Salam...Ahad(06/07/08) lepas pergi daftar belajar di UniKL MFI, Negara Bangi(Nama yang telah diberi oleh seorang sahabat). Awal pagi lagi gua sudah bangun, bersiap sedia untuk mendaftarkan diri di UniKL MFI dengan keadaan badan yang kurang sihat(Demam) gua tetap bersemangat. Biasalah nak masuk belajar balik mesti rasa semangat yang berkobar- kobar.
Setengah jam perjalanan ke Negara Bangi bersama Ayah, akhirnya gua sampai untuk mendaftarkan diri. Turun dari kereta terus ke Dewan Perdana, Ayah mencari parking. Sampai di Dewan terus beratur menanti giliran dan mengisi borang semakan untuk pelajar baru. Sambil mengisi borang, mata berkeliaran mencari sahabat- sahabat lama yang gua kenal tapi seorang pun tidak kelihatan.
Terus mengisi borang, hantar sms pada ayah. "Abg ada kt Cafe, dh siap nanti abg msg ayh." Habis isi borang terus mara ke dewan semula. Beratur menunggu giliran. 10 minit menunggu akhirnya sampai giliran gua. Serah kad pengenalan dan surat tawaran pada kakak yang bertugas. Selesai mendaftar diri, pergi pula ke kaunter akaun untuk megemukan resit bayaran dan borang yang berkaitan. Kemudian ke kaunter gambar, ambil gambar dengan rasa bangga. Hihi..
Seterusnya hantar borang perpustakaan ke kaunter Resourse Center dan terus kebawah dewan mengambil baju rasmi universiti dan perkakasan keselamatan. Sambil menunggu baju, terserempak dengan junior semasa diploma dulu. Bertanya kabar dan berborak pendek. Nama dipanggil, "Bang baju nie size M dah abis la, nanti kitaorang bagi panggil semula bila ader stok lagi". Gua mengangguk tanda bersetuju.
Terus menelefon ayah bertanya berada dimana. "Ayah ada dekat bilik lecture nie jumpa En. Aziz(Sahabat Ayah semasa belajar dahulu)". Gua menjawab. "Okay abang pergi kesana".
Sampai di bilik, bersalam dengan En. Aziz dan terus berborak panjang. En. Aziz memberi satu pandangan pada gua dan ayah gua. Bila sudah tamat Degree nanti, kerja setahun kemudian ambil lesen IIW dekat Bandung, Indonesia. Ayah gua menjawab insyaAllah kalau dimurah rezeki dan umur. Gua menyapa. "Jom balik sudah pukul 1:00 petang nie perut pun dh bernyanyi". Ayah mempelawa En. Aziz makan sekali tapi En. Aziz menolak kerna sudah kenyang. Gua dan ayah berangkat pulang.
P/s: Blog ini tak ada photo hari pendaftaran sebab gua tak ada mood nak ambil photo dengan keadaan badan yang kurang sihat. Gua tak pergi sesi orentasi.(Dah kenal sangat dengan Kampus MFI nie)Haha... dan ada misi baru selepas Degree nanti. Huhu...
2 comments:
selamat kembali ke alam persekolahan wahai sahabat...
saya akan menyusul kemudian (seminggu lagi dh kne smbg stdy blk ...huhu)
nanti duduk hostel ke umah?
Post a Comment