Monday, March 16, 2009

Kagum dengan 2 cerita ini...

1. The Pursuit of Happyness

Cerita pasal seorang ayah dan anaknya mengharungi suka- duka keperitan hidup untuk mencapai impian dan kehidupan yang lebih baik. Memang best la cerita nie. Tambahan pula Will Smith berlakon memang pelakon kegemaran gua. Sebenarnya cerita sudah ditayangkan 3 tahun lepas tapi baru berkesempatan tengok cerita ini. Bila tengok cerita ini, gua rasa semangat untuk belajar dan bekerja dengan lebih rajin lagi untuk mencapai impian dan kehidupan lebih selasa dikemudian hari.

2. Freedom Writers

Cerita ini pula pasal seorang cikgu sekolah tinggi bernama Erin Gruwell dan berusia 23 tahun mengajar di Sekolah Tinggi Wilson, Long Beach, California. Berkisahkan cerita sebenar. Semangat, kecekalan, kesabaran dan banyak nilai positif diterapkan dalam cerita ini. Ceritaini berlandaskan kehidupan remaja US yang bermasalah dan kemudiannya berubah sedikit demi sedikit semenjak Erin Gruwell mengajar di sekolah itu. Cerita ini ditayangkan pada tahun 2007 dan sekarang baru gua dapat tengok. Hihi...Siapa belum tengok harus kena tengok sebab banyak nilai-nilai positif yang dapat kita terapkan didalam diri kita dan lepas itu mesti terfikir, Malaysia harus menerapkan budaya mengajar seperti dalam cerita ini untuk golongan remaja supaya lebih bersikap positif dan berkeyakinan dikemudian hari.

P/s: Menjadi lebih semangat dan yakin dengan diri sendiri. Sememangnya gua suka cerita berdasarkan cerita sebenar.

2 comments:

emma songall said...

Freedom Writer tue sound like great movie.
nk try tgk r t.

shamimi said...

To Emma: U should tgk. Cerita tu mmg best.