Tuesday, December 30, 2008

Hari Yang Malang

Salam.

Agak lama juga gua tak update blog kerna gua dalam mood bercuti. Haha...boleh kew macam itu. Hari ini dalam sejarah ditimpa malang berkadar terus, dari pagi lagi bersamaan 30/12/2008. Gua telah ditimpa nasib malang(Harap selepas ini tidak berlaku lagi) hingga la ke petang hari.

Pagi lagi sudah terlewat bangun dari tidur kerna jam biological gua rosak. Hihi...Mulanya telah merancang untuk keluar makan tengahari bersama Dyana dan Jae di KLCC dan berkehendak melangsaikan bayaran masuk ke kolej. Alih-alih pagi sudah terlewat terus bergegas bersiap. Masuk sahaja highway di Batu 9, Cheras jalan sesak kerna ada kereta accident. Jam dikereta menunjukkan 10:30 a.m.

Bermonolog bersendirian.

"Ah bengang giler, gua dah lambat nie, nak sampai sebelum pukul 12:00 p.m".

Bercadang menukar haluan dan terus ke Stesen Lrt Salak Selatan alih- alih jalan sesak juga sebab jalan ditutup kerna naik taraf jalan di Bandar Tasik Permaisuri terus ambil keputusan melencong ke Smart Tunnel.

Sebelum sampai di Smart Tunnel mengagau mencari Kad Tounh n Go. Cari punya cari tak jumpa terus buka dompet ambil 2 ringgit. Lepas bayar tol dan didalam Smart Tunnel, ada pula kereta kancil ini bawa kerata punyalah perlahan.

Bermonolog lagi.

"Hish lepas satu masalah timbul lagi masalah. Ada yang nak kena maki nie. Gua dah lambat boleh lak kereta nie bawa perlahan. Gua rasa speed limit dalam tunnel 60 Km/j, pe hal lak bawa perlahan sangat"

Bagi high beam kemudian dan terus memecut sambil mulut kumat- kamit memaki kerata tadi. Keluar sahaja dari Smart Tunnel didepan Menara AA ada pula orang buat rusuhan. Tak tahu rusuhan apa tapi hati sudah panas. Lagi la gua mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Agak lama jugak terkadas disitu, setengah jam juga la. Jam kereta menunjukkan lagi 5 minit pukul 12:00 p.m.

Lepas dari sesak dari Menara AA itu terus bergegas ke KLCC dan buat keputusan nak letak kereta di belakang Public Bank. Sampai di simpang 4 traffic light ke Public Bank. Kedengaran enjin kereta berbunyi klik- klik seperti hendak mati tahu- tahu pedal minyak tak boleh tekan dan mati didepan traffic light. Lalu terus menekan butang hazars light.

Lagi bermonolog.

"Ah sudah, kereta buat hal pulak. Pe la nasib hari ini. Satu- satu masalah timbul. Benggang betul gua"

Terus telefon teman yang berjanji nak makan tengahari, mengatakan kereta rosak didepan Public Bank dan seterusnya telefon Pomen gua datang panggil Trak Penarik Kereta. 15 minit kemudian teman yang bernama Dyana telah datang sambil tersemyum. Gua pon meminta maaf kerna hal ini. 20 minit berlalu teman seorang lagi teman yang bernama Jae datang sambil menepuk tangan dan ketawa kepada gua. Bersalaman dan terus meminta maaf diatas masalah yang berlaku dan berjanji jumpa hari lain pulak lalu terus bergegas balik ke pejabat. Gua berasa amat bersalah sangat kepada 2 orang teman gua ini. Yela ajak orang makan tengahari tapi ada masalah pula. Rasa down gila masa itu.

Tidak mengapa lepas ini gua jumpa kamu 2 orang, gua belanja makan kerna menghampakan kamu 2 orang hari ini. Gua janji.

P/s: Moral of this story. Jangan bangun lambat, rancang waktu yang sesuai dan jangan memaki hamun orang. Mungkin sebab itu Tuhan memberi pengajaran pada gua. Harap benda macam ini tak berlaku lagi kepada gua.

1 comment:

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

apa yang malangnya?u ada 2 kawan yang best and pomen yg teror.
so bila nak belanja?