatas dengan tepat dan laju hingga ke jarak 100 meters kehadapan dan jatuh. Puas hati owh kalau dapat pukul bola golf tu. Masa pukul habis semua perasaan geram dan marah dilepaskan. Lega rasanya masa tu.
Tapi agak susah juga la nak pukul bola golf tu, kena berlatih banyak kali baru dapat skil. Kalau tak asyik tak naik jew bola tu. Kalau silap pukul sakit owh tangan dan bola akan melantun. Masa pertama kali cuba bola gua melantun kena pagar pehalangan. Nasib ada pagar kalau tak habis dan berbenjol kepala orang sebelah gua. Gua main sampai jari- jemari melecet owh. Hah itu tandanya masih pegang kayu golf tak betul.Sedikit photo yang sempat disnap.
No comments:
Post a Comment