Monday, November 17, 2008

Julung Kali Telah Ditag...

Okay, pertama kali telah ditagging. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi gua buat je la. 7 perkara pelik tentang diri gua.

1> Gua suka tentang fakta- fakta sains.

Gua suka baca tentang fakta- fakta sains contohnya macam ini. Apakah pokok paling tinggi didunia. Planet Zuhal boleh terapung atas air tapi dengan syarat kita kena ada kolam yang besar la kalau nak tahu ia boleh terapung ke tak. Tak tahu betul ke tak, gua baca je. Hihi..Ala- ala nak jadi macam John Doe macam dalam TV siri tu. Tak tahu kenapa tapi memang suka.

2> Suka bermonolog sendirian semasa bawa kereta atau motor.

Memang pelikkan. Bukannya apa, gua suka berfikir tentang masalah yang dihadapi dan fikir macam mana nak selesaikan dengan bermonolog sendirian. Kadang- kadang tu atas motor sampai menjerit sekuatnya sebab nak lepas tension yela atas motor atau dalam kereta sendirian, siapa nak dengarkan.

3> Suka memerhati kelakuan manusia sekeliling.

Gua suka tengok perlakuan orang sekeliling tapi bukan hari- hari gua tengok. Kalau gua keluar KL bersendirian gua akan cari satu spot yang ramai orang dan lepak dekat satu pastu tengok ar gelagat orang ramai yang berpusu- pusu. Macam- macam gelagat kita boleh tengok dari seseorang itu. Kadang- kadang kelakar tengok sambil itu mencuci mata. Huhu...

4> Suka ambil gambar tapi tak suka bergambar.

Ini mungkin tak pelik tapi itu la gua. Gua suka photografi macam selalu orang cakap, sekeping gamabr itu boleh menceritakan pelbagai perkara. Buat masa ini ambil gambar guna kamera telefon bimbit saja. Tak mampu lagi nak beli kamera canggih dslr lagipon kalau nak guna dslr kena belajar dulu macam mana nak ambil shot yang menarik dan cantik.

5> Sangat suka buat aktiviti yang mencabar fizikal dan mental.

Gua rasa ini bukan pelikkan tapi itula perkara yang gua suka buat. Buat masa ini aktiviti paling mencabar yang telah dilakukan ialah menyelam scuba dekat kapal karam. Agak cuak juga masa pertama kali menyelam dekat kapal karam. Teringin nak buat bunjee jumping owh.

Gua pon tak tahu apa lagi perkara pelik tentang diri gua. Sebabnya perkara pelik ini berkaitan dengan perkara yang kita suka atau tak suka dan hanya orang lain sahaja yang nampak. Ia juga berkaitan dengan tabiat kita. Jadi lagi 2 gua pon tak tahu apa. Itu saja kot perkara pelik tentang diri gua. Nanti nak tanya teman- teman rapat, apa yang pelik tentang diri gua.

P/s: Haha..Thanx to Blossom, pening juga nak fikir pasal perkara pelik ini.

6 comments:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

i penah tag u tapi u tak penah buat

Shamimi said...

To Dyana: Yeke pernah tag maybe perasan kot...Hey sory ek x dpt lepak ngan u ari tu...

SafwanIsa said...

kal nak blajar photography, paling bagus kene hands on. means, beli dulu la bro, pastu ce-cube-try-test-exam.

kalu tak, memang lmbt sket ar.

p/s; cuti ni angkat nikon d60 jom

Shamimi said...

To Burn: Mana ada pitis boh. Duit loan lum dpt lg. Huhu...

bLosSom86 said...

haha xbajet pon u buat tag ni:p
emmm no 2 tu cam sama jek.time drive pk masalah,kalo tension2 nangis:p biasa la kn pompuan.hehe.hmm nway burn was right kena beli dlu baru dpt belajar.tp twit2,selama ni ur pics tu from camera handphone ke??wahh gila nice la.not dat bad u know!angle pon dah ada!peace~

Shamimi said...

To Blossom: Thanx ayte. Kn tajamkn skill2 ambil gambar lg nie...