Wednesday, December 31, 2008

Jadi Pengapit kepada Diving Partner

Acara ini telah berlaku pada 29/11/2008 yang lalu. Menjadi pengapit secara tidak sengaja, gara- gara adik gua yang memberitahu acara persandingan berlaku pada hari itu walhal ianya hanya akad nikah. Tahu- tahu terus diangkat menjadi pengapit.

Photo selepas akad nikah diving partner gua.

Photo pada hari persandingan.

P/s: Photo baru dapat daripada tuan empunya kamera walhal dah sebulan owh.

Tuesday, December 30, 2008

Hari Yang Malang

Salam.

Agak lama juga gua tak update blog kerna gua dalam mood bercuti. Haha...boleh kew macam itu. Hari ini dalam sejarah ditimpa malang berkadar terus, dari pagi lagi bersamaan 30/12/2008. Gua telah ditimpa nasib malang(Harap selepas ini tidak berlaku lagi) hingga la ke petang hari.

Pagi lagi sudah terlewat bangun dari tidur kerna jam biological gua rosak. Hihi...Mulanya telah merancang untuk keluar makan tengahari bersama Dyana dan Jae di KLCC dan berkehendak melangsaikan bayaran masuk ke kolej. Alih-alih pagi sudah terlewat terus bergegas bersiap. Masuk sahaja highway di Batu 9, Cheras jalan sesak kerna ada kereta accident. Jam dikereta menunjukkan 10:30 a.m.

Bermonolog bersendirian.

"Ah bengang giler, gua dah lambat nie, nak sampai sebelum pukul 12:00 p.m".

Bercadang menukar haluan dan terus ke Stesen Lrt Salak Selatan alih- alih jalan sesak juga sebab jalan ditutup kerna naik taraf jalan di Bandar Tasik Permaisuri terus ambil keputusan melencong ke Smart Tunnel.

Sebelum sampai di Smart Tunnel mengagau mencari Kad Tounh n Go. Cari punya cari tak jumpa terus buka dompet ambil 2 ringgit. Lepas bayar tol dan didalam Smart Tunnel, ada pula kereta kancil ini bawa kerata punyalah perlahan.

Bermonolog lagi.

"Hish lepas satu masalah timbul lagi masalah. Ada yang nak kena maki nie. Gua dah lambat boleh lak kereta nie bawa perlahan. Gua rasa speed limit dalam tunnel 60 Km/j, pe hal lak bawa perlahan sangat"

Bagi high beam kemudian dan terus memecut sambil mulut kumat- kamit memaki kerata tadi. Keluar sahaja dari Smart Tunnel didepan Menara AA ada pula orang buat rusuhan. Tak tahu rusuhan apa tapi hati sudah panas. Lagi la gua mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Agak lama jugak terkadas disitu, setengah jam juga la. Jam kereta menunjukkan lagi 5 minit pukul 12:00 p.m.

Lepas dari sesak dari Menara AA itu terus bergegas ke KLCC dan buat keputusan nak letak kereta di belakang Public Bank. Sampai di simpang 4 traffic light ke Public Bank. Kedengaran enjin kereta berbunyi klik- klik seperti hendak mati tahu- tahu pedal minyak tak boleh tekan dan mati didepan traffic light. Lalu terus menekan butang hazars light.

Lagi bermonolog.

"Ah sudah, kereta buat hal pulak. Pe la nasib hari ini. Satu- satu masalah timbul. Benggang betul gua"

Terus telefon teman yang berjanji nak makan tengahari, mengatakan kereta rosak didepan Public Bank dan seterusnya telefon Pomen gua datang panggil Trak Penarik Kereta. 15 minit kemudian teman yang bernama Dyana telah datang sambil tersemyum. Gua pon meminta maaf kerna hal ini. 20 minit berlalu teman seorang lagi teman yang bernama Jae datang sambil menepuk tangan dan ketawa kepada gua. Bersalaman dan terus meminta maaf diatas masalah yang berlaku dan berjanji jumpa hari lain pulak lalu terus bergegas balik ke pejabat. Gua berasa amat bersalah sangat kepada 2 orang teman gua ini. Yela ajak orang makan tengahari tapi ada masalah pula. Rasa down gila masa itu.

Tidak mengapa lepas ini gua jumpa kamu 2 orang, gua belanja makan kerna menghampakan kamu 2 orang hari ini. Gua janji.

P/s: Moral of this story. Jangan bangun lambat, rancang waktu yang sesuai dan jangan memaki hamun orang. Mungkin sebab itu Tuhan memberi pengajaran pada gua. Harap benda macam ini tak berlaku lagi kepada gua.

Wednesday, December 10, 2008

Ditag oleh Miss Dyana

Okay setahu gua orang yang photogenic ini ialah orang yang apabila photonya disnap mengunakan apa jua kamera nampak kacak, cantik dan bergaya didalam apa jua keadaan atau kedudukannya(Betulkan gua kalau salah pergertiannya). Jadi inilah photo- photo yang gua rasa photogenic.
Ini sepupu gua. Umur campur tolak darab sama dengan gua. Dia ini memang gila gambar, tengok saja photo diatas sampai gila ambil photo sendiri. Huhu..sory bro gurau jew. Dia ini snap jew mana- mana sudut ada jew gaya yang dia nak buat tapi smart dan bergaya.

Yang member sepupu gua punya adik. Hihi..Lawa kan ala- ala chinese ayte. Pernah jatuh hati dengan gurl ini tapi dah ada boyfriend la. Huhu..Yang ini asal jumpa cermin jew mesti snap punya, gurl ini pandai buat mimik muka yang menarik dan adakalanya gila- gila sama macam Dyana. Hihi..sorry gurau jew.

Cutekan, masa tengah iron rambut pun boleh snap photokan. Ini anak buah gua yang memang suka snap gambar ala- ala model, tak dapat cari photo yang lagi menarik. Paling suka snap photo dia bila buat mulut macam nak cium orang tu.

Haha ini teman dekat kolej gua. Tengok jew photonya sudah tahu bagaimana orangnya bukan. Sebenarnya dia agak gempal, tapi pandai menentukan cara berpakaian betul supaya tidak nampak gempal dan seorang yang kelakar dan photogenic.


Haha...Sebenarnya tag ini dah lama tapi baru berkesempatan nak buat tambahan pula nak cari photo- photo orang yang photogenic susah sebab gua nya pemacu keras telah diformat gara- gara virus yang durjana.

P/s: Sorry to dyana baru post tagging ini. Hihi...


Friday, November 28, 2008

Pratonton Cicakman 2 Planet Hitam

Pintu Masuk
Cicakman VS Ratma
Naza 250 cc superbike
(Untuk pemenang cabutan bertuah)
Ramai owh

Saipul Apek dengan peminat ciliknya

Saiful Apek dengan maskot

Teman bersama Ratma

Nabil Raja Lawak musim 2

Teka sebelah Nabil siapa. Ha, lu fikir la sendiri...

Lagi teman dengan maskot Ginger 1 & Ginger 2

KRU dan para pelakonnya

Para wartawan

Bikers pun datang...

Artis naungan KRU 'Ladylike'
P/s: Sebenar pratonton ini 3 minggu lepas, baru dapat photo dari teman.

Sunday, November 23, 2008

Budak- budak papan selaju

Malam ini(29/11/2008) baru boleh online kalau tidak kena pergi cybercafe. Selalu online dekat rumah saja tapi disebabkan modem rosak terpaksa pergi cybercafe itupun kejap saja sebab server cybercafe itu lembab gila. Dua tiga hari lepas gua turun KL sebab dah bosan sangat, nak online tak boleh terus ambil keputusan gerak ke KL teman adik gua main papan selaju. Mula- mula tak tahu nak main dekat mana akhirnya adik gua dan teman bercadang nak main dekat KLCC. Diorang cakap ada tempat yang best. Jadi gua ikut saja diorang. Sampai- sampai rupa dekat dengan Tower 1 KLCC dekat tempat lapang sebelah bus dan teksi selalu parking tu. Ini ada beberapa photo yang sempat disnap, alangkah bagusnya gua ada kamera canggih boleh snap photo dengan lebih terperinci.

Nose Tail Slide

50/50 Slide

360 Deg Kickflit yang x jadi

50/50 dan

Land dengan baik

Sedia untuk melencur

Panorama Kuala Lumpur pada dingin pagi

Tempat lapang yang gua cakap tu
(Tak tahu nama tempat tu)

Monday, November 17, 2008

Julung Kali Telah Ditag...

Okay, pertama kali telah ditagging. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa tapi gua buat je la. 7 perkara pelik tentang diri gua.

1> Gua suka tentang fakta- fakta sains.

Gua suka baca tentang fakta- fakta sains contohnya macam ini. Apakah pokok paling tinggi didunia. Planet Zuhal boleh terapung atas air tapi dengan syarat kita kena ada kolam yang besar la kalau nak tahu ia boleh terapung ke tak. Tak tahu betul ke tak, gua baca je. Hihi..Ala- ala nak jadi macam John Doe macam dalam TV siri tu. Tak tahu kenapa tapi memang suka.

2> Suka bermonolog sendirian semasa bawa kereta atau motor.

Memang pelikkan. Bukannya apa, gua suka berfikir tentang masalah yang dihadapi dan fikir macam mana nak selesaikan dengan bermonolog sendirian. Kadang- kadang tu atas motor sampai menjerit sekuatnya sebab nak lepas tension yela atas motor atau dalam kereta sendirian, siapa nak dengarkan.

3> Suka memerhati kelakuan manusia sekeliling.

Gua suka tengok perlakuan orang sekeliling tapi bukan hari- hari gua tengok. Kalau gua keluar KL bersendirian gua akan cari satu spot yang ramai orang dan lepak dekat satu pastu tengok ar gelagat orang ramai yang berpusu- pusu. Macam- macam gelagat kita boleh tengok dari seseorang itu. Kadang- kadang kelakar tengok sambil itu mencuci mata. Huhu...

4> Suka ambil gambar tapi tak suka bergambar.

Ini mungkin tak pelik tapi itu la gua. Gua suka photografi macam selalu orang cakap, sekeping gamabr itu boleh menceritakan pelbagai perkara. Buat masa ini ambil gambar guna kamera telefon bimbit saja. Tak mampu lagi nak beli kamera canggih dslr lagipon kalau nak guna dslr kena belajar dulu macam mana nak ambil shot yang menarik dan cantik.

5> Sangat suka buat aktiviti yang mencabar fizikal dan mental.

Gua rasa ini bukan pelikkan tapi itula perkara yang gua suka buat. Buat masa ini aktiviti paling mencabar yang telah dilakukan ialah menyelam scuba dekat kapal karam. Agak cuak juga masa pertama kali menyelam dekat kapal karam. Teringin nak buat bunjee jumping owh.

Gua pon tak tahu apa lagi perkara pelik tentang diri gua. Sebabnya perkara pelik ini berkaitan dengan perkara yang kita suka atau tak suka dan hanya orang lain sahaja yang nampak. Ia juga berkaitan dengan tabiat kita. Jadi lagi 2 gua pon tak tahu apa. Itu saja kot perkara pelik tentang diri gua. Nanti nak tanya teman- teman rapat, apa yang pelik tentang diri gua.

P/s: Haha..Thanx to Blossom, pening juga nak fikir pasal perkara pelik ini.

Thursday, November 13, 2008

Suka Cerita Kartun Nie

Wonder Pets...Wonder Pets...
Kami datang menolong haiwan dalam kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat,
Tapi bila bekerjasama semuanya jadi mudah,
Owh Wonder Pets...
Yeah, wee, whoo...

Gua suka tengok cerita kartun ini. Satu sebab lagunya best dan dua sebab kartun ini memberi pengajaran dan pengetahuan kepada kita. Walaupun ia cerita kartun untuk kanak- kanak gua tetap layan juga. Cerita kartun ini bagus kerana mengajar kita erti kerjasama yang penting semasa melakukan kerja berkumpulan tambahan pula memberi ilmu pengetahuan kepada kita. Kalau tak percaya cuba la tengok kartun ini. Disiarkan tiap hari isnin hingga jumaat pukul 2:00 petang di TV9. Selamat menonton. Hihi...

P/s: Lirik lagu tu main sebat je, tak tahu betul ke tak. Haha...

Wednesday, November 12, 2008

Tentang GC dan yang terakhir

Segala yang dipendamkan didalam hati telah diluahkan kepada GC dan duka citanya GC menolak lamaran gua untuk menjalinkan hubungan maksud gua couple jarak jauh. GC memberitahu tidak sanggup berjauhan dan paling malang sekali hatinya telah dicuri oleh jejaka lain, gua hanya lewat sedikit sahaja katanya. You are right bro burn, gua terlalu mengambil masa berfikir dan sudahnya gua melepas seorang GC.

Haha apa nak buat nasib tidak menyebelahi gua. Tapi bila difikirkan balik ada baik juga gua tidak couple dengan GC sebab dari pengamatan gua dari seorang teman yang kemungkinan sekarang berada ditengah-tengah Laut China Selatan, dia pernah bercouple jarak jauh. Daripadanya gua sudah nampak bertapa seksa couple jarak jauh ini. Sampai kadang- kadang gua tengok teman gua tu angau dibuatnya. Sebab itu mengambil masa yang lama nak luahkan isi hati kepada GC.

Apa- apa gua okay saja. Hidup mesti diteruskan, harapan perlu terus dipegang dan cinta masih boleh dicari. Gua percaya satu hari nanti akan berjumpa dengan seseorang yang ditakdirkan untuk gua. Tunggu dan lihat sahaja nanti.


P/s: Tapi gua tetap berkawan dengan GC lagi cuma tidak serapat dahulu.

Thursday, November 6, 2008

Kemaruk lagu ini...

Song Words by Artist / Band : Jason Mraz ft Colbie Caillat
Song Lyrics Title : Lucky
Taken from Album : We Sing. We Dance. We Steal Things.
Music Genre : Acoustic, Pop

Jason Mraz
Do you hear me,
I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I’m trying

Colbie Caillat
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Duet : Jason Mraz and Colbie Caillat
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Jason Mraz
And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair

Colbie Caillat
Though the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Jason Mraz and Colbie Caillat
I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I’m lucky we’re in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Tuesday, November 4, 2008

Musim bercinta dengan buku

Current Mood: Study

Btw i would like to wish to all the UniKL students out there dan sewaktunya. Best of luck in your exams yah. Gambate deh !

P/s: Mi3za pinjam ayat lorh...Hihi...

Wednesday, October 22, 2008

Tentang GC

Daripada gerak geri GC gua tampak GC tertarik dengan gua dan gua pun tertarik dengan GC kalau tak kenapa gua post cerita tentang GC kan. Bahkan hari pertama bersemuka dengan GC sudah jatuh hati.Hihi..Tapi gua ada satu masalah yang sering menganggu fikiran ini. Misalnya kami couple, adakah perhubungan ini akan berjaya. Adakah GC menerima hubungan jarak jauh ini. Owh tuhan berikan gua petunjuk.

P/s: Sumone please give sum advise and opinion.

Rumah Terbuka WQI = Penutup Raya

Photo rumah terbuka WQI (Welidng and Quality Inspection) berlokasi di UniKL MFI, Perdana Hall dan majlis terakhir yang gua attend di penhujung syawal nie kiranya majlis nie penutup raya la.

Khusyuknya makan...

Ayam Percik(Berapa kali bedal ayam nie)

Senior Sem 4

Rendang Daging

Berphoto dengan Pensyarah

Baby yang comel...

Senior Sem 5

VIP

Sopannya Ramzi(baju biru) makan

Lemang

Banyaknya lauk- pauk

Monday, October 20, 2008

Rumah Terbuka

Ahad yang lepas(19/10/2008) telah membuat rumah terbuka. Baru sempat nak upload photo- photo yang diambil sebab seminggu nie sibuk dengan test dan assignment. Tak snap banyak photo pon kerana sibuk melayan orang dan mengemas dapur.
Anak Buah Teman Sekerja

Dua orang adik- beradik yang comel

Teman Sekerja

Makcik2 yang gumbira...

Banyaknya selipar...

Khusyuk makan spaggeti

Pakcik2...

Pakcik2 lagi...

Seronok berbual...

Kuah Lontong

Spaggeti

Kuah Spaggeti(Ma Fav8)

Sangat sesak...