Sunday, August 23, 2009

Journal Ramadhan #3

Seperti yang dijanjikan, update semasa pergi beli makanan untuk berbuka.

Lokasi: Kawasan letak kereta PKNS, Bangi.
Waktu: 6:00 petang.

Bajet pergi awal owh tapi bila sampai jew, tengok semua gerai kebanyakkannya sudah habis dijual. Mungkin hari pertama puasa, orang ramai teruja kot.

Pusing- pusing bazaar, berkenan dengan satu kedai nie yang jual nasi arab. Pergi ke kedai tu, belum sempat nak tengok ada lauk apa. Tuan kedai tu dah potong ayam masak arab dia tu. Bajet nak beli nasi jew tapi sudah habis. Tak cakap pun nak beli ayam tu. Gara- gara flyers nasi arab yang kedai letak tu la. Tak pasal- pasal gua kena beli ayam tu. Dah la Rm 6.00, bajet Rm 5.00 jew nak beli makan dan minum. Tup tup tap terus jadi Rm 9.00 sebab ayam tu punya pasal.

Pastu boleh pulak tuan kedai tu cakap besar. Tuan kedai tu cakap macam nie."Hari ini kedai kita orang laku sampai 13 ekor ayam habis dijual dengan nada yang agak sombong. Gua dalam hati cakap, baru hari pertama la, jangan la sombong sangat nanti tak ada beli baru tahu.

Moral, jangan terburu- buru beli makanan. Nanti jadi macam gua sudah kena tipu dan berjimat- jimatlah.
Dalam pukul 6:40 petang

Jejen yang sibuk mencari Nasi Tomato

Brader yang menjual air dengan teruja sekali sampai orang terkejut masa nak ambil air sebab dia menjerit dengan lantang sekali.

P/s: Hari ini nak pergi awal nanti tak terburu- buru lagi.

1 Ramadhan

4 comments:

Anonymous said...

waaa.. hri2 g bazar laa nih?? huhu.. masak laa beb. jimat sket. hahaha

emma songall said...

stakat ni xjejak ag bazaar ramadhan...
hurmmm.

Shamimi said...

To Hani:
Yup2 hr2. Nk msk cmne dapur pn xde.Hee...

To Emma:
Abis u masak sendiri kew?

Anonymous said...

same here. bazaaarrrrrrr everyday. juga pernah tertipu sbb nk 'jage hati' tuan gerai. hahaha. aduyai me!