Friday, July 11, 2008

The Devil Wears Prada

Gua tahu cerita ini sudah lama ditayangkan tapi baru dapat tengok cerita ini. Gua dah agak cerita ini memang best. Lepas tengok cerita ini terus bertambah semangat untuk belajar lebih tekun dan ingin mengatur masa dengan lebih rapi dan sentiasa berfikiran jauh kehadapan. Maksud gua perlu bersedia, cergas, berfikir luar dari kotak fikiran kita dan paling penting kena tanamkan minat dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi. Dengan itu baru kita boleh berjaya dimasa hadapan. Lepas ini gua kena lebih terperinci membahagi masa diantara kerjaya(Di masa hadapan), keluarga(perlu diutamakan) dan cinta(Bt masa ini masih single).
P/s: Sesiapa pernah tengok cerita mesti rasa benggang gila dengan bos dia yang so complicated. Gua pernah merasainya semasa kerja dulu. Agak tertekan jugak la...Hihi tapi gua sukakan cabaran.

Tuesday, July 8, 2008

Daftar Belajar

Salam...Ahad(06/07/08) lepas pergi daftar belajar di UniKL MFI, Negara Bangi(Nama yang telah diberi oleh seorang sahabat). Awal pagi lagi gua sudah bangun, bersiap sedia untuk mendaftarkan diri di UniKL MFI dengan keadaan badan yang kurang sihat(Demam) gua tetap bersemangat. Biasalah nak masuk belajar balik mesti rasa semangat yang berkobar- kobar.
Setengah jam perjalanan ke Negara Bangi bersama Ayah, akhirnya gua sampai untuk mendaftarkan diri. Turun dari kereta terus ke Dewan Perdana, Ayah mencari parking. Sampai di Dewan terus beratur menanti giliran dan mengisi borang semakan untuk pelajar baru. Sambil mengisi borang, mata berkeliaran mencari sahabat- sahabat lama yang gua kenal tapi seorang pun tidak kelihatan.
Terus mengisi borang, hantar sms pada ayah. "Abg ada kt Cafe, dh siap nanti abg msg ayh." Habis isi borang terus mara ke dewan semula. Beratur menunggu giliran. 10 minit menunggu akhirnya sampai giliran gua. Serah kad pengenalan dan surat tawaran pada kakak yang bertugas. Selesai mendaftar diri, pergi pula ke kaunter akaun untuk megemukan resit bayaran dan borang yang berkaitan. Kemudian ke kaunter gambar, ambil gambar dengan rasa bangga. Hihi..
Seterusnya hantar borang perpustakaan ke kaunter Resourse Center dan terus kebawah dewan mengambil baju rasmi universiti dan perkakasan keselamatan. Sambil menunggu baju, terserempak dengan junior semasa diploma dulu. Bertanya kabar dan berborak pendek. Nama dipanggil, "Bang baju nie size M dah abis la, nanti kitaorang bagi panggil semula bila ader stok lagi". Gua mengangguk tanda bersetuju.
Terus menelefon ayah bertanya berada dimana. "Ayah ada dekat bilik lecture nie jumpa En. Aziz(Sahabat Ayah semasa belajar dahulu)". Gua menjawab. "Okay abang pergi kesana".
Sampai di bilik, bersalam dengan En. Aziz dan terus berborak panjang. En. Aziz memberi satu pandangan pada gua dan ayah gua. Bila sudah tamat Degree nanti, kerja setahun kemudian ambil lesen IIW dekat Bandung, Indonesia. Ayah gua menjawab insyaAllah kalau dimurah rezeki dan umur. Gua menyapa. "Jom balik sudah pukul 1:00 petang nie perut pun dh bernyanyi". Ayah mempelawa En. Aziz makan sekali tapi En. Aziz menolak kerna sudah kenyang. Gua dan ayah berangkat pulang.
P/s: Blog ini tak ada photo hari pendaftaran sebab gua tak ada mood nak ambil photo dengan keadaan badan yang kurang sihat. Gua tak pergi sesi orentasi.(Dah kenal sangat dengan Kampus MFI nie)Haha... dan ada misi baru selepas Degree nanti. Huhu...

Thursday, July 3, 2008

Perhentian Photo

Tengok photo mula dari bawah
Going Back to Kuala Besut

New friend from Holland(The Gurls) & France(Guy With Tatoo)

Sand Casttle

Berjalan tepi pantai

Night Activities

Together celebrate Tomo San

Tomo San 250 Dive

18 meters

Sign for Okay

Buckleup...Here we go...

Ready to Diving

My Buddy
Sunset at Perhentian

Just Me

Get ready to the dive site

Assemble The Dive Gear


Dive Shop Steffen


Menghala ke Charlet

Jeti Pulau Kecil

Ramainya...

Gua & Agus(Cuak X pernah naik bot laju)

Percutian di Pulau Perhentian

Salam...
Lokasi kejadian: Pulau Perhentian Kecil
Tarikh kejadian: 26- 29 Jun 2008
Mood: Happy Bagat, Relax, Cuti Mata dan Puas Hati
Gua kembali semula ke alam nyata. Hihi...(Best giler kat pulau). Pertama kali nak minta maaf pada Dyana sebab lambat update blog. Lepas balik dari pulau tak sempat nak jemguk komputer yang sudah usang(Tunggu masa nak padam jew).
Seronok bagat bercuti kat pulau. Selalunya Jae dengan teman baiknya mencuci mata dekat Suria KLCC, melihat wanita- wanita separa bogel kali ini gua puas melihat wanita separa bogel di pulau. Apa boleh buat bende depan mata tengok jew la. Hihi... Jae ko kena pergi pulau kalau nak tengok wanita separa bogel yang lagi dashyat dari Suria KLCC.
Bila berada di pulau kita kena berdikari. Kalau tak mampos, tak makan la korang beberapa hari. Maksud gua bukan kena cari makanan dalam hutan. Tapi pandai- pandailah berjimat sebab barang- barang dekat semuanya mahal- mahal belaka. Bayangkan air mineral water botol besar harganya Rm 2.oo satu. Jadi pandai- pandailah korang biler bercuti dekat pulau.
Hari Pertama:
Tapi paling best dapat menunaikan hajat yang sudah lama ditagih iaitu diving dan snorkeling. Hari pertama sampai pulau tepat sahaja pukul 10:00 pagi terus menyelam dekat tempat dive yang bernama Shark Point. Mula- mula goyang jugak tapi ada Dive Master gua orait jew. Sampai dekat Shark Point bersiap sedia melakukan back roll dan terus menyelam kebawah. Kedalam tempat ini 18 Meter, agak cuak jugak masa turun takut- takut terserempak dengan jerung. Tapi alhamdullilah jerung tak ada pagi tu mungkin masih tidur lagi kot. Huhuu...
Hari Kedua:
Hari kedua paling best sekali, gua melakukan dua diving. Satu pada belah tengahari pukul 12:00 pagi dan pukul 5:00 petang. Pada pukul 12:00 pagi gua diving dekat kapal karam yang dipanggil Sugar Wreck. Kenapa Sugar Wreck...? Sebab kapal ini bawa muatan gula pasir tapai ada masalah dalaman lalu karam. Diving dekat kapal karam kena berhati- hati takut terlanggar bahagian- bahagian kapal yang bahaya dan tajam. Dekat sini gua nampak anak jerung lebih kurang 5 kaki panjangnya.(Nasib tak datang dekat gua cuak jugak). Dekat sini banyak ikan berkumpul. Memang banyak ikan, ada yang berwarna macam pelangi, ada macam seruling dan pelbagai lagi. Kalau nak tengok jom turun diving sekali. Petang pula diving dekat Sea Bell. Dekat sini gua nampak ikan pari biru dengan star fish berupa bantal.
Hari Ketiga:
Hari ketiga dah puas diving, gua pergi snorkeling pula dekat Panglima(Tak tahu kenapa diberi nama panglima). Yang ini gua ikut group yang baru nak buat lesen Open Water. Jadi bila dorang turun menyelam, gua pula snorkeling dengan boatman yang bernama Rambo. Rambo ini ajar gua skil- skil snork yang best. Macam mana nak elak mabuk masa snor. Haha masa snor pon mabuk jugak tau. Lagi dia ajar gua macam mana nak buat skin diving(Menyelam tanpa gua tangki). Memang seronok dan penat. Huhuu...You guys out there should try it...
Hari Ketiga(Petang):
Balik saje dari snorkeling, makan tengahari dan tidur dekat tepi pantai selama sejam kemudian balik charlet kemas- kemas baju dan barang. Pastu mandi, bersiap nak balik singgah dekat kedai makan, minum air milo ais dan ucap selamat tinggal pada member baru yang best dan sportting. Minta email dan nombor telefon diorang untuk disimpan dalam email.
Itulah pengalaman gua dekat Pulau Perhentian Kecil yang best sangat. Macam tak nak balik pun ada tapi pulus dah berkurangan. Jadi kena balik juga la jawapnya. Tapi gua puas hati sangat- sangat sebab dapat tunaikan hajat gua sebelum masuk belajar...
P/s: Gambar- gambar akan diupload kemudian. Usb plug masalah siot. Almaklum komputer usang. Hihiii....

Wednesday, June 25, 2008

Bercuti dan Dive...Dive...Dive...!!!

Melalui esok hingga ahad ini gua bercuti di Pulau Perhentian(Terengganu) sambil melakukan aktiviti yang lama ditagih selama beberapa bulan lepas kerna sibuk dengan jadual kerja yang padat. Tambahan pula bulan 7 ini dah masuk belajar balik kemungkinan tidak ada masa untuk pergi diving lagi. Jadi gua ambil peluang ini untuk merehatkan minda dan melakukan aktiviti yang gua minat dengan gembiranya sebelum menyerabutkan kepala otak dengan assigment dan kuliah yang akan dijalani hingga tamat pengajian. Tapi gua tetap akan mencari ruang untuk memblog dan melakukan aktiviti riadah yang pastinya banyak pengalaman pahit dan indah yang akan dilalui nanti. Jadi jumpa lagi dalam masa 5 hari lagi. Daaa....

Dengan Rasminya Tamat Bekerja

Semalam(24/06/08) dengan rasminya gua tamat bekerja dengan syarikat yang bernama Vastalux Sdn. Bhd.(VSB). Salah satu syarikat contraktor oil & gas bumiputera untuk Petronas Carigali Sdn Bhd. Banyak perkara yang telah dipelajari daripada syarikat ini terutamanya dalam bidang QA/ QC. Jadi apa jua yang telah dipelajari semasa berkhidmatan dengan syarikat ini telah disemat dalam minda dengan baiknya. Segala yang dipelajari akan digunakan sebaik mungkin semasa belajar nanti. Banyak perkara telah dilalui bersama syarikat ini, kena marah dengan bos, berjumpa client yang banyak ragamnya, kerja yang bertimbun- timbun dan outsation adalah perkara biasa dialam pekerjaan. Jadi gua telah merasainya dengan beranggapan ia sebagai pengalaman yang berharga bagi gua. Cuma satu hasrat yang tak dapat ditunaikan iaitu naik laut(Offshore). Mungkin satu hari nanti gua dapat merasainya. Apapun gua ucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Vastalux yang semua best- best bagat(Ader jugak yang kurang) kerana member sokongan dan kerjasama. Terutamanya warga Departmant QA/ QC iaitu En Azhar(Bos Gua), En Rosdi Chik(Eng VSB KSB), Akmal(Boget), Faeez(Nya), Fazri(Pok), Bunyamin(Banyak tolong gua dekat KSB), Natasha dan Faizal Musa yang banyak menolong dan memberi ilmu yang berharga kepada gua. Tak lupa pada Kak Intan(Kakak Gua) yang banyak memberi semangat kepada bila gua down. Anis yang comel dan baik. Zohrah yang happy go lucky. Finas yang banyak tolong gua fotostat. Mak Cik Cleaner(Sampai hari sekarang tak tahu nama penuh mak cik). Khairul IT(Terima Kasih betulkan komputer gua). Department yang giler bola iaitu Project Service Department. Operation dan Engineering Department yang best. Gua berharap semua warga Vastalux dimurahkan rezeki dan terus bekerja dengan ikhlas dan jayanya. Owh lupa pada Departmant Akaun yang baru tahu semalam adalah hari terakhir gua berkhidmat dengan VSB, korang memang sporting giler cuma bos korang je yang cambest. Lagi sekali gua ucapkan ribuan terima kasih dan gua minta maaf andai ada terkasar bahasa, terslah faham dan tersalah cakap.

Yang Benar,

Hilmi Shamimi a.k.a THE LAW OF MOMO

P/s: Lupa letak HR Department, pada hal diorang tahu dulu aku nak berhenti...hihi...

Wednesday, June 18, 2008

Hujan Owh Hujan

Hari ini semua planning yang dirangka semalam semuanya terbatal kerana hujan...Yela gua bukanya ada kereta nak bergerak dalam hujan...Yang ada hanya sebuah motosikal yang lama tak servive...hihi...Ingat pagi tadi nak pergi buat medical checkup pastu nak bayar duit dekat bank...Tapi tak mengapa kita tunggu hujan berhenti pastu boleh buat perkara- perkara yang tertangguh tadi...

P/s: Teringat lagu Hujan owh hujan kenapa engkau turun...hihi...