Thursday, May 26, 2011

4 Bulan Telah Berlalu...Menilai Kekuatan Diri Sendiri...


Fuyoo..Lama gila tak blogging.

Last blogging masa hari jadi gua.

Pejam celik sekejap jew gua nak habis belajar.

Dua tahun setengah telah berlalu. Segala macam ragam perkara yang gua pelajari. 

Yang paling berkesan dalam hidup gua ialah tentang nilai persahabatan.

Yang kadang- kadang kita tidak nampak dalamannya. Ada yang tikam belakang, ada yang betul- betul jujur, ada yang putar alam dan bermacam- macam lagi sehingga membuat gua lebih berhati- hati memilih sahabat.

Dari sini gua banyak berfikir, menilai dan membuat keputusan bahawa kita tidak boleh mempercayai orang disekeling kita dengan sepenuhnya. Selalu beringat, jangan terlampau mendabik dada dan terlampau merendah diri. Perlu sentiasa berada ditengah- tengah supaya tidak tersangkut segala permasalahan yang timbul yang akhir akan membawa padah diri sendiri.

Pada dunia sekarang semuanya perlu hitam putih. Jangan janji mulut kalau tidak padah jadinya. Dalam 4 bulan  kebelakangan ini gua banyak menilai dan munasabah diri. 

Berfikir, merancang, menelaah tentang kehidupan telah dilalui samada ia dapat memberi maafaat atau keburukan kepada diri gua.

Jadi banyakkan munasabah diri supaya kita dapat menilai dimana kekuatan diri kita yang sebenar.

Sekian.