Showing posts with label Fahaman dan Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Fahaman dan Pendapat. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Kenapa perlu?

Kenapa perlu menganjing?

Kenapa perlu menunjuk?

Kenapa perlu berlagak?

Kenapa perlu mengejek?

Dan macam- macam lagi kenapa perlu yang sebakul dengannya?

Persoalan yang mungkin semua orang tahu mengapa perkara sebegini wujud.

Perlu banyak bersabar dan kuat semangat.


P/s: Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Tuesday, March 9, 2010

Satu Perkara Tentang Manusia

Tiga hari berkelana di tempat orang bersama teman- teman kelas.

Dan selama tiga itu banyak perkara gua pelajari hasil dari lawatan ke syarikat- syarikat minyak dan gas.

Bukan sahaja ilmu tentang minyak dan gas bahkan ilmu tentang manusia.

Bermacam- macam ragam. Sukar untuk ditafsirkan. Perlu banyak bersabar dan berfikiran terbuka.

Dan satu perkara yang pasti tentang manusia ialah suka mengutuk, mengenakan orang dan seangkatanya.

Perkara seperti ini sememang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seorang manusia.

Ada sahaja yang perkara yang tidak puas, tidak betul dan sentiasa mahu menjatuhkan orang.

Kadang- kadang tidak faham kenapa perkara sebegini berlaku?

Mungkin ini adalah ying yang atau sifat yang mengimbangi sifat manusia. Ada perkara baik dan ada juga perkara yang tidak baik.

Perkara tak baik sepantas kilat manusia akan nampak tapi yang baik mungkin tidak.

Ya Allah berikan aku kekuatan menghadapi hidup ini. Amin.

Semua yang baik datangnya dari Allah dan semua yang buruk adalah pada diri manusia itu sendiri.



P/s: Belajar dari kesilapan diri sendiri dahulu kemudian barulah belajar daripada orang lain. Pesan Tok Guru Hamba. Hehe...
P/s/s: Kalau nak belajar dari kesalahan orang lain memang lambat ar nak belajar. Tunggu orang buat silap dulu baru nak belajar. Betul tak?

Sunday, October 25, 2009

Kawan @ Friends




Sebagai mana kawan yang perlu kita cari?

Ada seperti sebegitu dan sebegini.

Perlu pandai memilih dan memahami kawan.

Memang susah nak puaskan hati kawan.

Tapi perlu cuba, kalau gagal cuba sehingga puashati kawan.

Tapi lain pula kalau yang keras kepala.

Haha...yang ini pandai- pandai kamu buat.

Gua rasa semua orang menghadapinya.

Jadi pandai- pandailah kita memilih kawan.


P/s: Buat masa ini, gua ada seorang kawan yang gua anggap sebagai abang dan mentor selepas ayah gua.

Tuesday, July 7, 2009

"Duit tidak boleh beli cinta"

Adakah tajuk diatas benar?

Mungkin ia dan mungkin tidak.

Bagi gua tidak benar, sesetengah orang mugnkin tidak setuju dengan jawapan gua tetapi itu adalah logikalnya.

Adakah kasih sayang itu boleh diperoleh dengan begitu sahaja?

10 tahun dahulu mungkin ia tapi cuba ia diadaptasikan pada zaman sekarang yang penuh panca roba.

Mungkin benar ia boleh diperolehi tetapi bagaimana?

Terpulang kepada individu bagaimana mentafsirnya dan gua tetap dengan pendirian gua.


P/s: Cerita banyak- banyak tak guna juga. Ia perlu dialami sendiri.