Tuesday, June 17, 2008

Menghitung Hari & Perjanjian

Yahoo...Tak sabar nak berhenti kerja dan nak pergi diving kat Pulau Perhentian, Terengganu akhir bulan ini...Gua menghitung hari nak berhenti jew nie...Semua ilmu- ilmu yang dipelajari telah disimpan didalam cakera keras 80 gigabit...Tinggal 2 minggu jew lagi gua nak berhenti kemudian bercuti di pulau dan kemudian 7 Julai 2008 masuk belajar balik di Negara Bangi(UniKL MFI)...Berulang lagi kehidupan gua sebagai seorang pelajar...Tapi kali dengan semangat yang berbeza...Gua kena lebih rajin, yakin, effektif, dan berani seperti parajurit yang semangatnya berkobar- kobar mempertahankan tanah air...Gua perlu tanamkan sifat tersebut dalam diri supaya tidak alpa menjalani kehidupan sebagai pelajar semula...Kadang- kala kita lupa dengan janji yang kita tetap pada diri sendiri...Jadi gua perlu sentiasa beringat tentang perjanjian yang telah dilafazkan oleh diri sendiri...Cara- caranya dengan menampal notis peringatan pada almari baju gua, buat reminder dalam handset seminggu sekali atau beri tahu teman tentang perjanjian yang telah ditetapkan...

P/s: InsyaAllah gua akan tunaikan apa yang telah gua janjikan pada diri sendiri...Teman, tolong ingatkan gua ek...

No comments: