3 Ramadhan
Pagi.
Seharian tiada kelas.
Melayan movie dan main game jew.
Petang.
Selepas solat jumaat, kemas bilik dan main game balik.
Bosan main game, tengok movie balik. Tengah hujan memang layan ar tengok movie.
6:30 petang keluar dengan budak rumah nak pergi bazaar. Hujan rentik- rentik.
Separuh jalan, tertiba hujan lebat melanda. Basah carpet kereta kasayangan gua.
Ambil keputusan berbuka dekat D'Limau Nipis depan Plaza PKNS.
Berbuka dengan nasi putih, tomyam ayam, telur dadar dan nescafe ais nipis. Layan seh (hujan lebat kan), memang mantop makan nasi bersama sup panas.
Malam.
Selepas solat tarawih. Lepaking.
Kemas barang, balik ke Cheras bersama kereta kesayangan. (12:30 malam)
Sangat suka balik malam, terasa seperti balik kampung walaupun dekat jew Bangi dengan Cheras.
Suasana yang nyaman, sunyi dan tidak sesak sambil mendengar lagu Greenday- Wake Me Up When September End dan Jet- Are You Gonna Be My Girlfriend berulang kali.
Terasa sangat tenang tika itu, fikiran melayang-layang tentang masa hadapan.
Sampai rumah, angkat barang dan terus tidur.
Bangun sahur, makan secepat mungkin kemudian tidur balik.(Mengantuk giler)
Sekian.
2 comments:
nescafe ais nipis...
lama seh tak pekena!hahahaa
To Faizal:
Mmg layan bro...
Post a Comment