Sunday, July 5, 2009

Pecah Record

Gua dan ayah telah memecah record membaiki mini kesayangan a.k.a Michael selama 48 jam bermula dari semalam 04/07/09. Selalu mengambil masa 72 jam. Tapi dua hari ini, ayah gua buat kepala gila dia baiki mini kesayangan tanpa henti. Tapi tak la memanjang buat kerja. Masa makan dan solat jew kita orang berhenti selebihnya buat kerja. Penat gila tahap 100 petala langit. Ini pun baru sempat nak jenguk blog. Tak sempat pun nak ambil gambar. Tangan sudah berlumur dengan minyak, malas pula nak ambil gambar. Memang bersepah gila, dah macam bengkel kereta gua tengok tadi. Nasib orang tak berhenti dekat depan rumah suruh baiki kereta. Yang buat penatnya sebab bolt dan nut kereta mini nie macam- macam saiz. Dah tu asyik tukar jew la spanar dan paling leceh sekali sebab tak boleh nak angkat enjin jadi kena jack ajelah tambah pula kena nut yang dekat belakang enjin memang mengagau nak buka nut. Tapi apa- apa gua puas hati sebab dapat belajar walaupun masa buat keje tu dalam hati macam- macam maki hamun. Keseluruhannya gua puas hati dan setidak- tidaknya gua dapat belajar daripada tak tahu langsung.

Mini Kesayangan bersama rakan kolej.
P/s: Selalu jew tolong ayah buat kerja buruh kasar nie. Apa- apa pun tolong dengan niat yang ikhlas dan gua rasa sangat puas hati untuk kerja keras dua hari ini.

2 comments: