Friday, September 18, 2009

Journal Ramadhan #32 & Yang Terakhir...


28 Ramadhan

Jumaat (18/09/09).

Gua adalah orang terakhir keluar dari rumah sewa pada petang tadi.

Semua budak rumah sudah balik kampung selepas sahur dan pada tengahari.

Rumah gua paling jauh sekali sebab itu yang balik lambat. Cheras jew sebenar. Hehe...

Petang tadi hantar member dekat UPM, naik bas balik kampung ke Terengganu.

Pertama kali berbuka dengan member dalam kereta. Hujan lebat sangat jadi tak sempat nak beli makanan.

Berbuka dengan air kotak dan roti gardinier. 30 minit baru cari kedai makan.

Itupun dekat kedai mamak jew sebab takut lambat naik bas pada pukul 8:30 malam.

Lepas hantar terus balik Cheras.

Dan ini adalah journal ramadan terakhir sebab besok nak balik kampung Perlis.

Dekat sana tiada internet dan gua malas nak cari Cyber cafe.

Sekian.



P/s: Mulanya tak balik kampung. Tapi ramai ahli saudara mendesak suruh balik jugak jadi ayah ubah fikiran.

P/s/s: Banyak tugasan kena buat owh. Tertekan boh.

P/s/s/s: Mungkin gua akan buat journal raya pulak. Tengok kalau rajin.

No comments: