Showing posts with label Isu dan Umum. Show all posts
Showing posts with label Isu dan Umum. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

Satu Perkara Tentang Manusia

Tiga hari berkelana di tempat orang bersama teman- teman kelas.

Dan selama tiga itu banyak perkara gua pelajari hasil dari lawatan ke syarikat- syarikat minyak dan gas.

Bukan sahaja ilmu tentang minyak dan gas bahkan ilmu tentang manusia.

Bermacam- macam ragam. Sukar untuk ditafsirkan. Perlu banyak bersabar dan berfikiran terbuka.

Dan satu perkara yang pasti tentang manusia ialah suka mengutuk, mengenakan orang dan seangkatanya.

Perkara seperti ini sememang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seorang manusia.

Ada sahaja yang perkara yang tidak puas, tidak betul dan sentiasa mahu menjatuhkan orang.

Kadang- kadang tidak faham kenapa perkara sebegini berlaku?

Mungkin ini adalah ying yang atau sifat yang mengimbangi sifat manusia. Ada perkara baik dan ada juga perkara yang tidak baik.

Perkara tak baik sepantas kilat manusia akan nampak tapi yang baik mungkin tidak.

Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi hidup ini. Amin.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan semua yang buruk adalah pada diri manusia itu sendiri.



P/s: Belajar dari kesilapan diri sendiri dahulu kemudian barulah belajar daripada orang lain. Pesan Tok Guru Hamba. Hehe...
P/s/s: Kalau nak belajar dari kesalahan orang lain memang lambat ar nak belajar. Tunggu orang buat silap dulu baru nak belajar. Betul tak?

Sunday, October 25, 2009

Kawan @ Friends




Sebagai mana kawan yang perlu kita cari?

Ada seperti sebegitu dan sebegini.

Perlu pandai memilih dan memahami kawan.

Memang susah nak puaskan hati kawan.

Tapi perlu cuba, kalau gagal cuba sehingga puashati kawan.

Tapi lain pula kalau yang keras kepala.

Haha...yang ini pandai- pandai kamu buat.

Gua rasa semua orang menghadapinya.

Jadi pandai- pandailah kita memilih kawan.


P/s: Buat masa ini, gua ada seorang kawan yang gua anggap sebagai abang dan mentor selepas ayah gua.

Thursday, October 1, 2009

Kenapa ada orang sebegini...?


Bila susah beriya- iya minta tolong.

Bila senang langsung hilang dan buat senyap.

Paling benci orang macam nie.

Kalaulah bolehlah putar masa balik. Haish...

Memang selamanya takkan tolong.

Lagi satu tak faham kenapa mesti ada orang suka kutuk orang walaupun orang tu tak buat apa- apa salah.

Sememangnya lumrah alam semesta. Pergi pelusuk semesta mana pun mesti ada juga makhluk sebegeni. Kalau ada makhluk asing pun mesti kutuk sekali.

Bukan meninggi diri atau berkata diri ini sempurna tapi selalu berfikir kenapa perkara- perkara begini perlu wujud?

Ada sahaja yang tak puas hati, dengki dan sebagainya.

Kalau fikir banyak- banyak pun boleh biyul juga.

Kesimpulannya perlu terima baik buruk sesuatu perkara dengan redhanya.



P/s: Gua senang jew selagi orang tak kacau gua tak kacau orang. Biarlah nak kutuk kew apa, gua anggap itu sebagai pandangan positif dan pemangkin semangat gua untuk terus mencapai impian gua. Baju sendiri jaga baju sendiri, baju orang pergi mampos.