Friday, July 25, 2008

Post Seorang Teman

Aku pernah bercinta. Sayang seorang lelaki sepenuh jiwa aku. Aku kata suatu hari nanti aku akan bersama dia. Xde pew yang dapat menghalang cinta aku. Wah angkuhnya aku berkata- kata. Dia kata dia cuma nak aku jer. Macam aku gak. Suatu hari dia mintak putus. kata hubungan dah tak rasa macam dulu. Aku rasa sebak tak pernah terfikir hubungan selama nie yang konon akan abadi selamanya berakhir. berbulan- bulan bagai nak mati bercinta rasa cinta boleh hilang. Macam hidupkan lampu hilang bayang- bayang aku menangis. Tak percaya semua nie. Aku termenung pedihnya kat hati. jahilnya aku. Tertanya kenapa Tuhan layan aku macam nie. Suatu malam lepas solat macam biasa aku duduk bertafakur. Fikir macam- macam benda. Tiba- tiba aku menangis. bila nama Tuhan aku sebut- sebut, aku panggil baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih. aku terus menangis. Aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih. "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahla kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman". Temenung berfikir. Baru aku tahu. Bila bercinta, setiap kali jumpa tangan aku dia pegang macam biasa. Muhrim ke bukan aku terus lupa. ilmu agama semua terbang hilang begitu. Banyak dosa kitorang bila berjumpa. Kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa. Fuh..!!Berapa banyak pulak agaknya sebatan kat neraka? Kalau hari akhirat berganda. Astagfirullah. Baru aku nampak. Masa tengok wayang sama bukan main seronok sampai burn Asar ataupon Zuhur kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur. Keletihan tidur, esoknya tak bangun Subuh. Dengan Tuhan yang makin jauh. Ya Allah betapa alpanya hidup aku dulu. Baru aku sedar. Setiap kali call beringit duit hangus. Balik- balik cakap benda sama. Saya sayang awak, awak sayang sayang kita? Bila merajuk nak kena pujuk pulak. Kekadang sampai berjam, berjimat ingat pun tidak pernah berbincang pasal hal- hal agama sebab rasa macam potong stim jer. Tak pernah saling mengingatkan untuk solat lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa kiblat. Astagfirullah. Selepas apa yang kau buat Tuhan masih lagi bagi aku nafas. Sayangnya Dia kat aku. Bagi aku peluang aku taubat. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahl ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amt buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". Menangis menyesal. "Dan mintalah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang- orang yang khusyuk". Aku menangis nak tadah berdoa pun aku malu. Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh. Dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh. Sia- sia air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan. Sedangkan air mata taubat yang mengalir. Mencuci dosa- dosa walaupon ia macam kotoran degil. Tengok sekeliling semua berbincang maslah percintaan. Tapi tak pernah pulak ada orang kata dia ada masalah bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan takda pulak diorang ada masalah percintaan. Sebab tiap sujud malam ada yang temankan. Takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti dengan janji- janji manis. Janji- janji seperti syurga dan segala isi. Jadi aku serahkan jiwa dan cinta pada yang lebih berhak. Pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit untuk Dia aku hidup!! "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan sealin diriNya. Hanya kepadanya aku bertawakal"
Kini aku masih mencari lelaki yang betul- betul boleh membimbing aku. AMIN!!
P/s: Post ini bukanlah untuk mengaibkan seseorang tetapi mengingat kepada kita supaya sentiasa beringat pada yang maha Agung dan Ehsan bahawa Dia yang mencipta dan menentukannya. Samalah kita renungkannya. Bak kata Nabil. "Lu fikir la sendiri".

2 comments:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

oh sudah terbiasa tercouple ngan lelaki tak beriman.
maybe betul cakap orang,
Kalo diri sendiri bukan Aishah,kenapa megharapkan Hamzah(lebih kurang mcmtu yg sy faham)

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

oh sudah terbiasa tercouple ngan lelaki tak beriman.
maybe betul cakap orang,
Kalo diri sendiri bukan Aishah,kenapa megharapkan Hamzah(lebih kurang mcmtu yg sy faham)