Saturday, April 4, 2009

Michael Cepat Sihat, Rindu Sama Kamu


Sudah masuk dua minggu Michael demam.

Demamnya berterusan selepas dia sakit kaki gara- gara kasut yang lama. Lantas gua terus hadiahkan kasut baru kepadanya.

Terubat la sikit demannya tapi tetap tak baik lagi.

Dari deman, dia dapat asma pula. Kesian tengok dia, tercunggap masa jalan. Almaklum sudah lama dia tak demam. Sekali kena berlarutan lamanya.

Gua suruh dia berehat dekat rumah saja. Nanti sudah sihat, kita pergi jalan- jalan ek.


P/s: Entri buat suspen jew. Gua bukan gay ek, tapi Michael tu ialah kereta mini kesayangan gua dan ayah gua la. Hahaa..Bagi nama Michael sebab minat Michael Schumacher.

Friday, April 3, 2009

Hoho Dapat Award dari Indera


Rules award ni:

1. copy paste the award at your blog once you got it.

2. make an entry if this is like a GRAMMY award :D

3. tag 5 other blogger.

4. NEVER break the chain, please


Merci Beaucoup Mr. Indera

Sebab tagging gua. Huhu..Sebenar malas nak buat sebab internet lambat tambah dengan test yang berlambak. Apa- apa pon layankan jew.

Merci à chacun qui toujours avec moi. Particulièrement ma famille entière du parent n. À tous les bloggers et amis pour votre commentaire honnête. Votre appui et commentaire non jamais été de forgeten.

Kalau nak tahu maksudnya cari sendiri. Hihi...

Okay, gua nak tag:

1) emadivine autobez(Cik Ema yang photo dia cantik2)

2) ~ A girl thoughts~(Wanna be Actress. Hihi..)

3) thoughts of leya-d (Bakal Doktor Terapi)

4) its all about us (Cik Siti yang Comel Molek)

5) good gurl gone bad (Mena, sesuatu untuk ditulis)

Tuesday, March 31, 2009

Perempuanlah Sangat...


Sesetengah orang berpendapat bahawa seorang lelaki yang mempunyai blog sendiri bersifat keperempuanan atau lebih tepat lagi bersifat lemah lembut.

Bagi gua mempunyai blog ini adalah salah satu medium untuk seorang lelaki meluahkan perasaan geram, benci, takut, suka duka dan tekenan yang dihadapi selain melakukan aktiviti yang digemari tanpa melibatkan perasaan orang lain atau melibatkan tingkah laku yang tidak normal.

Selain itu blogging juga salah satu medium untuk mencari kawan seperti juga facebook, myspace dan friendster. Cuma disini para blogger boleh menceritakan sesuatu perkara itu dengan lebih terperinci lagi. Bahkan blog juga boleh mempromosikan sesuatu produk atau hasil kerja yang dilakukan, berkongsi minat dan sebagainya.

Adakah mempunyai blog bersifat keperempuanan?

Apakah pendapat blogger- blogger sekalian?

Terpulang kepada individu itu untuk mentafsirnya.



P/s: Ia hanya sekadar pandangan dan gua anggap ia bukan bersifat keperempuanan.

Saturday, March 28, 2009

Malam Ini Jangan Lupa !!!

Kepada blogger- blogger tegar.

Malam ini jangan lupa padamkan lampu rumah anda selama sejam.

Sama- sama kita menyokong Earth Hour.

BUMI tidak perlu ada sebab untuk dijunjung, dibelai dan dijaga.
BUMI juga tidak perlu bertekak mempertahankan diri dari dianiaya.
BUMI cuma mahukan hijau.biru.merah.kuning dan jingga.
BUMI harap agar kekal berjasa dan bernyawa.


P/s: Dinasihatkan jangan melakukan perkara yang tidak bermoral selama sejam tu ek. Hihi...

Tuesday, March 24, 2009

Udara Segar Selepas Hujan


Sungguh nyaman sekali menghirup udara segar selepas hujan.

Seperti berada diawang- awangan, terbang mencari kedamaian.

Waktu- waktu begini seronok menghirup kopi panas sambil makan dengan biskut kering.

Tambah pula mendengar lagu- lagu sentimental melayan jiwa yang kekosongan.

Suasana sungguh tenang sekali seperti tiada apa- apa berlaku.

Seronokkan selepas hujan.

P/s: Setengah orang merungut bila hujan dan panas terik. Mungkin mereka tidak sedar itu adalah kejadian Tuhan yang maha Esa.

Thursday, March 19, 2009

Jam Biological Gua Sudah Pulih

Sekarang tidak gusar lambat kelas lagi sebab jam biological sudah pulih kembali.

Tak jumpa doktor pun masa cuti sem lepas.

Cuma mengambil pertua dari teman dan bloggers susah nak mati.

Sekarang hari- hari bangun awal, siap boleh sarapan pagi lagi.

Selama ini tak sempat nak sarapan sebab jam biological rosak.

Haha...sekarang sudah pulih jadi taklah tergesa- gesa lagi ke kelas pagi.


P/s: Thanx to the die hard bloggers and my friend for your good advise.




Monday, March 16, 2009

Assignment Mandarin

Tema: Budak Sekolah Tadika
Waktu: Kerja last minit
Tempat: Atas katil bilik gua yg kecil
Tarikh: Khamis lepas
Muka Depan

Nama Gua

Transalate

Fill in The Blanks

Meaning of The Words

Rewrite