Wednesday, June 25, 2008

Dengan Rasminya Tamat Bekerja

Semalam(24/06/08) dengan rasminya gua tamat bekerja dengan syarikat yang bernama Vastalux Sdn. Bhd.(VSB). Salah satu syarikat contraktor oil & gas bumiputera untuk Petronas Carigali Sdn Bhd. Banyak perkara yang telah dipelajari daripada syarikat ini terutamanya dalam bidang QA/ QC. Jadi apa jua yang telah dipelajari semasa berkhidmatan dengan syarikat ini telah disemat dalam minda dengan baiknya. Segala yang dipelajari akan digunakan sebaik mungkin semasa belajar nanti. Banyak perkara telah dilalui bersama syarikat ini, kena marah dengan bos, berjumpa client yang banyak ragamnya, kerja yang bertimbun- timbun dan outsation adalah perkara biasa dialam pekerjaan. Jadi gua telah merasainya dengan beranggapan ia sebagai pengalaman yang berharga bagi gua. Cuma satu hasrat yang tak dapat ditunaikan iaitu naik laut(Offshore). Mungkin satu hari nanti gua dapat merasainya. Apapun gua ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Vastalux yang semua best- best bagat(Ader jugak yang kurang) kerana member sokongan dan kerjasama. Terutamanya warga Departmant QA/ QC iaitu En Azhar(Bos Gua), En Rosdi Chik(Eng VSB KSB), Akmal(Boget), Faeez(Nya), Fazri(Pok), Bunyamin(Banyak tolong gua dekat KSB), Natasha dan Faizal Musa yang banyak menolong dan memberi ilmu yang berharga kepada gua. Tak lupa pada Kak Intan(Kakak Gua) yang banyak memberi semangat kepada bila gua down. Anis yang comel dan baik. Zohrah yang happy go lucky. Finas yang banyak tolong gua fotostat. Mak Cik Cleaner(Sampai hari sekarang tak tahu nama penuh mak cik). Khairul IT(Terima Kasih betulkan komputer gua). Department yang giler bola iaitu Project Service Department. Operation dan Engineering Department yang best. Gua berharap semua warga Vastalux dimurahkan rezeki dan terus bekerja dengan ikhlas dan jayanya. Owh lupa pada Departmant Akaun yang baru tahu semalam adalah hari terakhir gua berkhidmat dengan VSB, korang memang sporting giler cuma bos korang je yang cambest. Lagi sekali gua ucapkan ribuan terima kasih dan gua minta maaf andai ada terkasar bahasa, terslah faham dan tersalah cakap.

Yang Benar,

Hilmi Shamimi a.k.a THE LAW OF MOMO

P/s: Lupa letak HR Department, pada hal diorang tahu dulu aku nak berhenti...hihi...

1 comment:

fat ass said...

nah , senang la lepas neh !
if you are near to me ,
maybe we can dating slaloo lah kan
kt fiftin tu .
da la hell lame tak lepak fiftin .
nak lepak pon tade muke otai lame .
bosan je .
haha .