Tuesday, August 19, 2008

Akhirnya Dapat Online + WQI Etudiant

Welding and Quality Inspection

Myself

Bolak Boh...!!!

Handsome Guys(Black Glass)

Nak jugak bergambor natang nie...!!!(On Phone)

Yang Botak Paling Bolak Sekali

Gempak Tak...?

Orait gambar kat atas nie ialah gambar- gambar budak kelas gua yang sempat disnap. Haha lama bagat tak mengemaskini blog. Akhirnya pagi nie(1:00 pagi) baru dapat online dengan lama dan aman. Banyak benda nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Hihi..Okay kira- kira sebulan lebih sudah gua menjadi budak sekolah. Banyak perkara baru yang seronok berlaku. Gua dapat teman- teman baru yang gila- gila remaja katakan. Kebanyakkan datang dari Terengganu. Awak- awak nie suma- suma bereh belako boh. Eh kecek ganu pulak. Ada jugak junior- junior gua masa diploma dulu. Diorang nie lepas diploma terus sambung degree tapi perangai masih macam budak- budak lagi. Apa nak buat kena ikut kepala diorang ar. Budak kelas gua ada 28 orang termasuk tiga orang gurl, jadi memang havoc la biler keluar makan atau melakukan aktiviti riadah sama- sama. Jadual kelas gua agak padat, dalam seminggu ada dua hari kelas dari pagi hingga malam. Gua ulang- alik dari rumah ke U, jadi agak penat jugak pada mula tapi lama kelamaan sudah lali dibuatnya. Subjek- subjek pon boleh tahan jugak susahnya. Paling suka kelas Advance English(Madam Cumel Sangat)Hihi..Gurau jew dan kelas Workshop, dapat mengasah skil welding dan cutting yang lama ditinggalkan..Paling killer subjek Math ar, pecah kepala dibuatnya bukannya apa. Sudah lama tak buat math, berkarat ar kepala otak. Kiranya best ar jadi budak sekolah balik cuma tertekan dengan subjek killer jew. Tapi takpe kena kuatkan semangat, tekun dan selalu berdoa pada maha esa. Harap- harap dapat 4 rata sem. Lastly WQI Rawk....!!!

No comments: