Thursday, July 3, 2008

Percutian di Pulau Perhentian

Salam...
Lokasi kejadian: Pulau Perhentian Kecil
Tarikh kejadian: 26- 29 Jun 2008
Mood: Happy Bagat, Relax, Cuti Mata dan Puas Hati
Gua kembali semula ke alam nyata. Hihi...(Best giler kat pulau). Pertama kali nak minta maaf pada Dyana sebab lambat update blog. Lepas balik dari pulau tak sempat nak jemguk komputer yang sudah usang(Tunggu masa nak padam jew).
Seronok bagat bercuti kat pulau. Selalunya Jae dengan teman baiknya mencuci mata dekat Suria KLCC, melihat wanita- wanita separa bogel kali ini gua puas melihat wanita separa bogel di pulau. Apa boleh buat bende depan mata tengok jew la. Hihi... Jae ko kena pergi pulau kalau nak tengok wanita separa bogel yang lagi dashyat dari Suria KLCC.
Bila berada di pulau kita kena berdikari. Kalau tak mampos, tak makan la korang beberapa hari. Maksud gua bukan kena cari makanan dalam hutan. Tapi pandai- pandailah berjimat sebab barang- barang dekat semuanya mahal- mahal belaka. Bayangkan air mineral water botol besar harganya Rm 2.oo satu. Jadi pandai- pandailah korang biler bercuti dekat pulau.
Hari Pertama:
Tapi paling best dapat menunaikan hajat yang sudah lama ditagih iaitu diving dan snorkeling. Hari pertama sampai pulau tepat sahaja pukul 10:00 pagi terus menyelam dekat tempat dive yang bernama Shark Point. Mula- mula goyang jugak tapi ada Dive Master gua orait jew. Sampai dekat Shark Point bersiap sedia melakukan back roll dan terus menyelam kebawah. Kedalam tempat ini 18 Meter, agak cuak jugak masa turun takut- takut terserempak dengan jerung. Tapi alhamdullilah jerung tak ada pagi tu mungkin masih tidur lagi kot. Huhuu...
Hari Kedua:
Hari kedua paling best sekali, gua melakukan dua diving. Satu pada belah tengahari pukul 12:00 pagi dan pukul 5:00 petang. Pada pukul 12:00 pagi gua diving dekat kapal karam yang dipanggil Sugar Wreck. Kenapa Sugar Wreck...? Sebab kapal ini bawa muatan gula pasir tapai ada masalah dalaman lalu karam. Diving dekat kapal karam kena berhati- hati takut terlanggar bahagian- bahagian kapal yang bahaya dan tajam. Dekat sini gua nampak anak jerung lebih kurang 5 kaki panjangnya.(Nasib tak datang dekat gua cuak jugak). Dekat sini banyak ikan berkumpul. Memang banyak ikan, ada yang berwarna macam pelangi, ada macam seruling dan pelbagai lagi. Kalau nak tengok jom turun diving sekali. Petang pula diving dekat Sea Bell. Dekat sini gua nampak ikan pari biru dengan star fish berupa bantal.
Hari Ketiga:
Hari ketiga dah puas diving, gua pergi snorkeling pula dekat Panglima(Tak tahu kenapa diberi nama panglima). Yang ini gua ikut group yang baru nak buat lesen Open Water. Jadi bila dorang turun menyelam, gua pula snorkeling dengan boatman yang bernama Rambo. Rambo ini ajar gua skil- skil snork yang best. Macam mana nak elak mabuk masa snor. Haha masa snor pon mabuk jugak tau. Lagi dia ajar gua macam mana nak buat skin diving(Menyelam tanpa gua tangki). Memang seronok dan penat. Huhuu...You guys out there should try it...
Hari Ketiga(Petang):
Balik saje dari snorkeling, makan tengahari dan tidur dekat tepi pantai selama sejam kemudian balik charlet kemas- kemas baju dan barang. Pastu mandi, bersiap nak balik singgah dekat kedai makan, minum air milo ais dan ucap selamat tinggal pada member baru yang best dan sportting. Minta email dan nombor telefon diorang untuk disimpan dalam email.
Itulah pengalaman gua dekat Pulau Perhentian Kecil yang best sangat. Macam tak nak balik pun ada tapi pulus dah berkurangan. Jadi kena balik juga la jawapnya. Tapi gua puas hati sangat- sangat sebab dapat tunaikan hajat gua sebelum masuk belajar...
P/s: Gambar- gambar akan diupload kemudian. Usb plug masalah siot. Almaklum komputer usang. Hihiii....

3 comments:

Ameirul Azraie Bin Mustadza said...

bestnya pergi cuti kt pulau!!!

Anonymous said...

syoknya kat dlm laut tu!!!!!
x de ke gambar ikan2 yg cantik tu...
yang cam bantal n seruling teringin anis nak tgk....
huhuhuhuhuh

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

woooo!!! serious kacau otak + hati ini meronta-ronta nak pegi tmpt tu.
tapi skrg tak smpat nak pegi laut la.Laut plg dkt pun Pantai Morib ( kalo selam pun nampak minyak je)haha.Momo,rock climbing minat?