Wednesday, September 30, 2009

New Dictionary...


Never back down to your goal.

Chase the goal till you gain your goal.

Be patient and plan it for perfection.

Till then you can proud to others that usually show off.

I swear, i will get what i want and i will show off back.

Until you all crying teardrop of blood.

I swear it, just wait and see.

Till then sincere by Law Of Momo.

Friday, September 18, 2009

S3L@maT HaRi R@yA...!!!


Semua bloggers sakan bagi kad raya. Gua nak bagi lagu raya pulak ar.
Lagu raya kegemaran gua.


Dalam kerendahan HATI,

Ada ketinggian BUDI,

Dalam kemiskinan HARTA,

Ada kekayaan JIWA,

Dalam gurau senda ada khilaf dan dosa,

"Salam Syawal, Maaf Zahir dan BAtin"

Dari
=L@W OF MOMO=

Kepada

Bloggers dan followers sekalian...


Journal Ramadhan #32 & Yang Terakhir...


28 Ramadhan

Jumaat (18/09/09).

Gua adalah orang terakhir keluar dari rumah sewa pada petang tadi.

Semua budak rumah sudah balik kampung selepas sahur dan pada tengahari.

Rumah gua paling jauh sekali sebab itu yang balik lambat. Cheras jew sebenar. Hehe...

Petang tadi hantar member dekat UPM, naik bas balik kampung ke Terengganu.

Pertama kali berbuka dengan member dalam kereta. Hujan lebat sangat jadi tak sempat nak beli makanan.

Berbuka dengan air kotak dan roti gardinier. 30 minit baru cari kedai makan.

Itupun dekat kedai mamak jew sebab takut lambat naik bas pada pukul 8:30 malam.

Lepas hantar terus balik Cheras.

Dan ini adalah journal ramadan terakhir sebab besok nak balik kampung Perlis.

Dekat sana tiada internet dan gua malas nak cari Cyber cafe.

Sekian.



P/s: Mulanya tak balik kampung. Tapi ramai ahli saudara mendesak suruh balik jugak jadi ayah ubah fikiran.

P/s/s: Banyak tugasan kena buat owh. Tertekan boh.

P/s/s/s: Mungkin gua akan buat journal raya pulak. Tengok kalau rajin.

Thursday, September 17, 2009

Journal Ramadhan #30 dan #31


26 dan 27 Ramadhan

Kebanyakan kelas telah di batalkan.

Sebab ramai sudah balik kampung.

Gua best giler, layan anime dengan movie sampai nak muntah.

Dua hari berbuka jauh. Satu dekat KL dan satu lagi dekat Ampang.

Al maklum kelas tak ada, berjalan la gua.


P/s: Walaupan raya lagi 3 hari tapi tak seronok pun. Mungkin mahu kelainan selain beraya di kampung.


Tuesday, September 15, 2009

I've got sunshine, on a cloudy day...


Orang sibuk- sibuk dengar lagu raya. Gua pulak sibuk dengar lagu english zaman 80'an. Nanti gua post lagu raya pulak ek.


P/s: Raya tahun ini tak rasa seronok pon. Mungkin sudah dewasa kot dan mungkin juga rasa seronok itu akan kembali pabila sudah berkerjaya tak pun sudah berumah tangga nanti.

Journal Ramadhan #29


25 Ramadhan

Selasa (15/09/09)

Sengaja bangun lewat sebab tahu kelas mula lambat masa tengahari.

Ada dua kelas jew, tengahari dan petang.

Itu pun sudah kira malas nak pergi kelas.

Bulan puasa nie tak tahu kenapa malas nak pergi kelas.

Mungkin selalu tidur lambat dan banyak assignment yang perlu dibereskan.

Dan mungkin juga jam biologikal gua pening.

Sekian.



Journal Ramadhan #28


24 Ramadhan

Isnin (14/09/09)

Sememang tiada kelas dalam jadual waktu.

Jadi gua bantai tidur sampai lebam.

Bangun pukul 12:00 tengahari.

Mandi pastu terus buka laptop buat assignment drawing jig and fixtures.

Petang berbuka dengan maggi kari dangan air kegemaran(Nescafe).

Sudah bosan dengan Bazaar dan malas nak keluar.

Journal Ramadhan #27


23 Ramadhan

Bersamaan Ahad (13/09/09).

Pagi bangun awal setelah cukup repeat tidur.

Aktiviti rutin pada hari ahad. Basuh baju dan kemas rumah.

Pukul 10:30 pagi pergi rumah member pick up dia.

Sebab sudah janji nak teman dia pergi beli belah baju raya di Sunway Piramid.

4 orang ikut termasuk gua 5 orang.

Sejam kemudian,

Sampai dekat Sunway Piramid.

Cari parking 20 minit. Itu yang malas kalau pergi Sunway Piramid.

Pusing- pusing dan keluar dari satu shoplot ke satu shoplot.

Ada yang berkenanan tapi agak mahal, jadi batal niat nak beli.

Member pun cakap tak banyak pilihan.

Ambil keputusan mahu pergi Bukit Bintang dan Pavilion.

30 minit kemudian

Masuk Bandaraya Kuala Lumpur. Kerete berbaris- baris menunggu giliran masuk ke tempat letak kereta.

Bernasib baik dapat tempat letak kereta dekat BB Plaza, itu pun dekat rooftop.

Masuk dalam, tengok ramai giler orang. Pusing- pusing, gua berkenan dengan satu seluar jeans dan terus beli.

Member pulak cakap masih tiada pilihan. Memang cerewek member gua nie, apa lagi terus pergi Pavilion.

Sampai sana pusing- pusing dulu. Masuk shoplot Padini, usha- usha baju kemeja. Member cuit gua.

Member: Mo, nie cantik tak?

Gua: Definiely cantik. Dari tadi gua dah usha baju tu tapi lu dah berkenan. Gua terpaksan cari lain ar. Gi ar try pakai.

Member: Jap lagi ar, gua nak usha baju lain pastu nak tengok seluar kat Espirit lak. Ar lg satu, ko tolong panggil awek aku. Nak suruh dia teman gi Espirit.

Gua: Orait boh. Dalam hati (Dia nie memang bercita rasa tinggi). Baju and seluar memang tak nak kalah. Patutlah dekat BB Plaza tadi tak berkenan langsung.

2 jam pusing dekat Pavilion. Melayan kerenah member gua yang cerewet nie. Nak ikutkan gua pun cerewet tapi bajet tak ada. Jadi memadai ar dengan satu seluar jeans dan sehelai baju Padini.

Petang, berbuka dekat Pizza Hut Pavillion. Memang leguh dan penat giler kaki gua. Gua tempah meja dulu. Yang lain masih sibuk mencari kehendak mereka.

Lepas berbuka terus cabut balik ke Bangi. Memang letih tahap cipan. Gua puas hati dengan kehendak gua. Member gua pulak masih tak sebab tak dapat beli lagi satu t-shirt round neck.



P/s: Shopping hari minggu memang memenatkan tambah dekat raya nie.




Monday, September 14, 2009

Semalam layan cerita nie...


Kepada playboy or buaya darat.
Beringat la yea.
"You can't always run from your past"


P/s: Siapa tak tahu nak ayat gurl boleh ikut nasihat dalam citer nie. Hihi...

You don't know me, you don't even care...


Suka dan layan gila lagu nie.
Paling best bunyi piano lagu nie.
Tenang jew jiwa.


P/s: Lagu nie banyak memberi inspirasi kepada gua.
Selalu dengar dalam kereta bila seorang2.
Melayan jiwa.

Sunday, September 13, 2009

Journal Ramadhan #26


22 Ramadhan

S1= PD divide by 4t tambah hari sabtu.

ASME VII, ASME IX, ASME V = 12/09/2009.

Hari yang pening dengan formula, codes & standard dan simbol yang banyak.

Banyak gila nak kena ingat.

Memang fizikal dan mental dikerah dengan kejam sekali.


P/s: Malam lepas buka repeat tidur. Letih gila seh.

Journal Ramadhan #25


21 Ramadhan = 11/09/2009

Pagi tak ada kelas. Pukul 11:00 pagi baru ada kelas sampai 12:30 tengahari.

Habis kelas terus balik rumah. Rehat- rehat pasru siap nak pergi sembahyang Jumaat.

Lepas Jumaat.

Ada kelas pukul 3:00 petang dan test pulak tu.

Memang menjadi lumrah kalau hari jumaat memang malas gila nak pergi kelas.

Nasib sudah study awal. Tak ar cuak sangat.

Journal Ramadhan #24


20 Ramadhan

Khamis (10/09/09)

Pagi lagi sudah bangun.

Takut lambat lagi ke kelas workshop yang lecture nya agak skema sikit.

Sampai jew workshop, hurm hampeh workshop pun tak buka lagi.

Dalam hati:

"Hurm tahu tadi datang jew lambat."

"Memang haram J tol lah."

Selang 15 minit.

Baru workshop dibuka pastu dan dan jew budak- budak nie datang. Lagi best lecture yang skema tu pun baru datang jugak.


P/s: Nasib kurang pagi itu. Gua balas dendam tak datang kelas tengahari. Hehe...Jahat kan.

Journal Ramadhan #23


19 Ramadhan

Pergi kelas dalam keadaan separa sedar.

Dalam kelas bertahan selama sejam.

Alih- alih mata sudah tertutup.

Goyang- goyang kepala tapi tak hilang juga mengantuk.

Geram, cakap dengan member sebelah:

Gua: Jom main BINGO, bagi hilang mengantuk.

Member: Orait jugak tu. Lu start dulu.

Selang 5 minit.

Segar balik. Tak mengantuk lagi.


P/s: Kalau mengantuk dalam kelas main ar BINGO tapi pandai- pandai cover line.

Saturday, September 12, 2009

Mahu Pergi Test..

Wish me luck.

Semoga berbaloi dengan apa yang gua study.

Kelebaman & Keletihan...


Mata lebam sebab tak tidur lagi dari balik bersahur pagi tadi.

Paling bosan kalau test atau kelas buat pada hari minggu.

Kacau plan bersama keluarga tercinta.

Habis test gua mahu repeat tidur.



P/s: Rindu dengan ayam masak merah mommy masak.

Thursday, September 10, 2009

Why can't you see, you belong with me.....



Currently addicted to this song even thought I didn’t have a girlfriend.

Wednesday, September 9, 2009

Dan...


Gua mahu tidur.

Hopefully tomorrow gonna be a good day.

Jangan bangun lewat sudah.


Tuesday, September 8, 2009

Journal Ramadhan #21 dan #22


17 dan 18 Ramadhan

Sibuk dengan kerja sekolah.

Dan malas nak update sebab penat menaip kerja sekolah.

Bereh.

Journal Ramadhan #20


16 Ramadhan

Hari Ahad(06/09/09)

Bangun awal 8:00 pagi, terus mandi kemudian terus ambil baju kotor untuk dicuci.

Kemaskini antivirus laptop dan nota- nota belajar.

Kemas rumah sampai selesama tak hingga punya. Alergic dengan habuk.

Habis cuci dan sidai baju terus tidur balik sebab selesama yang mengila.

Bangun pukul 2:00 petang.

Buka laptop terus mengerjakan assignment yang bertimbun.

Petang macam biasa, pasar ramadhan PKNS, Bangi.

Beli nasi tomato dengan air tembikai jew.

Lepas tarawih, terus tidur sampai budak kejut pergi sahur.

Naik kereta gua pergi sahur, budak- budak menganjing sahur dekat KL.

Gua apa lagi terus pergi isi minyak dan terus ke KL.

Bersahur dekat nasi lemak 60 sen, Kampung Baru.

Lepas sahur pusing- pusing kejap dan terus balik Bangi.

Tak ambil gambar sebab malas.

Sekian.


Journal Ramadhan #19

Gambar lepas berbuka puasa.

Dari Kiri: Hussein, Fahiz, Roy dan Boy.

Adli denga sepupu dia.

Law Of Momo

Boy dan Fahiz

Adli dan Paan

Roy dan Boy

15 Ramadhan

Bangun lewat lebih pukul 11:00 pagi.

Almaklum bersahur jauh semalam.

Terus mandi lepas kemas bilik yang sudah berhabuk tahap cipan.

Pukul 2:30 petang pergi kelas ganti.

Dalam kelas dapat text dari teman diploma dulu.

"Dijemput hadir majlis berbuka puasa bdk2 kelas kita petang ini di Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi"

Gua balas:

"Orait okay saje. Jumpa petang nanti."

Habis kelas terus balik, lepak tengok TV. Pukul 6:00 petang terus gerak.

Journal Ramadhan #18


14 Ramadhan

Hari jumaat adalah hari sangat malas nak pergi kelas.

Tapi gua gah kan tubuh pergi ke kelas pada paginya.

Paling malas lepas sembahyang jumaat memang berat gila nak pergi kelas.

Tengok budak- budah rumah semua dok lepak dan tidur sesedap hati.

Tapi melawan nafsu akhirnya pergi juga kelas.

Habis kelas pukul 5:30 petang, terus balik.

Tengok TV jap pastu pukul 6:00 petang terus gerak ke pasar ramadhan.

Malam, jalan- jalan dengan budak- budak rumah dekat Danau Kota, Keramat.

Sejam pusing Danau, tengok jam sudah pukul 4:00 pagi terus cari kedai untuk bersahur.

Pergi kedai chow kuaw tiew yang famous dekat keramat tu. Ramai gila sampai kena beratur.

Habis sahur terus balik Bangi.





Journal Ramadhan #17


13 Ramadhan

Seperti biasa kelas dari pagi hingga ke malam.

Habis kelas terus lepak minum Section 15 sambil teman order shisha.

Habis minum dan shisha pun sudah kering terus balik rumah.

Lepak tengok TV pastu nada lagu B.E.P phone gua bunyi.

Tengok skrin, teman gua. Terus jawab.

Gua: Salam. Wat up?

Teman: Jom gi Downtown KL?

Gua: Downtown, boleh jew.Lagi 10 minit gua sampai rumah lorh.

Teman: Bereh boh.

Sampai sana ronda- ronda sambil mencari cermin mata yang gua nak. Teman mencari tilam tidur dan seluar jeans.

Sejam kemudian jumpa barang yang dibeli. Lepak minum dan makan steamboat kemudian terus balik.

Sekian.

You're beautiful, it's true...

Thursday, September 3, 2009

Journal Ramadhan #16

12 Ramadhan

Hari (02/09/09).

Lewat ke kelas pagi.

Nasib lecture tak marah.

Ironinya, ramai tak hadir ke kelas pagi.

7 orang sahaja yang hadir dari 27 orang.

Yang bestnya ada teman yang beriya- iya yang suruh gua pergi kelas.

Akhirnya dia yang tak pergi kelas.

Pertama kali gua berasa mengantok sangat pada kelas pagi.

Sampai beberapa kali terlelap sendiri.

Memang minggu yang meletihkan.

Kalau boleh teguk Nescafe pasti gua tak mengantok.

Journal Ramadhan #15

11 Ramadhan

Terlampau sibuk dengan assignment.

Sangat letih dan tertekan.

Perlukan rehat dan tenaga yang cukup.

Sekian.

Kadang- kadang

Kadang- kadang gua rasa sunyi.

Sunyi yang tak dapat digambarkan.

Kadang- kadang dambakan seorang gadis.

Gadis yang dapat menceriakan diri ini.

Kadang- kadang rasa mahu jadi burung.

Yang bebas meluncur diudara.

Kadang- kadang dengki dengan orang kaya.

Sebab mereka boleh miliki apa saja mereka mahu.

Kadang- kadang mahu seperti Frank Lucas.

Gangster yang kaya dengan jual dadah.

Kadang- kadang tertanya kenapa perlu kita belajar?

Sebab sifat ingin mengetahui manusia.

Kadang- kadang terfikir adakah dunia ini adil?

Kalau adil kenapa banyak perang.

Ini adalah sebahagian daripada siri monolog ketika gua bersendirian.

Journal Ramadhan #14

10 Ramadhan

Hari Merdeka.

Duduk saje dekat rumah.

Sambil bertingkumus lumus menyiapkan assignment.

Sekali sekala tengok ayah baiki kereta kesayangannya.

Dalam hati, nanti sudah kerja mahu cari satu kereta mini antik.

Tengok ayah bersungguh baiki kereta kesayangannya.

Gua bukan tak tolong tapi sibuk dengan assignment yang bertimbun.

Tapi bukan tak tolong langsung yea.

Hari yang bosan dan penat dengan assignment.

Tuesday, September 1, 2009

Mission #2

Misi kedua telah dibatalkan diatas sebab- sebab tertentu.

Situasi tidak mengizinkan, perlu masa yang tepat untuk melaksanakannya.

Lampu merah sedang menyala kena tunggu ia menjadi hijau semula.

Buat masa sekarang sedia dengan lampu kuning dulu.