Monday, August 31, 2009

Journal Ramadhan #13


10 Ramadhan

Sudah Benggong dengan assignment.

Blur...

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Jadi Malaysia...!!!

Selamat Hari Merdeka


P/s: Suka tengok cerita Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan.


Journal Ramadhan #12

9 Ramadhan

Ahad (30/08/09).

Pagi lagi sudah bangun.

Tolong mommy basuh baju.

Tolong ayah baiki kereta kesayangannya.

Kesana- kesini membeli barang ganti kereta kesayangan ayah.

Baki setengah hari lagi, buat assignment yang tertangguh.

Buka puasa, mommy masak ayam black pepper stim.

Nyam- nyam, memang layan seh.

Lepas berbuka tertidur sampai pukul 10:00 malam langsung terlepas solat tarawih.

Buka laptop sambung buat assignment sampai pukul 12:00 malam.

Tengok kalendar (31/08/08), baru teringat Merdeka.

Selamat Hari Merdeka.

Journal Ramadhan #11

8 Ramadhan

Lepas sahur, tunggu subuh kemudian tidur balik.

Alih- alih terjaga pada pukul 12:00 tengahari.

Mungkin terlampau penat sebab minggu residual stress yang memenatkan.

Badan berasa sengal- sengal, terasa seperti lepas baru bersukan.

Terus kemas bilik dan basuh baju kotor.

Petang, basuh kereta mommy dan ayah.

Hari minggu beginilah rutin gua.

Friday, August 28, 2009

Journal Ramadhan #10

7 Ramadhan

Habis kelas petang tepat pukul 5:00 petang.

Terus bergegas pulang ke rumah sewa.

Mengemas barang dan kemudian terus balik.

Sudah berjanji nak belanja makan KFC untuk hari jadi Ayah dan Hilmi Kuasa 2.

Petang jalan memang sangat sesak nasib sempat sampai Jusco untuk beli KFC.

Berbuka sambil sabut hari jadi Ayah dan Hilmi Kuasa 2.

Sekian.

Thursday, August 27, 2009

Journal Ramadhan #9

6 Ramadhan

Hari ini (27/08/09), seluruh anatomy gua berasa letih dan sengal- sengal.

Sebab kelas dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam.

Memang penat tak ingat punya.

Nie pun ada assignment yang perlu dibereskan dulu.

Sebab besok nak kena hantar.

Petang tadi tak pergi bazaar sebab hujan lebat gila.

Lepas kelas pukul 5:00 petang habis tepat pada pukul 7:00 terus singgah kedai depan kolej.

Hari ini berbuka dengan nasi putih, lauk ayam goreng bersama kuah kari ikan dan air nescafe ais(my addicted).


P/s: Minggu stress yang terlampau, rasa macam kena defect welding yang tak boleh diterima seperti LOF dan LOP. Hehe...enginering sikit.

Journal Ramadhan #8

5 Ramadhan

Hari ini berbuka dekat Kafe kolej dengan air susu straberi ducth lady jew.

Hujan lebat sangat, berbuka kat kafe jew la.

Tak sempat ambil gambar dan beli makanan sebab sudah habis.

Balik rumah sewa baru makanan, itupun beli kepak ayam tepi jalan.

Layan seh kepak ayam tu.


P/s: Teringat masa berpuasa dekat Labuan masa kerja dulu. Kepak ayam la gua sebat dulu masa berbuka.

Selamat Hari Jadi Angah...!!!

Semalam hari jadi ayah. Hari nie hari jadi angah lak.

Semoga panjang umur dan sihat- sihat selalu.

Harap- harap apa yang kita rancang menjadi realiti.

Belajar rajin- rajin Hilmi Kuasa 2.

Journal Ramadhan #7

4 Ramadhan

Seperti yang dijanjikan kalau pergi bazaar ramadhan tempat baru mesti ambil gambar.

Lokasi: Depan Hostel KPTM, Bangi.


Hostel KPTM

Tepi jalan jew bazaar nie.

Ramai Seh.

Awek- awek yang bertandang.

Salah satu kegemaran

Tak beli banyak pun, beli nasi putih dengan lauk ikan keli tambah air logan.


P/s: Bulan puasa nie kena kawal sikit nafsu. Semua atas diri kita sebab syaitan dah xde owh.

Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Jadi Ayah...!!!

Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur.

Balik nanti abg belajar makan sekeluarga bersama ayah.


P/s: Love you ayah walaupun gua jarang ucapkannya tapi gua tetap mengagumi ayah sampai bila- bila.

I Got A Feeling...

Today is not my good day.

Everything i plan today going wrong.

Overslept and miss my morning class.

Tuesday, August 25, 2009

Teringin Nak Buat Nie...

Lama sudah mengidam nak buat 3 perkara nie tapi masih belum tercapai lagi.

Ada siapa nak join? Best seh.
Bungee Jump (Cousin Gua)

Water Rafting

Wall Climbing
P/s: Masa muda- muda nie la nak cuba aktiviti macam nie, sudah tua nanti tak dapatnya.

Minggu Residual Stress

Minggu ini adalah minggu residual strees.

Bermula hari ini 24/05/09, rohani, metal dan jasad gua akan dikerah dengan extremenya.

Oleh kerana bahang- bahang test dan assignment yang berbakul- bakul.

Perlu bersiap sedia dengan rapi kalau tak pancit jugak nak kejar.

Hari- hari kena minum tongkat ali nie. Hehe...


P/s: Rindu masa kerja dulu.

Journal Ramadhan #6

Petang tadi pergi bazaar ramadhan dekat PKNS.

Ramai gila orang berpusu- pusu membeli makanan.

Mungkin hari bekerja sebab itu ramai orang.

Kali ini tak ambil gambar sebab malas dan tempat yang sama.

Kalau pergi tempat lain gua ambil gambar.

Hari ini beli sikit jew. Beli ayam panggang, nasi putih dan air tebu.

Harap- harap tak sakit perut lagi malam nie.

Mahu tidur awal lepas nak bangun sahur dan terus berjaga sampai kelas.

3 Ramadhan.

Monday, August 24, 2009

Journal Ramadhan #5


Isnin, 24/08/09.

Lepas sahur, perut memulas- mulas.

Sakit gila sampai susah nak tidur.

Pergi tandas 2 3 kali.

Lepas 3 kali baru rasa lega dan terus tidur.

Pagi rasa lapar dan dahaga sangat mungkin sebab sudah buang banyak sangat.

Fikir sejenak, mungkin popia basah semalam kot.

Lepas nie confirm tak beli lagi.

Sekarang menahan lapar, harap- harap jangan gastrik.

3 Ramadhan

Journal Ramadhan #4


Ahad, 23/08/09

Pagi ada test Math.

Study dari pukul 10:00 malam sampai sahur.

Tak ingat nak ambil gambar sebab dalam keadaan tertekan dan cuak.

Harap- harap dapat markah yang berbaloi dengan study gua.

2 Ramadhan

Sunday, August 23, 2009

Journal Ramadhan #3

Seperti yang dijanjikan, update semasa pergi beli makanan untuk berbuka.

Lokasi: Kawasan letak kereta PKNS, Bangi.
Waktu: 6:00 petang.

Bajet pergi awal owh tapi bila sampai jew, tengok semua gerai kebanyakkannya sudah habis dijual. Mungkin hari pertama puasa, orang ramai teruja kot.

Pusing- pusing bazaar, berkenan dengan satu kedai nie yang jual nasi arab. Pergi ke kedai tu, belum sempat nak tengok ada lauk apa. Tuan kedai tu dah potong ayam masak arab dia tu. Bajet nak beli nasi jew tapi sudah habis. Tak cakap pun nak beli ayam tu. Gara- gara flyers nasi arab yang kedai letak tu la. Tak pasal- pasal gua kena beli ayam tu. Dah la Rm 6.00, bajet Rm 5.00 jew nak beli makan dan minum. Tup tup tap terus jadi Rm 9.00 sebab ayam tu punya pasal.

Pastu boleh pulak tuan kedai tu cakap besar. Tuan kedai tu cakap macam nie."Hari ini kedai kita orang laku sampai 13 ekor ayam habis dijual dengan nada yang agak sombong. Gua dalam hati cakap, baru hari pertama la, jangan la sombong sangat nanti tak ada beli baru tahu.

Moral, jangan terburu- buru beli makanan. Nanti jadi macam gua sudah kena tipu dan berjimat- jimatlah.
Dalam pukul 6:40 petang

Jejen yang sibuk mencari Nasi Tomato

Brader yang menjual air dengan teruja sekali sampai orang terkejut masa nak ambil air sebab dia menjerit dengan lantang sekali.

P/s: Hari ini nak pergi awal nanti tak terburu- buru lagi.

1 Ramadhan

Saturday, August 22, 2009

Journal Ramadhan #2




Hari pertama puasa ada kelas memang malas gila nak pergi tadi.

Tapi melawan nafsu, akhirnya pergi juga.

Petang pukul 6 nak pergi bazaar jadi nanti update lagi.

1 Ramadhan

Journal Ramadhan #1


Pagi tadi bangun sahur tapi lupa pulak nak ambil gambar.

Almaklumlah mamai lepas bangun dari tidur.

Pagi tadi bersahur dengan roti cicah sambal petai, ayam redang dan air kotak dari 7e.

Bekalan dari bonda tercinta.

Bersahur sambil tengok moto GP bersama teman bernama Mino yang kebuluran.

Habis bersahur, cucuh sebatang dua lepas itu terus gosok gigi.

Pasang niat puasa dan terus tidur.

1 Ramadhan

Journal Ramadhan


Baru balik terjun dari page Lampu Neon.

Dapat idea dari page dia.

Jadi, gua rasa nak buat jugak ar.

Bermula pagi sahur nie(22/08/09).

Selamat bersahur bloggers sekalian.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada blogger- blogger muslim diluar sana.

Sama- samalah kita mengerjakan ibadah puasa dengan tekun dan sabar.

Semoga ia diterima oleh DIA yang maha berkuasa.

Amin.


P/s: Malam ini sebelum tidur jangna lupa niat puasa.

Wednesday, August 5, 2009

Rindu Gila...!!!

Rindu gila nak menyelam scuba tapi apakan daya terlampau sibuk dengan belajar dan kewangan yang berkurangan sejak beberapa bulan ini. Sabar jew la dulu. Sudah tak sibuk dan ongkosnya ada nanti. Gua nak menyelam sampai lebam.


P/s: Gara- gara tengok gambar Kak Lis la nie. Terus rindu nak menyelam scuba. Dive...Dive...Dive...Blurp...Blurp...Blurp...

Mission #1 = Berjaya


Setelah sebulan menyusun perancangan dengan sabar dan jitu, akhirnya misi berjaya.

Hari minggu ini akan dapat misi baru.

Perlu bersedia dengan gagahnya supaya tidak gagal seperti sebelum ini.

Tak sabar rasanya nak mula dengan misi baru.

Apa yang penting sekarang, perlu mengkaji dan mengatur langkah- langkah yang perlu diambil kira dari misi sebelum ini.

Misi kedua, gua datang memburu kejayaan.

Tunggu dan lihat sahaja nanti.